Jom Joint...

Thursday, January 17, 2013

"LISTEN"...

Kacau mood aku pagi-pagi ni la minah ni.  Call aku, terus "sound" aku. giler ke ape?.  Duk komplen itu ini, LCD ok ke, sebelum tu dah tengok ke tahap kebersihan bilik tu.  Apa ni?...  Heiii...minah....meh sini kejap, itu bukan tugas aku k.  Aku bagi guna bilik tu, ko jangan nak banyak-banyak songeh k.  " LISTEN".. ,Peduli apa aku dengan ko punya jawatan @ pangkat.  Orang tua ko tak ajar ko  tentang  "ADAB " ke...

Cisss......

Wednesday, January 16, 2013

Sistem Kidmat Layan Diri (SKLD)

Apa yang hendak diperkatakan disini, bukanlah berkenaan pekerja asing, tetapi Sistem Khidmat Layan Diri (SKLD) yang dilaksanakan tersebut.  Sepatutnya dan seharusnya , sekiranya sesebuah kerajaan atau negara yang ingin membuat sesuatu perkara itu, kerajaan atau negara tersebut perlulah melihat dalam konteks yang luas persekitaran rakyat mereka.  Sistem Khidmat Layan Diri seolah-olah membuatkan sesebuah stesen minyak mengalami kesesakkan di stesen minyak, ini kerana mereka yang ingin mengisi minyak terpaksa membuang masa untuk membayar dahulu di kaunter yang agak jauh.  Dan, pihak Kerajaan pernah atau tidak berfikir SEJENAK mengenai golongan minioriti (OKU) di negara ini?.  Bagaimana golongan oku yang berkerusi roda, bertongkat, orang tua dan sebagainya untuk mengisi minyak kenderan mereka?.  Kerajaan jangan hanya memandang kepada golongan majoriti (NORMAL) sahaja dalam perkara bergini.  MOHON PIHAK KERAJAAN memandang serius perkara ini.  Dan mohon pihak kerajaan buka mata seluas-luasnya dan LIBATKAN bersama semua orang (Oku dan Normal) dalam sesuatu mesyuarat berkaitan pembangunan di NEGARA ini.

Tuesday, January 8, 2013

Tiada Rahsia Antara Kita...

Sesiapa yang membaca tajuk sahaja, pasti mengandaikan ini cerita jiwang karat.  Sebenarnya apa yang nak dikongsikan ini adalah tentang cerita budak-budak sekarang.  Bukannya apa, semua cerita dari kisah luar kain sampailah kisah dalam kain, semuanya nak dikongsi. Bak kata pepatah "Dunia Tanpa Sempadan".. Kalau dikongsi bersama teman rapat atau orang terdekat atau orang tersayang tak kisah la.., tapi habis dicanang keseluruh alam.  Kenapa semua ini berlaku??...adakah kurang didikan??..rasanya didikan masing-masing tinggi-tinggi dan hebat-hebat semuanya.   Aku ada dengar orang tua-tua cakap, budak-budak sekarang dah tidak ada kemaluan lagi.  Sedih...

Apa-apa pun, 

Fikir-fikirkanlah...