Jom Joint...

Friday, April 5, 2013

Pemikiran Orang Melayu...dah la Melayu, beragama ISLAM pulak tu...

Kenapa sejak akhir-akhir ini pemikiran orang melayu kini terlalu teruk. dari zaman penjajah dulu kala sampailah sekarang zaman serba canggih, pemikiran orang melayu masih di takok lama malah lagi teruk... Pembangunan negara telah mendahului pemikiran manusia yang bernama melayu, tetapi pemikiran manusia melayu masih jauh dibelakang.  Yang menghairankan, orang melayu mejoriti beragama islam, tetapi pemikiran langsung tidak mencerminkan kearah islam. itu pendapat aku.

Adakah islam atas nama sahaja?...

Pemikiran orang melayu islam kini perlu diubah 100%, bukan suruh pergi menganut agama lain tetapi tahap pemikiran, pikiran jangan terlalu me-layu.  Contoh teladan dapat dilihat semasa Jepun dilanda Tsunami, 2 Tahun lepas, walau rakyatnya dan negaranya bukanlah majoriti beragama islam, tetapi pemikiran mereka berada ditahap tertinggi. ini kerana mereka boleh bersatu tidak kira apa agama. meraka amat bedisiplin. Walaupun dilanda bencana mereka tidaklah huru-hara atau kecoh-kecoh tidak berebut seperti orang kebulur, tetapi apa yang berlaku di negara ini sangat mengejutkan semua orang.  Bukanlah nak dibanggakan negara orang, sebenarnya negara sendiri adalah lebih baik sebenarnya, tetapi pemikiran yang tidak baik.  

Berebut basikal percuma macam tidak pernah lihat basikal dan seolah baru diperkenalkan basikal kepada mereka.  dalam erti kata lain JAKUN.  Kalau percuma sekalipun, kenapa tak beratur , ikut giliran.  kalau pemikiran itu ada dalam diri tidak timbul basikal tak cukup, tidak timbul gaduh-gaduh, tidak timbul jatuh kolam basah kuyup akibat kena tolak kerana berebut basikal.  Kalau berebut ilmu duniaakhirat itu, ok la lagi, ini basikal.  Maknanya kalau macam tu, hanya orang gagah-gagah sahaja lah yang akan dapat, orang yang lemah-lemah (Orang tua, kaum hawa, orang cacat) tak dapat apa-apa. BODOH, BAHALOL, TOLOL, WALIUL-WALIUL MALIUL (petikan diambil dari cerita Allahyarham Tan Sri P.Ramlee)...itu yang dapat aku simpulkan.

No comments:

Post a Comment