1. Hadis dari Abu
Ubaidah bin Atoq bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud "Kambing
merupakan binatang yg penuh Baroqah yg ditinggalkan orang soleh
terdahulu".Oleh itu kita menghidupkan kembali Sunnah,disamping kita
meminum atau menjual secara tidak langsung kita mendapat pahala(Insha
Allah).
2. Abu Hurairah r.a
menukilkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang menyentuh tentang kambing:
“Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali dia itu seorang gembala
kambing”. Maka para sahabatnya bertanya “Adakah Tuan juga?” Jawab beliau
“Ya, aku pernah menggembala kambing dan bertanggungjawab ke atas
beberapa bahagian penduduk Mekah”.
3. Sabda Rasullah s.a.w, "Peliharalah kambing kerana padanya terdapat keberkatan".
4. Nabi Muhammad S.A W
bersabda bahawa "Hendaklah kamu berpegang kepada kambing (mengambil
manfaat daripada kambing: iaitu daging, bulu, kulit dan susunya) kerana
itu ialah kenderaan mu didalam syurga". Dalam sepotong hadis yang lain
ada menyatakan Nabi Muhammad s.a.w sangat suka meminum susu kambing yang
mentah (belum dimasak).
5. Abu Hurairah juga
meriwayatkan sabda Rasulullah “Asas kekufuran ada di arah matahari
terbit, megah dan angkuh ada pada pemilik kuda dan unta, mereka yang
bersuara nyaring (bising) ialah pemelihara haiwan berbulu (arnab,
kucing) dan ketenangan itu ada pada gembala kambing”. [Hadis ini turut
dinukilkan oleh al-Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatta`].
6. Abu Said al-Khudri
mengata bahawa Rasulullah pernah bersabda “Akan tiba suatu masa di mana
kambing merupakan sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang Islam akan
memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, hidup
terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa
bencana”. Malah menurut Abdullah bin Mas’ud semasa beliau bertugas
sebagai gembala kambing milik Utbah bin Mu’aith, susu kambing segar
merupakan minuman kegemaran Rasulullah dan beliau meminumnya secara
langsung setelah diperah daripada kambing betina.
7. Abu Hurairah telah
berkata, "Pada malam baginda diisrakkan, dihulurkan kepada Rasulullah
SAW dua gelas minuman iaitu khamr (minuman keras) dan susu. Baginda pun
melihat kedua-duanya lalu mengambil susu. Jibril berkata, “Segala puji
bagi Allah yang telah menunjukkan engkau kepada fitrah. Seandainya
engkau mengambil khamr, nescaya binasalah umatmu.”
[Riwayat Imam al-Bukhari]
8. Abu Hurairah berkata,
"Nabi SAW bersabda : Ketika aku diisrakkan, aku bertemu dengan Nabi
Musa AS, baginda seorang lelaki yang tinggi kurus dengan rambut berombak
seperti seorang Bani Syanu’ah. Aku juga bertemu dengan Nabi Isa AS,
baginda kelihatan seperti lelaki biasa, berkulit merah, seakan-akan baru
keluar dari pemandian. Aku bertemu dengan Nabi Ibrahim AS, akulah
keturunannya yang paling mirip dengannya. Lalu aku diberi dua bejana,
yang satu berisi susu dan yang lain berisi arak. Dikatakan padaku :
Ambillah yang engkau suka. Aku mengambil susu dan meminumnya. Kemudian
dikatakan : Engkau diberi petunjuk dengan fitrah atau engkau menepati
fitrah. Seandainya engkau mengambil arak, nescaya sesat umatmu."
[Riwayat Imam Muslim]
Dipetik dari : http://detikislam.blogspot.com/2013/10/koleksi-hadis-mengenai-susu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FUHQdyX+%28Detik+Islam%29
Dipetik dari : http://detikislam.blogspot.com/2013/10/koleksi-hadis-mengenai-susu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FUHQdyX+%28Detik+Islam%29
No comments:
Post a Comment