Kenapa sekarang berlaku pertikaian... Keperluan Kehendak, adakah benda ini hadir sengaja untuk menguji. Setelah keperluan dan kehendak dipenuhi, apa lagi keperluan dan kehendak lain yang ingin dimiliki...Pernah ku dengar ceramah suatu ketika dahulu, yang menceritakan, "Walau keperluan dan kehendak telah dipenuhi, akan datang suatu hari keperluan dan kehendak lain pula yang akan kita ingin miliki kelak, maka bersedialah wahai makhluk sekelian alam".... Janganlah bertindak keterlaluan dalam sesuatu perkara, bersederhanalah kamu semua....
Kuatkah aku untuk aku hadapi semua ini, bantulah.....
Jangan Bilang Berapa Banyak Yang Kita Dapat, Tetapi Bilang Berapa Banyak Yang Kita Simpan Daripada Apa Yang Kita Dapat
Wednesday, October 12, 2011
Thursday, September 8, 2011
Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang gelap
Tiada bantuan, tiada tujuan
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang gelap
Tiada bantuan, tiada tujuan
Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..
Kerana Allah bersamamu..
Chorus
InshaAllah… InshaAllah…
InshaAllah… Ada Jalannya…
InshaAllah… Ada Jalannya…
InshaAllah… InshaAllah…
InshaAllah… Ada Jalannya…
InshaAllah… Ada Jalannya…
Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa…
Kerana Allah bersamamu…
Kerana Allah bersamamu…
Ulang Chorus
Kembalilah
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa
OOoo Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa
OOoo Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Kisah Dek Kisah cinta & sayang...
Apa sebenarnya istilah cinta & sayang?...
Adakah cinta yang pergi, kembali datang bertamu, itu dikatakan cinta & sayang.
pasti semua laluinya...cinta ini "BERHANTU"...membuatkan semua orang takut dengan kehadirannya. Lirik-lirik lagu yang begitu menanti dan memuja-memuja membuatkan manusia menjadi khayal dibuai rindu dan bermacam-macam lagi. CINTA & SAYANG SEJATI akan hadir setelah kita pernah bercinta. Cinta dulu adalah medan ujian buat kita untuk kita melangkah ke alam CINTA & SAYANG SEJATI. Siapa yang pernah melaluinya, adalah insan yang BERTUAH kerana mereka mengenal erti CINTA & SAYANG yang sebenar. Seperti perumpamaan "CERITA RUMPUT"....

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai cinta, kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita cinta dan sayang?. Macam mana juga cinta, kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita cinta dan sayang, janganlah kita hendak mencari lagi @ mengingatkan kembali kisah lama yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sekarang sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi KERANA YANG BERLALU TETAP BERLALU. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita cinta dan sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita cinta dan sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita sekarang dengan tulus dan ikhlas.
Wednesday, September 7, 2011
Kasihnya IBU
Berita Harian Online | Ibu ambil cuti jaga anak sakit diberhentikan kerja
Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Walau seburuk mana ibu, ibu tetap akan menjaga dan menyayangi anaknya. walau seburuk mana perangai anaknya-anaknya, ibu tetap kasih kepada anaknya. Ibu tidak mengeluh menjaga anak yang berduyun-duyun, tetapi anak yang berduyun-duyun belum tentu dapat menjaga ibu seorang. Hakikat yang berlaku. Adakah perkara ini berlaku, kerana perkara silam yang dilalui ibu?...TETAPI ibu, kasihnya membawa kita ke Syurga...

