Jom Joint...

Wednesday, February 29, 2012

Bau asap rokoK...

 

Ini macam boleh kasi kepala naik pusing laa woiiii....aduhhh...klau hari-hari macam ni, jahanammm...Kasi cari "port" baru la, kasihanilah orang lain yang terpaksa menanggung seksa menghidu asap-asap ni...Parah menanti belah....hahaha...ape yang aku mengarut ni la kan...Tapi inilah yang aku tanggung...


Tuesday, February 21, 2012

Terbakar Kampung Nampak Asap, Terbakar Kereta Pun Nampak Asap...

 
Kalau dah namanya terbakar tu, memang la nampak asap dan ada asap yang naik kelangit.  Tapi persoalan disini, dalam masa 2 hari ni, semalam dan hara ni, dah 2 buah kereta terbakar.  1, kereta Mercedez dan 1 lagi kereta. Itu maklumat yang diterima dari akhbar dan kaca televisyen, yang lain tak tahu.  Kenapa ianya terbakar?, kenapa ianya mudah terbakar?...Sukar untuk ditafsirkan.

Monday, February 20, 2012

Pasti Sakit Hatikan...

Ini cerita mengenai sikap seperti tolak menolak, endah tak endah yang pasti membuatkan setiap orang berang dan sakit hati bila berhadapan dengan situasi sebergini.  Tambah-tambah golongan yang kurang ilmu dan berpelajaran, sering diperlakukan sebergini rupa.  Perkara seperti ini memang wujud dan berlaku sehingga kehari ini.  Kenapa tabiat ini seolah-olah tiada berpenghujung.  Sikap sebegini, perlu diberi pengajaran sedalam-dalamnya, agar ianya tidak lagi berulang iaitu sikap " tolak-menolak"...(orang ni kata oarang sana, orang sana kata orang sini), langsung tiada nilai "GENTLE" dalam diri baik lelaki atau perempuan, bukanlah semua, tetapi sebilangan dari kaum-kaum tersebut bersifat dan bersikap begitu.  Sebab apa berlaku macam itu..?..jawapanya, sebab itu bukan kerja saya, bukan tugas saya.  Satu sikap yang patut diubah.

Thursday, February 16, 2012

Setiap penyakit ada penawar jika berikhtiar

DARI Anas bin Malik r.a, Nabi SAW bersabda: "Janganlah sekali-kali salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian kerana suatu malapetaka yang menimpanya. Jika ia tidak dapat berbuat sesuatu (sudah puas berubat atau berikhtiar) maka hendaklah ia berdoa: "Wahai Tuhanku, hidupkanlah aku seandainya kehidupan itu lebih baik bagiku, tetapi matikanlah aku seandainya kematian itu lebih baik bagiku." (Riwayat Bukhari)

Huraian Hadis
 
ISLAM menyuruh umatnya agar berusaha dan berikhtiar dalam apa juga perkara dan kesulitan yang dialami di samping berdoa memohon petunjuk dan pertolongan daripada Allah SWT.
Hal ini kerana kehidupan itu adalah suatu ujian daripada Allah yang diberikan kepada setiap manusia demi menguji sejauh mana keteguhan iman seseorang itu dan setakat manakah pergantungannya terhadap Allah.

Golongan yang beriman akan sentiasa bersabar dan tabah menghadapi dugaan, sebaliknya bagi orang yang kurang imannya yang mana hal yang demikian boleh menyebabkan seseorang itu menyalahkan takdir Allah hingga diri tersesat jauh daripada jalan-Nya.

Oleh itu hendaklah kita sentiasa beringat bahawa setiap kesakitan atau ujian yang dialami itu adalah suatu tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang mana jika seseorang itu berjaya mengatasinya iaitu ia tidak mengeluh dan sentiasa bersabar sambil berusaha dan berikhtiar, Allah akan memberinya ganjaran pahala yang amat besar.

Bukankah setiap penyakit itu ada ubatnya. Maka kita selaku hamba-Nya mesti yakin akan kebesaran kuasa Allah dan janji Allah serta tidak berputus asa. Hidup adalah suatu perjuangan. Bak kata pepatah Melayu ‘pantang maut sebelum ajal’. 
 
 
Dipetik dari Laman Akhbar Tempatan...

Wednesday, February 15, 2012

Tazkirah Petang Rabu Bersama Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah 5...

Utk tambat hati pasangan: Cuci hati, syukur ada psgn, cinta berteraskan iman, sygi seadanya, jadikan dia kwn paling akrab, puji & hargai, rawat hati dgn kemaafan, kenangan manis sbg ubat, sentiasa sangka baik, pandai bual & mendengar, berterusan baiki diri, jadikan konflik utk berubah lebih +ve, hormati pdngannya walau kita tak setuju (selagi tak ingkari Allah), sebut syg sekerap mungkin, elak lakukan kebenciannya, bentuk sifat yg boleh d banggakan, sentiasa didik mendidik, berlapang dada bila d tegur, hapuskan EGO, tolak ansur, patuhi Allah & selalu tanya diri: apa lagi yg boleh aku beri kpd pasangan ku ini? Wassalam.
 Petikan dari Laman Sosial..

Friday, February 10, 2012

Tazkirah Pagi Jumaat Bersama Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah 4...

As salam, moga hari Jumaat ini membawa keberkatan yg melimpah ruah. Jika menghadapi sebarang masalah dlm kerjaya atau rumahtangga, kita ada 3 pilihan: 1. berhenti atau bercerai, 2. tak buat apa2 & sengsara, merungut, komplen, mengumpat; 3. ubah diri luar & dlm n hidup bahagia n bermakna. Pilihan ke3 terbaik. So hari ini, jgn merungut atau mengeluh, ubah diri secara bersepadu spt yg di bincangkan dulu n hidup dgn lebih bermakna, ceria n cemerlang. Buat terbaik hari ini, mana tahu ini hari terakhir. Wassalam