Siang malam , tidak kira pagi, tengah hari, petang, malam dan tengah malam tidak habis-habis stesen-stesen di bawah kawalan satu kuasa besar 47% melaporkan berita mengenai masalah kaum, hidup mati, makan minum, masalah-masalah sosial yang lain wal hal hujan ribut petir sekali pun semuanya melibatkan 3 negeri ini (Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang) sahaja. Dulu 4 negeri (Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang), tapi bila Kedah jatuh ditangan penguasa 47%, semuanya indah-indah, baik-baik belaka, semuanya ok, tiada masalah. Sebelum PRU13 lalu, macam-macam masalah di Negeri Kedah ini timbul di Media bawah kawalan kuasa 47% ini. Kini tinggal Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang sahaja yang buruknya.
Aku nak tanya pada yang semua la...Negara Malaysia ini punyai 3 Negeri sahaja kah?..Tolong jawab?..
Negeri-negeri lain dalam Malaysia ini seperti ( Perlis, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak) semuanya OK ka?..tiada masalah kah?..Semuanya Baik-BAIK kah?...
Di Selangor, aku lihat terdapat segerombolan manusia ke syaitan aku tak pasti, menyerang kerajaan Negeri Selangor ini dengan pelbagai-pelbagai isu, dari Isu Kalimah Allah, Isu Kaum, Isu Pentadbiran Negeri Selangor sendiri mereka ini nak masuk campur, sampai ke tahap itu sekali. Pasti ada DALANG tak BERTELOR di sebalik apa yang berlaku pada Ketiga-tiga NEGERI ini. Di Pulau Pinang, isunya sama jugak dimainkan segerombolan ini, sama seperti yang berlaku di Selangor. Manakala di Kelantan, tak habis-habis isu AIR-AIR dan AIR...
Mengapa sebegitu teruk diorang ini HAA...Kemana akal fikiran yang Allah bagi mereka-mereka ini letak, Dimanakah Maruah dirinya AGAKNYA?...Menyedihkan.
Dalam isu SEKARANG, BUKAN CINA NAK JATUHKAN MELAYU, BUKAN INDIA NAK JATUHKAN MELAYU....TETAPI...MELAYU ITU SENDIRI YANG INGIN JATUHKAN MELAYU ITU SENDIRI....renung-renungkanLAH bagi makhluk yang BERAKAL ..katanya..yang KONONYA BERKOBAR-KOBAR mempertahankan KALIMAH ALLAH...
No comments:
Post a Comment