Kuda Putih
Apa yang anda tahu tentang istilah "Kuda Putih".....
adakah ini.....
atau ini....
anda pasti tertanya-tanya apa yang saya maksudkan dengan kuda putih....sebenarnya kedua-duanya salah. Apa yang saya maksudkan dengan " Kuda Putih" tadi ialah......
ini dia....apo bondo ni ehhh....
Tuesday, September 6, 2011
Ku Panjatkan Syukur Alhamdulillah...
Alhamdulillah atas segalanya..." Sesungguhnya DIA maha mengetahui apa yang terbaik untuk umat DIA"...
Segala apa yang berlaku dan menimpa diri sebelum ini, merupakan satu titik permulaan untuk aku mencapai dan mengecapi kejayaan dan kebahagiaan. Alhamdulillah atas kurniaan MU ini. Sungguh tak ternilai...
Pasti kita semua akan lalui semua ini, cuma waktu yang menentukannya.
Monday, September 5, 2011
Sah...!!!
Setelah lama memendam rasa, jatuh dan bagun kembali, setelah hari berganti hari penat lelah selama ini akhirnya terubat.....Alhamdulillah, dah "SAH"....amin...
Tanggal 5 September 2011, aku terimanya dengan hati yang penuh girang gembira tak terkata. Erti " Syawal" buat aku. Terima kasih seadanya buat DIA, Ibu dan Si Dia....Aku terima seadanya. Syukkrannn....
Wednesday, August 3, 2011
Bakat Dikurnia Jagan Disalah Guna..Jagan Kufur Nikmat Diberi Percuma...
Dian Sastro:
disaat waktu berhenti...kosong
dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri
Yassin:
ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)
Malique:
merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esa
ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
tak memadai hanya kecapi rasa selesa
maukan harta yang mampu beli 1 semesta
berpesta ke pagi botol bergelimpangan
kekasih muda bukan takat berpegang tangan
harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
saling tukar wanita,senyum dan mati tua
bakat dikurnia jangan disalah guna
jangan kufur nikmat yang diberi percuma
guna kelebihan untuk hikmah bersama
jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
ada berisi ada yang kurus,ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,boleh hilang dalam sekelip mata
ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semua nak kaya atau besar
tetap Allahuakbar!!!
Joe Flizzow:
jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba
ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini
Ahli Fiqir:
aku yang memandang di dalam lubuk hati,mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan
agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi diri
moga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran sepanjang perjalanan
ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...
Dian Sastro:
sujudku pun takkan memuaskan inginku
'tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
alhamdulillah pilihan dan kesempatan
yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah....
Tuesday, August 2, 2011
Kawan...
Pasti semua orang mempunyai kawan-kawankan, tidak kira siapa, pangkat, keturunan, jantina, suku kaum, dan sebagainyalah. Tapi apa makna " KAWAN " bagi anda?.
Persoalan di sini, " Kalau kita memang tak dapat tolong kawan kita, bukan sebab kedekut atau sebab-sebab lain, mestikah kita ditolak sebagai kawan, putus kawan atau ada istilah-istilah kawan yang lain"........Betul ke itu yang dinamakan " KAWAN "?...
Monday, August 1, 2011
Prang Besar (Putrajaya)
Putrajaya bukan sahaja menjadi Pusat Pentadbiran Persekutuan, malah mempamerkan kreativiti, teknologi , seni budaya, waridsan dan kecantikan semula jadi.
Kini, namanya bukan sahaja dikenali oleh rakyat Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Pembangunan Putrajaya telah menyerlahkan kemampuan anak watan membina sebuah Bandaraya Berwawasan yang mempunyai identiti tersendiri dan dikagumi dunia.
Mengimbas kembali pembentukan Putarajaya, ia bermula dengan idea Dr. Mahathir, Perdana Menteri Malaysia yang keempat untuk mewujudkan pusat pentadbiran kerajaan di luar Kuala Lumpur pada pertengahan 1980-an.
Pada 2 Jun 1993, Kabinet telah meluluskan Prang Besar di Sepang sebagai tapak pembangunan tersebut. Pada 22 Februari 1994, Kabinet meluluskan pelan induk pusat pentadbiran baru Kerajaan Pusat.
Lapan bulan kemudian, nama Prang Besar ditukar kepada Putrajaya sebagai menghormati Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Sejarah baru tercipta pada tanggal 10 September 1996 apabila Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu, melakukan pecah tanah bagi Presint Kerajaan dan diikuti pelancaran Putrajaya sebagai bandar raya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 8 Oktober 1997.
Ia juga menjadi sejarah kepada Putrajaya kerana menjadi pejabat kerajaan pertama beroperasi di Kompleks Pejabat Perdana Menteri pada 31 Mei 1999.
Dr. Mahathir yang ketika itu masih menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri secara rasmi memulakan tugas di pejabat baru pada 21 Jun 1999.
Pada 11 Disember 2000, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2000 bagi membolehkan Wilayah Persekutuan Putrajaya ditubuhkan.
Putrajaya diisytiharkan dengan rasminya sebagai Wilayah Persekutuan yang ketiga selepas Kuala Lumpur dan Labuan pada tanggal 1 Februari 2001 oleh Dr. Mahathir di Dataran Perdana, Putrajaya.
Dengan cetusan idea Dr. Mahathir, Putarajaya kini tersergam indah. Tidak keterlaluan jika dikatakan betapa Putarajaya dianggap antara mercu tanda terbaik dalam landskap peta dunia.
Putrajaya bukan sekadar sebuah Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan tetapi juga merupakan sebuah bandar raya terancang yang menjanjikan kehidupan lebih selesa dan berkualiti kepada penduduknya.
Turut dikenali sebagai bandar raya pintar dalam taman, Putrajaya juga mempunyai pelbagai lokasi menarik yang boleh dikunjungi warga tempatan mahu pun pelancong dari luar negara.

Subscribe to:
Posts (Atom)