Jom Joint...

Tuesday, July 26, 2011

AJAIBNYA TANGAN IBU




  
Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap, Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman, Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata, Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia, Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang, Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran, Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang. Namun, Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap, Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata, Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu? Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad... Ketika jenazah ibu nak dimandikan... di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir. Tangan ibu, tangan ajaib... Sentuhan ibu, sentuhan kasih... Boleh membawa ke Syurga Firdausi... Ciumlah tangan ibu, Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi....

Monday, July 25, 2011

Astarghafirullahhala'zim....


Kenapa video ini tidak ditayangkan di kaca televisyen tempatan.  Kenapa kesalahan/kelemahan sebelah pihak sahaja hanya ditayangkan di kaca televisyen.  Kenapa tidak ADIL...  MEREKA memang tidak pernah ADIL.

Saksikan bingkisan ini...
Fikirkanlah...

Friday, July 22, 2011

Berubah, dikatakan nak cari Publisiti....

Apa ke PELIK orang kita nikan, bila nak berubah tak tahu lah......ORANG yang dulu duk tayang body, rambut sana sini, bila sekarang dah bertudung dan berpakian muslimah, dikatakan pulak saja nak cari publisiti...Mulut sape lah yang macam longkang tu, yang  buat cerita macam ni... ITULAH dia orang sesetengah ORANG MELAYU KITA, tak pernahnya nak bagi sokongan kepada mereka yang mula menuju kearah kebaikan/perubahan.  Bila, diorang buat JAHAT,MAKSIAT di caci maki, di maki hamun itu ini...TAPI bila orang tu dah berubah kembali ke jalan yang diredhai, di tuduh pula " Ni mesti nak cari Publisiti Murahan"....

Contoh seperti artis ini ;- 


Berilah sokongan kepada meraka yang hendak berubah kejalan yang benar lagi suci..jangan asyik mengritik je kejenye...." kita ni, nak naik susah, nak menjatuhkan tu senang je"...BUKAK MATA SIKIT...

Nak bohong pun, agak-agaklah....

      Pagi ini Jumaat yang begitu indah di tempat aku kerja, tapi dihiasi dengan sedikit kekotoran.  Pagi ni, aku ada terima surat untuk permohonan cuti keluar, untuk makluman, permohonan ni aku dah rekod dan hantar ke ketua teratas dan hari ni aku terima kembali untuk rekod seterusnya.  TETAPI yang aku musykil kat sini, kenapa mamat ni pulak yang hantar kat aku, selalu diaorang bagi kat PA bos je, baru PA bagi kat aku. Lepas tu, mamat ni dengan tergesa-gesa, bagitahu kat aku, ada borang tertinggal "awak tak isi nama dia dalam list permohonan tersebut"...aku terkejut la, sebab aku rase aku tak terima borang dari dia. Dia tuduh pulak aku yang tak isi nama dia.  Apa salahnya , kau mengaku yang kau silap, sekurang-kurangnya aku boleh timbang rase sikit, ini tidak tuduh aku pulak yang silap, hilang terus niat murni aku nak tolong kau... TAPI, kalau aku betul yang salah, aku mintak maaf banyak-banyak kat kau....TAPI, hati aku kuat mengatakan yang aku tak terima borang dari dia. Aku ada bukti....

Wednesday, July 20, 2011

KAGUM dengan kejayaan, BUKAN kagum dengan kuasa...

 Perang Dunia
Tsunami Jepun 2011

Setelah negara di timpa pelbagai musibah yang besar dari perang dunia berpuluh-puluh tahun dahulu dan terbaru pada 4 bulan yang lepas, negara yang mendapat jolokkan "Negara Matahari Terbit" itu, terus bangkit dan bangkit untuk meneruskan langkah-langkah baru.  Rakyat mereka tidak leka dengan apa yang telah berlaku, malah terus berusaha dengan lebih gigih untuk bangun semula.  Bayangkan negara kita seperti itu, pasti kita berasa bangga kerana segala produk-produk keluaran negara itu, berkualiti dan di terima seluruh pelosok dunia.  Pelbagai kejayaan dikecapi oleh negara ini. Kini negara ini merangkul 1 lagi kejayaan dalam sukan bola sepak wanita negara itu, setelah menewaskan Amerika 3:1...dan sekaligus di nobatkan JUARA.
TAHNIAH di ucapkan....

Kejayaan yang harus dicontohi oleh NEGARA KITA.


Juara 
 Bola Sepak Piala Dunia Wanita 2011