Keratan dari akhbar tempatan mengenai hutang piutang.
Nak bertanya disini, adakah beli kereta tanpa deposit, adalah satu kesalahan?...Salah ke?
Rasanya, perkara ini bukan satu kesalahan. Yang salahnya adalah diri sendiri. Diri sendiri yang tak reti nak manage diri sendiri. Rasanya, tak salah kita berhutang,tap tak di galakkan. Kalau dah berhutang, pastikan kita bayar balik hutang tu. Dan sebab yang lain menyebabkan muflis tu, adalah kerana jumlah pendapatan di bawah paras kemiskinan.
Anda pernah terfikir tak, bagaimana golongan OKU( Orang Kurang Upaya ) menjalani kehidupan. Kenderaan bermotor sendiri adalah KAKI bagi mereka untuk bergerak, nak harapkan kemudahan pengangkutan awam yang ada, langsung tak mesra OKU. Memang susah nak cari yang betul-betul mesra OKU, bertangga tinggi melangit bagi bas dan pemandu teksi yang tak mahu ambil OKU, katanya " GILA KE APE, NAK BAWA KERUSI RODA SEKALI"...bagi yang berkerusi roda. OKU nak buat pinjaman dengan ahli keluarga, lagi la, macam-macam alasan diberi, nak minta bantuan KEBAJIKAN lagi laa.....belum tentu dapat agaknya. Habis tu, macam mana golongan OKU nak berdikari....jawabnya, buatla pinjaman tanpa DEPOSIT...
PADA SIAPA OKU NAK MENGADU NI.........
No comments:
Post a Comment