Jom Joint...

Thursday, October 23, 2014

Malaysia Dah Kena Main....

Sejak akhir-akhir ini, macam-macam skandal dan bala bencana menimpa Malaysia..dari tragedi MH370, MH17, isu atlet Malaysia berikutan Pingat ditarik balik di Sukan Incheon, Korea baru-baru ini dan terkini isu ujian doping atlet tenama Malaysia yang dikatan gagal..klik sini

Lepas satu-satu tragedi menimpa Malaysia ini...lepas ini, apa pulak yang bakal kita dengar.. bila direnung dan dikaji semula, Malaysia seperti sudah dipijak, dijerut, diugut dan di permain-mainkan/dibuli kerana dari kelemahan.

Kelemahan apa?..

Anda berOTAK....jadi Fikir-fikirkanlah...

Friday, July 11, 2014

Memang Jenis Celaka...

Itulah ayat yang paling sesuai ditujukan kepada manusia jenis ini.  Sehabis mungkin beliau tetap akan mempertahankan rakan sejawatnya demi kepentingan hati yang MEMBUSUK...Tujuan mereka adalah sama, untuk hapuskan ISLAM dari muka bumi ini, tetapi mereka BODOH, 

ALLAH YANG MAHA BESAR tetap akan PELIHARA ISLAM di Muka Bumi Ini.



Betul ke ISraeL punyai HAK??...HAK apa yang dimaksudkan??..


Tanah Palestin yang Di JAJAH oleh ISRAEL...ISRAEL pulak yang punyai HAK....

HAAAKKKTUIHHH...

Fikir-fikirkan..

Wednesday, June 4, 2014

Generasi muda bakal menyewa sampai mati...

Itu lah Hakikatnya, yang bakal kita tempuh, Katanya mampu milik, akhirnya bakal menyewa sampai mati...

KUALA LUMPUR – Generasi muda masa kini bakal berhadapan kesukaran untuk memiliki rumah sendiri dan mereka mungkin terpaksa menyewa sehingga ke akhir hayat gara-gara harga rumah di negara ini semakin meningkat.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0604&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Thursday, January 23, 2014

Dalam Malaysia Ini Hanya Ada 3 Buah Negeri Sahajakah??...

Siang malam , tidak kira pagi, tengah hari, petang, malam dan tengah malam tidak habis-habis stesen-stesen di bawah kawalan satu kuasa besar 47% melaporkan berita mengenai masalah kaum, hidup mati, makan minum, masalah-masalah sosial yang lain wal hal hujan ribut petir sekali pun semuanya melibatkan 3 negeri ini (Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang) sahaja.  Dulu 4 negeri (Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang), tapi bila Kedah jatuh ditangan penguasa 47%, semuanya indah-indah, baik-baik belaka, semuanya ok, tiada masalah.  Sebelum PRU13 lalu, macam-macam masalah di Negeri Kedah ini timbul di Media bawah kawalan kuasa 47% ini.  Kini tinggal Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang sahaja yang buruknya.  

Aku nak tanya pada yang semua la...Negara Malaysia ini punyai 3 Negeri sahaja kah?..Tolong jawab?..

 

Negeri-negeri lain dalam Malaysia ini seperti ( Perlis, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak) semuanya OK ka?..tiada masalah kah?..Semuanya Baik-BAIK kah?...

Di Selangor, aku lihat terdapat segerombolan manusia ke syaitan aku tak pasti, menyerang kerajaan Negeri Selangor ini dengan pelbagai-pelbagai isu, dari Isu Kalimah Allah, Isu Kaum, Isu Pentadbiran Negeri Selangor sendiri mereka ini nak masuk campur, sampai ke tahap itu sekali.  Pasti ada DALANG tak BERTELOR di sebalik apa yang berlaku pada Ketiga-tiga NEGERI ini.  Di Pulau Pinang, isunya sama jugak dimainkan segerombolan ini, sama seperti yang berlaku di Selangor.  Manakala di Kelantan, tak habis-habis isu AIR-AIR dan AIR...

Mengapa sebegitu teruk diorang ini HAA...Kemana akal fikiran yang Allah bagi mereka-mereka ini letak, Dimanakah Maruah dirinya AGAKNYA?...Menyedihkan.

Dalam isu SEKARANG, BUKAN CINA NAK JATUHKAN MELAYU, BUKAN INDIA NAK JATUHKAN MELAYU....TETAPI...MELAYU ITU SENDIRI YANG INGIN JATUHKAN MELAYU ITU SENDIRI....renung-renungkanLAH bagi makhluk yang BERAKAL ..katanya..yang KONONYA BERKOBAR-KOBAR mempertahankan KALIMAH ALLAH...

Cadangan Jambatan Kukup - Karimun...

Kerajaan sedia membuat kajian menyeluruh mengenai cadangan pembinaan jambatan dan terowong dasar laut bagi menghubungkan Kukup, Pontian, Johor di Malaysia dan Pulau Karimun, Riau di Indonesia.
Pada pendapat peribadi aku, aku tidak setuju dengan cadangan ini yang menelan belanja 15bilion, katanya...untuk apa pembinaan ini?...Adakah untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan antara dua negara ke?... Habis tu selama tidak tereratkah?...sehingga berjuta rakyatnya berada disini.. Apa lagi alasan untuk mengIAkan cadangan itu?...

Dengan jumlah seperti itu, eloklah kiranya perbaiki sistem jalan di pendalaman , tidak kira jalan raya, jalan kampung dan jalan ke KUBUR, setiap negeri di Malaysia ini dahulu. Kalau kita ke pendalaman, jalannya, MasyaAllah...sungguh TERUK. itu belum terbang ke Malaysia Timur (Sabah Sarawak), jalannya lagi la....Elok kiranya juga, dengan jumlah sebanyak itu, bina lebuhraya Dari Sabah ke Sarawak, Bagi aku itu lagi berfaedah.  Barulah sama-sama membangun.
 
 
 
Siapa punya cadangan la nak bina terowong dasar laut untuk menghubung kukup (Malaysia) dengan Karimun (Indonesia)..Kenapa tak cadangkan bina terowong dari Malaysia Barat (semenanjung) ke Malaysia Timur (Sabah Sarawak)?..untuk rakyat sendiri lagi pun. Bukankah itu lagi berfaedah.

Fikir-fikirkan...

Thursday, January 9, 2014

Menarik [Fakta Mengenai Garam]-Ustaz Abdullah Khairi

 
[Fakta Mengenai Garam]

Buat Tukang Masak, Suri rumahtangga dan siapa saja yg suka masak ini cara betul mengunakan garam dan juga untuk rawatan mengikuti cara Rasulullah.

Kita disogok dgn fakta palsu; Ambil garam lebih boleh kena darah tinggi (Ini protokol yahudi)

Back to cara hidup Nabi (SAW), Sebelum makan Nabi (SAW) letak secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan dimakan. Sampai di tempat baru, Nabi (SAW) ambil garam dulu untuk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru. Untuk ubat penyakit rohani, air perlu dicampur garam terutama sihir dan santau. Kenapa?

Allah dah cipta garam adalah penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur-unsur negatif, (pengamalan Pengamal Perubatan Islam untuk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah. Garam juga unsur yg boleh balance balik sistem tubuh kita. ini sunnah kita.

Tapi garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu tinggi/panas. Maksudnya kalau nak masak, guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan menggelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dulu. Baru letak garam. Kita panggil bubuh garam atas darat macam orang arab buat; Bubuh garam masa nak makan.

Sebab? 

Garam ada sodium dan potassium. Tubuh perlu potassium lebih. Kalau dalam suhu panas, garam hanya tinggal sodium. Potassium rosak dalam suhu panas. Sebab tu kena darah tinggi.

Seelok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan diletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mengaktifkan kelenjar enzim penghadaman. 

Wallahu'alam.

Tuesday, January 7, 2014

Lagu Yuna Calon Oscar...

Baca artikel mengenai Yuna ini, diri ini berasa sedikit hairan dan pelik, http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LaguYunacalonOscar/Article/ ...

 Lagu Yuna calon Oscar

Apa yang pelik?..

mana tidaknya...penerimaan individu ini dalam negara sendiri begitu rendah dipandang, dalam setiap anugerah dalam negara ini, sukar untuk individu ini naik kepentas atau menerima apa-apa anugerah, malahan anugerah yang diterima di TARIK balik...BEGITU PELIK INDUSTRI MUZIK NEGARA INI.  Mungkin dengan cara MENGAMPU-NGAMPU.. seseorang itu, akan diangkat mengalahkan orang yang layak diangkat.

Apapun , syabas buat YUNA..

Buat pengampu-pengampu, UDAH-UDAH lerrr....

Tuesday, December 24, 2013

Malaysia Bakal Bangkrap 9 Tahun Lagi...

Terima kasih kepada pengundi-pengundi pada PRU13 lalu yang telah memilih Barisan yang telah tidak lagi lurus ( 46%)...Sekarang terimalah dan rasakan, apa yang tidak NAIK...MINYAK, GULA, AYAM, TARIF ELEKTRIK dan bermacam-macam lagi, kini GST pula nak dilaksanakan..yang TURUN hanyalah HUJAN sekarang ni....jangan nak menggatal nak merungut sana-sini kata itu ini naik, SALAH SIAPA?.....Tapi bila tiba PRU, Barisan bagi gula-gula, bagi ayat-ayat cinta..hanyutttt lena dibuai mimpi-mimpi indah...teruskanlah hidup dalam kebodohan yang selamanya...

Kini Malaysia yang dikatan tanah tumpah darahku, bakal BANGKRAPSI...nak salah siapa?..nak salah kambing, ayam, lembu, itik, ikan...ini semua SALAH KORANG yang BODOHNYA MELANTUN-LANTUN.

Klik sini...

Yang terseksa kini, siapa?...fikir-fikirkan kalau anda benar-benar sudah baligh.

Negara hancur akibat mainan SIHIR..(Dajjal)..
Tak pecaya, saksikan cerita " Snow White"..fahamkan jalan ceritanya.
Kalau tak faham-faham juga, bermakna anda belum baligh.


Tuesday, December 17, 2013

BUDI PEKERTI TAK SEINDAH WAJAH...

Nama sedap didengar, wajah cantik, mata sepet, bertudung, lihat dari penampilan nampak tinggi budi pekertinya...tapi bila berhujah...MACAM BANGANG JER, BACAM BODOH JER, MACAM MACAI JER...( mungkin akaun perempuan ni ke HACK kott)...******

 

 cerita penuh disini...

Wednesday, December 11, 2013

Jambatan Kedua Pulau Pinang...

Penghubung baharu Pulau Pinang 


Jambatan sepanjang 24 kilometer (km) itu menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung di pulau.

 Berita Penuh disini...