Kenapa susah sangat nak faham. Sedangkan aku dh cakap depan-depan. Kalau anda berurusan dengan Kak Ila (bukan nama sebenar) mengenai makan minum katering, tolong berikan salinan surat @ memo berkaitan kepada Kak Ila dan aku. Tapi sampai sekarang tak nampak muka salinan surat @ memo atas meja aku ni.. Makan minum dah selesai, perut dah kenyang. Tapi tak ada juga surat @ memo yang berkaitan. Memang nak kena menyumpah betul. Ke masing-masing tak faham bahasa melayu. Bukannya pasal apa pun, tapi yang buat aku sakit hati, bila hujung bulan aku yang kena setelkan...Maaf la aku cakap, segelintir orang yang terlebih upaya ni, memang tak reti bahasa. Buat kerja langsung tak bersistem. Ke masing-masing sibuk dengan keje masing-masing. Kenapa, aku ni tak sibuk ke, aku duduk releks je ke kat pejabat, aku goyang kaki je ke kat pejabat ni...
TOLONG AMBIL PERHATIAN !!!
SEKIRANYA ANDA BERURUSAN MENGENAI MAKAN MINUM KATERING DENGAN KAK ILA (bukan nama sebenar) TOLONG BERIKAN AKU SALINAN SURAT @ MEMO YANG BERKAITAN DENGAN SESUATU MAJLIS/MESYUARAT/TAKLIMAT YANG AKAN DIADAKAN DENGAN LENGKAP DAN LETAKKAN DIATAS MEJA AKU.
FAHAM..
No comments:
Post a Comment