Jangan Bilang Berapa Banyak Yang Kita Dapat, Tetapi Bilang Berapa Banyak Yang Kita Simpan Daripada Apa Yang Kita Dapat
Friday, July 22, 2011
Nak bohong pun, agak-agaklah....
Pagi ini Jumaat yang begitu indah di tempat aku kerja, tapi dihiasi dengan sedikit kekotoran. Pagi ni, aku ada terima surat untuk permohonan cuti keluar, untuk makluman, permohonan ni aku dah rekod dan hantar ke ketua teratas dan hari ni aku terima kembali untuk rekod seterusnya. TETAPI yang aku musykil kat sini, kenapa mamat ni pulak yang hantar kat aku, selalu diaorang bagi kat PA bos je, baru PA bagi kat aku. Lepas tu, mamat ni dengan tergesa-gesa, bagitahu kat aku, ada borang tertinggal "awak tak isi nama dia dalam list permohonan tersebut"...aku terkejut la, sebab aku rase aku tak terima borang dari dia. Dia tuduh pulak aku yang tak isi nama dia. Apa salahnya , kau mengaku yang kau silap, sekurang-kurangnya aku boleh timbang rase sikit, ini tidak tuduh aku pulak yang silap, hilang terus niat murni aku nak tolong kau... TAPI, kalau aku betul yang salah, aku mintak maaf banyak-banyak kat kau....TAPI, hati aku kuat mengatakan yang aku tak terima borang dari dia. Aku ada bukti....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment