Jom Joint...

Tuesday, February 26, 2013

Harga Minyak Malaysia Paling Rendah di Asia Tenggara?..


Untuk artikel yang lebih jelas sila klik

Betulkah di Malaysia lebih MURAH berbanding negara-negara pengeluar minyak  lain seperti Negara-Negara Arab, Negara Brunei?...


Di Tikam Penyamun

Ini dah mencapai tahap SERIUS ni...link

Sebelum ini menjadi (nanaH) parah, sebelum aku atau orang sekeliling aku menjadi mangsa, TINDAKAN sekeras-kerasnya perlu diambil.  Jangan dibagi MUKA pada Si PenyamuN...JeJak SaMpAi Ke LuBaNg CaCiNg.

Saturday, February 23, 2013

13.2 juta layak mengundi PRU-13

LANGKAWI - Jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan dalam masa terdekat, jumlah keseluruhan yang layak mengundi ialah seramai 13,291,385 orang.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, ia termasuk 243,204 pemilih baharu yang mendaftar pada suku keempat tahun 2012.
Bagaimanapun, beliau berkata, mereka yang mendaftar sebagai pemilih pada suku pertama tahun 2013 masih ada harapan untuk mengundi pada PRU-13 jika Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri dibubar pada hujung April dan hari pengundian diadakan selepas cukup tempoh 60 hari.
"Sekarang sudah bulan Februari, paling lewat Dewan Rakyat dibubarkan ialah 30 April. Jadi, maknanya, paling lewat SPR akan mengumumkan (PRU-13) dalam tempoh dua bulan, mungkin sampai ke akhir bulan Jun atau Julai (hari pengundian)," katanya selepas memberi taklimat dan menyerahkan watikah pelantikan pengurus pilihan raya bagi Perlis, Kedah dan Pulau Pinang di sini semalam.

kosmo 23/2/2013 (Sabtu) link ; disini...
 

Wednesday, February 20, 2013

BR1M 2.0

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), di perkenalkan oleh Dato' Seri Najib Razak PM ke 6 Malaysia.  Satu tindakan yang bagus dibuat.  Tetapi di sebalik bagusnya itu, terdapat jugak kekurangan dan kelemahanya.  Mengenai pemberian BR1M, BR1M telah memasuki siri 2.0 (BR1M 2.0). 

Minggu lepas aku pulang kekampung kebetulan ada satu Majlis Penyerahan BR1M 2.0 diadakan di Dewan Serbaguna di kampung halaman.  Apa yang ingin di ceritakan disini, adalah mengenai pemberian bantuan tersebut.  Bagi aku cara pemberian bantuan BR1M ini perlu di UBAH 100%.   Apa guna teknologi?, Apa guna kemudahan?, Apa guna kebijaksanaan? Apa yang ada jikalau semua itu tidak digunakan.  Adalah lebih baik bantuan BR1M ini diberi TANPA perlu menyeru orang ramai datang berkumpul di dewan-dewan, beratur panjang semata-mata untuk mengambil bantuan tersebut.  BR1M ini boleh diserahkan kepada mereka yang layak dengan cara pergi  rumah ke rumah.  Ini kerana bukan semua penerima itu sehat-sehat belaka. Ada yang OKU, ada yang uzur, ada yang baru lepas pantang, ada yang kakitangan patah dan ada yang mempunyai masalah-masalah lain.
  
Ok, kalau jawapan yang diberikan,  adalah masalah keselamatan nyawa pegawai-pegawai yang dilantik untuk membawa wang tunai yang banyak terancam sekiranya membaya wang yang banyak, apa guna pegawai keselamatan negara yang ada seperti POLIS, RELA dan sebagainya?.  Jikalau si PENERIMA bantuan BR1M itu pula yang terancam selepas mengambil bantuan BR1M di tempat berkumpul...BAGAIMANA?.. Rasanya tidak salah kalau pegawai-pegawai dilantik menyerahkan bantuan BR1M tersebut dengan cara pergi rumah ke rumah.  Dan bukankah pada borang permohonan Bantuan BR1M 2.0 telah tertera No. Akaun Bank seperti berikut :

Klik pada picture untuk paparan lebih jelas

Kenapa tidak terus di Bank-In kan?...Andaikata maklumat tidak lengkap, kenapa tidak di semak menggunakan Sistem-sistem yang ada, yang dikatakan  canggih-manggih?....(itu proses secara manual.)

Bagi proses secara on-line, pada sesiapa yang celik IT, pasti memilih untuk menggunakan sistem online seperti di link http://www.hasil.gov.my/ dan paparan seperti berikut akan keluar;

Klik pada picture untuk paparan lebih jelas

Pemohon-pemohon yang ingin memohon BR1M 2.0 secara on-line, pemohon bolehlah pergi ke link diatas dan klik pada e-BR1M seperti terdapat pada paparan LHDN diatas.  Itu kemudahan dari segi on-line, tetapi dengan kemudahan on-line ini juga, masih terdapat kelemahan padanya. Antara kelemahan sistem on-line ini ialah tiada butang "SEMAKAN e-BR1M" disertakan pada portal tersebut.  

Apa yang hendak ditekankan disini, PROSES PENAMBAHBAIKAN PERLU DIPERTINGKATKAN.  dan jangan babitkan sesuatu itu dengan POLITIKUS dan SEANGKATAN DENGANNYA.

fikir-fikirkan...