Jom Joint...

Wednesday, April 18, 2012

Motivasi Untuk Diri..

  
Satu ketika, ada seorang guru meminta pelajar-pelajarnya membawakan satu kantung plastik ke sekolah. Lalu, dia meminta setiap pelajar-pelajarnya memasukkan beberapa biji kentang ke dalamnya. Setiap pelajar diminta memasukkan sebiji kentang bagi setiap seorang yang mereka benci dan tidak mahu maafkan dengan menulis nama orang yang mereka benci itu. Ada beberapa pelajarnya yang kantungnya agak ringan walaupun sebahagian besarnya mempunyai kantung yang berat.

Mereka diminta membawa kantung yang berisi kentang itu kemana sahaja mereka pergi dan sepanjang masa termasuk masa makan dan tidur selama dua minggu. Lama-kelamaan keadaan kentang itu makin tidak menentu. Banyak kentang itu mula membusuk dan buruk. Hampir semua pelajar mengeluh dengan tugasan ini.

Akhirnya tamat tempoh dua minggu itu dan guru itu mendapati ramai pelajarnya yang membuang kantung itu kerana tidak tahan dengan kentang-kentang yang mula membusuk itu. Pelajar-pelajar yang mengeluh dan tidak faham mengenai tugasan ini akhirnya mendapat jawapan daripada guru mereka. Guru itu berkata "Membawa beban yang tidak berguna sesungguhnya amat memeritkan dan mensia-siakan kehidupan kita. Begitu juga dengan hati yang penuh dengan dendam dan benci akan memburuk dan akhirnya merosakkan diri kita."

Sanggupkah kite membawa beban yg tdk menguntungkan itu?
Dipeti dari Laman Sosial...

Friday, April 6, 2012

Isu Semasa - Service Dan Layanan

Apa yang anda semua faham tentang tajuk diatas?...

Adakah service dan layanan isteri kepada suami atau suami kepada isteri yang anda fikirkan?.....

baca disini...

Kenapa di Malaysia, sungguh POPULAR dengan gejala/budaya sebegini.
Bukan sahaja di Hospital, malah dimerata tempat di NEGARA ini.

Malaysia ni, agak-agaknya mesti boleh menang "ANUGERAH" kan, kalau kategori ini dipertandingkan...

Thursday, April 5, 2012

Tip4Kejayaan - Ustaz Azhar Idrus

Allah s.w.t berikan masa kpd kita 24jam sehari.. kalau kita pecahkan jadi seperti berikut-

1) 8jam = untuk kita mencari rezeki
2) 8jam = untuk kita berehat ( tidur )
3) 8jam = untuk kita beribadah kepada Allah s.w.t

tapi sayangnya kita tidak melakukan perkara yang ke#3 kerana kita melebihkan masa untuk perkara yang pertama, hanya kejar kekayaan dunia sahaja -

Monday, April 2, 2012

Turutan Bangunan Tertinggi Di Dunia

Untuk mengetahui maklumat bangunan tertinggi di Dunia mengikut turutan ketinggian masing-masing, sila "KLIK"

Pagi yang Indah, Kini Mula Gelap..

Pernah dengar tak tajuk lagu ni, tapi aku dah ubah sikit tajuk tu, sesuai dengan apa yang aku terima....
Apa yang aku terima..???..

Ini dia, surat CINTA aku terima pagi-pagi yang indah ini...


padan muka aku...:(...

Friday, March 30, 2012

Remove Timeline Facebook (Muka Buku)

Anda mengalami atau ter "KLIK"...butang "Timeline" di laman sosial Facebook anda?..dan adakah anda ingin menukarkan kembali Facebook anda kembali seperti ASAL?...sila "KLIK"....


Hidup anda pasti bahagia...;)

Selamat Mencuba.

Friday, March 16, 2012

Kerana Apa Kamu Mencintai Saya...

Kamu Berkahwin Kerana Apa?

Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka pasangan rajin bertengkar jika… Servis di kamar tidur tidak memuaskan .


Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup .

 Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut .



Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak .

 Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya .

 Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik , tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati.

 Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI.

HIDUP kepada makhlukNYA . Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….



Sumber dari Laman Sosial..

Tuesday, March 13, 2012

Samb : Bahana Dari Facebook

Pada minggu lepas, aku  ada menceritakan tentang kehilangan seorang kanak-kanak diruangan ini, kini berita terbaru tentang kehilangan kanak-kanak tersebut telah ditemui,... tetapi berita tentang penemuan tidak membawa khabar gembira kepada ahli keluarga mereka, malah kesedihan yang terpalit akhirnya, kerana penemuan kanak-kanak tersebut sudah tidak lagi bernyawa malah di bakar, seperti mana yang dilaporkan di Mymetro.

Thursday, March 8, 2012

Bahana Dari Facebook...




Akibat dari terlalu leka berfacebook...cuba baca..

Wednesday, March 7, 2012

Perang Iran - Israel

Setelah dibaca disini, terfikir kenapa dengan negara yahudi ni (Israel) jahanam ni?...apa yang negara jahanam ni tak puas hati dengan negara-negara islam lain.  Dah la engkau merampas tanah orang (Palestin), engkau perang sana, engkau perang sini menyalahkan negara-negara islam sebagai negara militan.  Apahal ko???...sekarang ni pulak ko (Israel) membuak-buak nak serang Negara Iran, apa kejadahnya?.  Ko (Israel) dan AS ni, yang sibuk-sibuk sangat pasal senjata Nuklear Iran tu apahal?...Apa motif sebenar Negara Jahanam ni (Israel - AS)

Aku rasakan, Israel dan sekutunya AS jahanam ni takut pada bayang-bayang sendiri laa...