Jom Joint...

Friday, March 30, 2012

Remove Timeline Facebook (Muka Buku)

Anda mengalami atau ter "KLIK"...butang "Timeline" di laman sosial Facebook anda?..dan adakah anda ingin menukarkan kembali Facebook anda kembali seperti ASAL?...sila "KLIK"....


Hidup anda pasti bahagia...;)

Selamat Mencuba.

Friday, March 16, 2012

Kerana Apa Kamu Mencintai Saya...

Kamu Berkahwin Kerana Apa?

Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka pasangan rajin bertengkar jika… Servis di kamar tidur tidak memuaskan .


Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup .

 Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut .



Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak .

 Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya .

 Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik , tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati.

 Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI.

HIDUP kepada makhlukNYA . Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….



Sumber dari Laman Sosial..

Tuesday, March 13, 2012

Samb : Bahana Dari Facebook

Pada minggu lepas, aku  ada menceritakan tentang kehilangan seorang kanak-kanak diruangan ini, kini berita terbaru tentang kehilangan kanak-kanak tersebut telah ditemui,... tetapi berita tentang penemuan tidak membawa khabar gembira kepada ahli keluarga mereka, malah kesedihan yang terpalit akhirnya, kerana penemuan kanak-kanak tersebut sudah tidak lagi bernyawa malah di bakar, seperti mana yang dilaporkan di Mymetro.

Thursday, March 8, 2012

Bahana Dari Facebook...




Akibat dari terlalu leka berfacebook...cuba baca..

Wednesday, March 7, 2012

Perang Iran - Israel

Setelah dibaca disini, terfikir kenapa dengan negara yahudi ni (Israel) jahanam ni?...apa yang negara jahanam ni tak puas hati dengan negara-negara islam lain.  Dah la engkau merampas tanah orang (Palestin), engkau perang sana, engkau perang sini menyalahkan negara-negara islam sebagai negara militan.  Apahal ko???...sekarang ni pulak ko (Israel) membuak-buak nak serang Negara Iran, apa kejadahnya?.  Ko (Israel) dan AS ni, yang sibuk-sibuk sangat pasal senjata Nuklear Iran tu apahal?...Apa motif sebenar Negara Jahanam ni (Israel - AS)

Aku rasakan, Israel dan sekutunya AS jahanam ni takut pada bayang-bayang sendiri laa...

Friday, March 2, 2012

Letrik Tak Ade.....

Kecoh malam ni (khamis, 1/3/2012), jam 9.20 malam...


masa tu, aku ni tengah tidur tak sedar kipas terpadam ke, apa ke..tup..tup..aku dapat panggilan telefon dari si gadis, aku apa lagi bingkaslah aku bangun.  Memang kecoh la waktu tu...huru hara jugak la.  Bunyi deruman enjin kereta, motor keluar masuk di kawasan perumahan aku mungkin masing-masing keluar pergi cari lilin atau keluar selamat diri.  


Dalam fikiran masa tu, dunia dah berakhir, bumi aku dah diserang.  Mau tak takut, satu kota metropolitan ni bergelap.  Tak percaya, baca ni.......Dalam tempoh sejam jugaklah seluruhnya bergelap.  Pengalaman yang begitu mencemaskan buat semua dan aku khususnya. Pertama kali dalam sejarah, sejak kota ini mula wujud....furrhhhhhhh..berpeluh beb... 



Lepas sejam belalu, akhirnya kota aku kembali terang bercahaya...alhamdulillah dan aku sambung tidur semula.

Kalau nak tahu apa puncanya, klik sini...

Thursday, March 1, 2012

Untuk apa ni?....


Borang ini untuk apa ni?...
Betul ke ini Durian Runtuh untuk warga peneroka atau ia adalah BALA.
Kenapa mesti minta salinan geran rumah dan ladang, kenapa mesti minta salinan I.C.  Bukankah rekod-rekod dan nama-nama setiap peneroka dah ada.  Bukannya kawasan peneroka ni baru diteroka, kawasan ni dah diteroka berpuluh-puluh tahun dulu.  Kalau betul-betul nak bagi durian runtuh, kenapa perlu sertakan salinan geran? kad pengenalan tak cukup ke? kakitangan FELDA semua dah buta tuli tak tahu membaca ke?...Kalau korang nak berpolitik, ikut suka korang la, tapi jangan nak melibatkan warga-warga peneroka.
 
Awas!!!..