Jom Joint...

Tuesday, May 21, 2013

Malaysia Siapa Punya?...

Begitu sombong Menteri Kementerian Dalam Negeri ini dalam berbicara. 
Sampai keluar "BAPA KO, BAPA AKU"...


Untuk makluman, negara ini bukan bapa Anwar punya, bukan Zahid punya, bukan Mahathir punya, bukan Tunku Abdul Rahman punya, Bukan Barisan Nasional punya, bukan Pakatan Rakyat punya dan bukan Banglasia punya.

Malaysia adalah hak RAKYAT MALAYSIA PUNYA sebagai warganegara yang sah .
............................................................................
Kalau bukan bapa Anwar punya dan bukan bapa Zahid punya, kenapa warga asing penuh di Malaysia??...Kenapa mereka juga diberi hak kad pengenalan diri ( IC Biru) seperti mana diberikan kepada warganegara sah Malaysia yang lain dan kenapa mereka boleh sama - sama turun mengundi dan tak tahu menyanyi lagi Negara Ku boleh mengundi pada PRU 13 yang lalu?..

TAPI...

Kenapa rakyat Malaysia sendiri, berdiri BERSUARA menuntut keadilan ditangkap, digari, disumbat di dalam penjara?...sedangkan Menteri (Khir Toyo, NFC Shahrizat dan lain-lain) yang terang-terang melakukan kesalahan dan didapati bersalah oleh Mahkamah diberi layanan istimewa, tidak digari??.

Adakah kerana perbezaan status mereka " RAKYAT vs VVIP??..
ADAKAH ini MALAYSIA??.

MALAYSIA ini SIAPA PUNYA SEBENARNYA??....


No comments:

Post a Comment