Jangan Bilang Berapa Banyak Yang Kita Dapat, Tetapi Bilang Berapa Banyak Yang Kita Simpan Daripada Apa Yang Kita Dapat
Wednesday, January 16, 2013
Sistem Kidmat Layan Diri (SKLD)
Apa yang hendak diperkatakan disini, bukanlah berkenaan pekerja asing, tetapi Sistem Khidmat Layan Diri (SKLD) yang dilaksanakan tersebut. Sepatutnya dan seharusnya , sekiranya sesebuah kerajaan atau negara yang ingin membuat sesuatu perkara itu, kerajaan atau negara tersebut perlulah melihat dalam konteks yang luas persekitaran rakyat mereka. Sistem Khidmat Layan Diri seolah-olah membuatkan sesebuah stesen minyak mengalami kesesakkan di stesen minyak, ini kerana mereka yang ingin mengisi minyak terpaksa membuang masa untuk membayar dahulu di kaunter yang agak jauh. Dan, pihak Kerajaan pernah atau tidak berfikir SEJENAK mengenai golongan minioriti (OKU) di negara ini?. Bagaimana golongan oku yang berkerusi roda, bertongkat, orang tua dan sebagainya untuk mengisi minyak kenderan mereka?. Kerajaan jangan hanya memandang kepada golongan majoriti (NORMAL) sahaja dalam perkara bergini. MOHON PIHAK KERAJAAN memandang serius perkara ini. Dan mohon pihak kerajaan buka mata seluas-luasnya dan LIBATKAN bersama semua orang (Oku dan Normal) dalam sesuatu mesyuarat berkaitan pembangunan di NEGARA ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment