Jangan Bilang Berapa Banyak Yang Kita Dapat, Tetapi Bilang Berapa Banyak Yang Kita Simpan Daripada Apa Yang Kita Dapat
Wednesday, December 14, 2011
Thursday, December 1, 2011
Ketidakpuasanhati...
Dulu sebelum dapat kerja, janji tekun bekerja....
Bila sudah diterima asyik tidak puas hati...
Mana pergi janji-janji dulu?...Mana?...
Itu ini tak puas hati, minta buat ini, macam-macam songehnya...macam-macam alasan...
Itu la fenomena manusiakan, sebelum dapat apa-apa, janji bukan main, lebih manis ayatnya dari gula....
Tapi bila dah dapat apa jadi.....MADA tak habis-habis...
Fikir-fikirkanlah...
Disember
Hari ini dah pun masuk bulan Disember 2011. Hanya tinggal 30 hari sahaja lagi untuk melangkah ke tahun baru, bulan baru dan tarikh baru. Segala-galanya baru dalam hidup anda, mungkin ya, mungkin tidak, semuanya terpulang pada anda semua. Dengan berbaki hanya 30 hari sahaja lagi, apa agaknya yang dapat kita laksanakan dan tunaikan?.
Wednesday, November 30, 2011
Dunia Artis, Atlet Tanah Air Malaysia
Sejak akhir-akhir ini, makin ramai atau erti kata lain makin menjadi-jadi, artis tanah air kita, mencari makan atau berhijrah ke tanah air orang. Bukan artis sahaja yang berbuat begitu, malahan atlet-atlet tanah air pun berbuat begitu. Contoh seperti, pemain bola sepak kebangsaan "SAFEE SALI",
beliau telah berhijrah ke INDONESIA untuk menyertai kelad PELITA JAYA., "SAFIQ IBRAHIM" pula bakal mencuba nasib ke kelab "CARDIFT CITY",
dulu, pemain badminton negara "LEE CHONG WEI", ada ura-ura ingin berhijrah juga, kemana?..ke INDONESIA..
Bagi artis pula, YUNA, telah berhijrah ke AMERIKA SYARIKAT (US) ingin mengukir nama disana,
kini (KUMPULAN BUNKFACE) artis tanah air kita bakal berhijrah ke tanah seberang INDONESIA.
Kini ianya menjadi tanda tanya dan persoalan kenapa ramai artis, atlet tanah air kita ingin berhijrah ke bumi orang, cari pengalaman baru, mungkin itu alasan lapok..
Apa yang sebenarnya berlaku?...
dan adakah ramai lagi yang bakal mengikut jejak langkah mereka..
TEPUK DADA, TANYA KENAPA BOLEH JADI MACAM TU...
Friday, November 25, 2011
Aku Dah Bosan.
Kenapa susah sangat nak faham. Sedangkan aku dh cakap depan-depan. Kalau anda berurusan dengan Kak Ila (bukan nama sebenar) mengenai makan minum katering, tolong berikan salinan surat @ memo berkaitan kepada Kak Ila dan aku. Tapi sampai sekarang tak nampak muka salinan surat @ memo atas meja aku ni.. Makan minum dah selesai, perut dah kenyang. Tapi tak ada juga surat @ memo yang berkaitan. Memang nak kena menyumpah betul. Ke masing-masing tak faham bahasa melayu. Bukannya pasal apa pun, tapi yang buat aku sakit hati, bila hujung bulan aku yang kena setelkan...Maaf la aku cakap, segelintir orang yang terlebih upaya ni, memang tak reti bahasa. Buat kerja langsung tak bersistem. Ke masing-masing sibuk dengan keje masing-masing. Kenapa, aku ni tak sibuk ke, aku duduk releks je ke kat pejabat, aku goyang kaki je ke kat pejabat ni...
TOLONG AMBIL PERHATIAN !!!
SEKIRANYA ANDA BERURUSAN MENGENAI MAKAN MINUM KATERING DENGAN KAK ILA (bukan nama sebenar) TOLONG BERIKAN AKU SALINAN SURAT @ MEMO YANG BERKAITAN DENGAN SESUATU MAJLIS/MESYUARAT/TAKLIMAT YANG AKAN DIADAKAN DENGAN LENGKAP DAN LETAKKAN DIATAS MEJA AKU.
FAHAM..

Thursday, November 24, 2011
Azam 2011...
AZAM 2011....?
Apa yang menjadi persoalan disini, anda semua pasti memasang azam 2011 bila hujung tahun 2010 dahulu kan, dan kini bakal tiba penghujung tahun 2011 dan akan mula memasang azam untuk tahun 2012 . Bagaimana dengan azam 2011 anda?...adakah masih samar-samar atau dah tercapai hendaknya. Bagi aku, alhamdulillah, rasanya azam aku untuk tahun 2011 ni, telah banyak dapat aku capai dan masih ada lagi yang belum dapat aku capai...
BAGAIMANA DENGAN AZAM ANDA?...
Thursday, November 17, 2011
Ngidam La Pulak ...
Tetiba aku ngidam sesuatu la..Bukan ngidam nak beli apa2, tapi tetiba ngidam gulai kari ayam campur nangka..Perhhhh...bestnyer...makan panas-panas, musim hujan-hujan ni kan...meleleh air liur aku di buatnya...
Aku ingin kan mu..... owhhh...
Aku ingin kan mu..... owhhh...
kari ayam campur nangka....
Wednesday, November 16, 2011
Converse
Tetiba aku minat dengan kasut jenama "CONVERSE" ni..
Dekat mana aku boleh dapatkan kasut ni, berapa harga?...dekat mana BUTIK nya...
Very simple la.....
Cik Tunang....Belikan boleh........;p....huhuhuhu..
SaGa FL
Mungkin dah terlewat untuk aku berkongsi cerita mengenai Kereta baru. Baru tak baru la...dah 10 bulan jugak la....Tarikh kuat kuasa kereta ni 27/2/2011. Pejam celik, pejam celik dah dekat 1 tahun juga kan.. Semoga beliau dalam keadaan baik-baik selalu..;)..
ini dia.....
ini dia.....
ok tak...
banyak jasanya ni...10 bulan penggunaan dah cecah 15,000 km/j....i like u laa.....
jom pi jalan......
Friday, November 11, 2011
KUASA TUHAN PADA MANUSIA
Tuhan Yang Maha Berkuasa
Manusia tidak boleh menolaknya
Apa sahaja yang berlaku didunia
Juga di alam semesta
Semuanya adalah Tuhan yang punya kuasa
Kuasa Tuhan yang berlaku dialam semesta
Semua kita dapat lihat dan menerimanya
Kita contohkan kuasa Tuhan keatas dunia
Segala bencana alam, walau kata manusia faktor cuaca
Tetap manusia akan berkata faktor cuaca juga adalah Tuhan yang punya kuasa
Banjir, gempa bumi, tsunami, taufan Tuhanlah punya kerja
Semua ini nampak oleh manusia
Cakaplah apa sahaja yang terjadi didunia
Tuhan lah yang punya kuasa
Mari kita ubah sedikit cerita
Kata Tuhan, nak lihat Tuhan punya kuasa
Juga ada pada manusia yang Tuhan cipta
Mungkin ada yang bertanya betul ke cerita
Takkan kuasa Tuhan ada pada manusia
Mari kita cerita
Kata manusia
Apa yang ada pada manusia
Adalah kerana Rahmat Tuhan Yang Esa
Rahmat itulah sebenarnya Tuhan punya kuasa keatas manusia
Manusia boleh bernafas, itu Tuhan punya kuasa
Manusia dapat hidup, itu Tuhan punya kuasa
Manusia dapat bergerak, itu Tuhan punya kuasa
Manusia dapat berfikir, itu Tuhan punya kuasa
Manusia dapat melihat, mendengar, berkata-kata, itu Tuhan punya kuasa
Manusia dapat tidor, Tuhan punya kuasa
Sebut apa saja perbuatan manusia, itu semua Tuhan punya kuasa
Tuhan zahirkan kuasa Tuhan kepada manusia
Ini baru manusia, makhluk Tuhan yang lain pun sama
Maka nyatalah kuasa Tuhan dapat kita lihat pada manusia
Apa saja yang manusia dapat lakukan itulah Tuhan punya kuasa
Cuma kuasa Tuhan yang ada pada manusia
Hanya untuk mendidik manusia sahaja
Bukan kuasa untuk menghukum manusia
Yang ini kita kena faham bersama
Sebab itu banyak perwatakkan manusia
Ada manusia Tuhan pilih untuk jalankan kuasa Tuhan untuk menghukum manusia
Mereka itulah hakim nama nya
Ada Tuhan pilih untuk jalankan kuasa Tuhan memimpin manusia
Itulah umara’ namanya
Ada Tuhan pilih untuk sampaikan segala perintah Tuhan
Itulah ulama’ namanya
Ada Tuhan pilih untuk jalankan kuasa Tuhan mendidik manusia
Itulah guru nama nya
Ada Tuhan pilih untuk jalankan kuasa Tuhan menjaga negara
Itulah agensi keselamatan saperti polis dan tentera
1001 macam pekerjaan manusia
Semuanya Tuhan nak pamirkan kuasa Nya
Kalau manusia faham akan ini semua
Pasti manusia akan menjaga dan memeliharanya
Kerana takut kuasa Tuhan ini akan memakan diri manusia kalau tidak dijaga
Ada pula kuasa Tuhan pada manusia
Dizahirkan Tuhan untuk menghukum manusia
Kejadian membunuh sesama manusia misalnya
Tuhan pamirkan kuasaNya melalui manusia untuk menghukum manusia
Pasti ada kesalahan manusia dengan Tuhan nya
Kejadian merogol juga sama
Tuhan pamirkan kuasaNya untuk menghukum manusia
Mencuri, merompak dan apa saja yang tak senang dimata manusia
Semuanya kuasa Tuhan untuk mendidik manusia
Tidakada satu pun kuasa manusia
Sebab itu kalau manusia tidak di didik dengan ilmu yang Esa
Maka manusia tidak akan faham kaedah nya
Maka yang pasti manusia tidak kenal akan Tuhannya
Buktinya
Manusia salahkan manusia

Subscribe to:
Posts (Atom)