Jom Joint...

Tuesday, February 22, 2011

MajliS Oh MajliS

 

Kenapa dengan orang yang dikatakan MELAYU kita ni ya?...

Siapa yang sebenarnya menggalakkan warga emas @ OKU mengemis ni haa....Dah buta hati ke orang MAJLIS ni?.  Kenapa dengki sangat bila orang MELAYU sendiri nak berniaga, habes disita dan dirobohkan gerai. APA NI SEMUA?. Tapi bila warga asing berniaga, tak ada pulak roboh-roboh ni.  Perkara macam ni, pernah terjadi depan mata aku ni haa, peniaga tu jual nasi lemak pagi-pagi jer, lepas tu datang MAJLIS ni, datang HANGKUT barang-barang peniaga ni, di tempat dan lokasi yang sama seperti tertera di atas.  Kalau tak ada duit nak sarapan pagi tu, janganlah korang HANGKUT semua sekali, dengan nasi-nasi lemak orang tu pon korang nak HANGKUT, kalau nak makan, CAKAP... FAHAM.

Benda ni dah banyak berlaku.  Tapi yang sakit hati, pihak Majlis Perbandaran ni seolah-olah nak tunjuk HERO dekat rakyat SEBANGSA dengan dia.  Sama seperti kes dekat PENANG tempoh hari, habes kedai PakCik MakCik tu korang robohkan.  Apa jenis manusia la korang ni.  Tapi bila dengan bangsa lain, korang tunduk kepala, contoh kes Kandang Babi dekat Negeri Sembilan dulu.  Korang tak kesian ke bangsa sendiri jadi Pengemis dekat nagara sendiri.  MANA HAK ORANG MELAYU?.

Khasiat memeluk isteri kita dan pelukan suami untuk isteri

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.



“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk “Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

Thursday, February 17, 2011

Bahana laman sosial( FB)...

Ape ke jadah semua ni, Dalam diam laman sosial yang ada adalah pemusnah kehidupan dalam senyap.  Macam-macam dah kes yang melibatkan laman sosial, cuma belum sampai kene batang hidung kita sendiri je.    Macam-macam dah berlaku, sebagai contoh, perceraian, kecurangan, fitnah, maki hamun dan macam-macam lagi. habes segala rahsia yang ada yang sepatutnya dikongsikan oleh yang tertentu je, habes di jajah dan di ketahui umum.  Ada tu, sampai nak pergi mana-mana, nak tido, nak mandi, nak makan, nak itu dan ini habes di bongkar oleh diri sendiri tanpa kita sedar semua tu.  Kadang-kadang dah terlampau over sangat status yang dikongsi.  Selain tu ada jugak yang duk buat berstatus rindu arwah ayah mak dan sekian-sekian,  sebelum ni ada terfikir rindukan diorang.  Masa diorang ada, tak ada pulak status macam tu kan....tapi bila dah tak ada.......fikir sendirilah.  Mugkin bunyi macam marah sangat-sangat, tapi memang marah, marah sebab semua cerita dalam kain nak dicanang-canangkan kat umum.  Tetapi kadang-kadang tu takut jugak, benda-benda tu berbalik ke kita sendiri, sebab ALLAH maha kuasa untuk mengubah segalanya.  Kita Insan biasa, hanya mampu berpesan-pesan dan amik iktibar dari apa yang berlaku. 

Yang pasti, semua ada dan memiliki laman-laman sosial kan, tak kira tua muda. Aku pun sama.  Bila difikirkan balik, lebih baik tak ada dari ada, cukup sekadar mengetahui dan tak bermaksud buta IT.  Bila dibongkar, ianya adalah pembunuh dalam senyap.  Sebab dah salah gunakan.  Mugkin suatu hari kelak, ianya akan berkubur selamanya.

Oh Mahkamah Dunia...

Saban hari, macam-macam kes yang berlaku kat negara kita ni, Membunuh, Merogol, Rasuah dan macam-macam lagi la.....Ada yang berprofail tinggi dan tak beberapa tinggi.....Tapi masalah yang berlaku, kenapa kes-kes yang lampau masih belum habis di bicarakan lagi yek?....Asyik-asyik yang kita dengar kes di tangguh.  Bila agaknya kes-kes sebegini akan selesai agaknyakan...

Ingin tahu..........

OKU, Janda jadi keldai dadah.....KOSMO 16/02/2011

Zaman sekarang banyak kita dengar berita mengenai keldai dadah. Apa tu " keldai Dadah" ?...
Keldai dadah ni , kalau nak tahu, keldai dadah ni, orang suruhan untuk bawa dadah keluar dari satu kawasan ke kawasan yang telah di tentukan oleh Ketua Keldai Dadah.  Tapi masalahnya sekarang, yang menjadi mangsanya bukanlah orang-orang normal seperti sebelum ini yang kita pernah dengar dalam berita-berita sebelum ni.  Tapi sekarang, mereka telah menggunakan taktik dengan menjerat OKU dan JANDA, TAPI kenapa?....Anda pernah terfikir tak?...kenapa semua ini berlaku?...


Kalau dari segi agama kita, pasti kita akan cakap " TAK KUAT IMAN " ,...Tapi dalam sudut lain mereka-mereka ni bukan tak kuat iman, tetapi dengan keadaan sara hidup yang tinggi sekarang, mereka terpaksa lakukan semua tu, untuk teruskan hidup ini.  Mana Agensi-Agensi yang sepatut menguruskan mereka-mereka ni?.  Pada pandangan kaca mata, golongan berstatus begini sering di pinggirkan.  Sampai satu masa kalau ada apa-apa majlis yang melibatkan golongan ini barulah terpampang muka-muka yang amat perihatin, penyayang dan ambil berat terhadap golongan-golongan ini dan lepas habes majlis, pandai-pandailah korang yer......Itu yang dilihat.


Bagi Agensi-Agensi yang terlibat, permudahkanlah syarat-syarat untuk golongan-golongan ini memohon bantuan dan sebagainya.  Kasihanikanlah mereka, bayangkan mereka terpaksa turunnaik2 pejabat itu ini untuk menguruskan permohonan, dah la TUA@BERUMUR dan CACAT.  Bukan minta simpati, TETAPI TOLONG PERIHATIN KES-KES SEBEGINI, sedangkan memang dah sedia ada peruntukan untuk golongan-golongan seperti ini.  Bantulah golongan ini.  PERMUDAHKANLAH SYARAT-SYARAT untuk mereka.  KUDRAT MEREKA TERBATAS, tidak seperti orang normal yang sehat lain. Jujurlah dalam segala urusan.


Fikir-Fikirkan.....