Jom Joint...

Thursday, January 6, 2011

Kenapa Rakyat Di Bebani

Sempena tahun baru 2011 ni, pasti masyarakat dan seluruh rakyat di bumi Malaysia ni, mengharapkan pembaharuan dalam semua benda, sesuai dengan taraf hidup sekarang.  Tetapi, sebaliknya yang berlaku, rakyat dibebani pelbagai masalah yang terpaksa di tanggung dari dulu sehingga kini.  Bagi golongan yang mampu, memang tidak kesah dengan semua masalah itu, tetapi golongan yang sebaliknya, yang tidak mampu terpaksa seolah-olah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


Mana tak nya, semua benda, harga, kos (apa lagi istilah yang boleh di katakan) naik dan naik.  Seolah-olah tiada belas kasihan kepada rakyat-rakyat yang menanggung.  Sekarang dengan harga minyak petrol, minyak tanah  yang naik lagi, naik dan terus naik.  Bila agaknya akan turun pada paras harga yang berpatutan untuk rakyat kita sendiri.  Dengan kurniaan Allah s.w.t, negara kita mempunyai segala-galanya, dengan telaga minyak sendiri dan pelbagai sumber lain lagi.  Betapa mewahnya kita sebenarnya.  Tetapi, kenapa rakyat terus di bebani sebegini rupa.


Sekarang dengan harga minyaknya, harga bahan-bahan yang lainnya, harga keretanya, harga barang keperluan isi rumah lagi,  caj itu ini lagi.  Banyaknya...

Bila dilihat balik, semua itu semuanya ada dan di keluarkan oleh negara kita sendiri.  Bertuah dan Mewahnya kita.


Diharapkan suatu perubahan berlaku pada rakyat negara kita, dengan petambahan pendapatan bagi yang bekerja, dikurang segala kos yang sebelum ini membebani rakyat dan terpaksa di tanggung rakyat. 
KASIHANILAH RAKYAT.  RAKYAT ADALAH PENGGERAK SESEBUAH NEGARA. TANPA RAKYAT, TIADALAH NEGARA.

No comments:

Post a Comment