Jom Joint...

Thursday, March 4, 2010

CINTA & KASIH

Ya, aku benar2 cintakan dan kasihkan dikau.

aku tahu, dah bermacam-macam yang kau lalui kerana cinta. Semuanya hampa.
aku tahu cerita mu, kehidupanmu yang penuh liku, penuh dengan dendam, amarah, tangis tawa, semuanya di simpan di kunci di dalam hatimu.

Aku hadir di saat kau mengahapi masalah yang bermacam-macam. Dari raut wajahmu memang tersimpan seribu satu cerita. Aku hadir, bukan untuk mengeruhkan lagi episod cerita hidupmu, tetapi ingin memiliki hati yang setulus suci. Melangkah bersamamu untuk mencari sinar baru, walaupun ku tahu, aku tak mampu melangkah, tetapi engkau adalah langkah hidupku .
Engkau di cipta untuk dikasihi, disayangi dan di cintai setulus suci.

Engkau di cipta, bukan untuk menjadi pemuas nafsu lelaki, tetapi kau di cipta untuk menjadi pelengkap hidup lelaki. Tanpa kaum mu, kaum ku tak mampu untuk berdiri teguh, hidup kaum ku pasti akan terumbang ambing tanpa arah dan tuju.

Ya, aku adalah lelaki yang sama dengan lelaki lain. memang dasar jantan...
Ya, aku akui semua itu, dan akui semua tuduhan itu.
maafkan aku, maafkan kaum2 ku.( akibat nila setitik, rosak susu sebelanga ), betul kata2 tu..

Hadir mu dalam hidupku, bukanlah memenuhi nafsu impian ku,
tetapi kerana CINTA & KASIH SAYANG ku terhadap mu. Hanya itu SATU.
dan hanya pada DIA, aku SEMBAH & BERSERAH.

No comments:

Post a Comment