Jom Joint...

Monday, July 23, 2012

Promosi...

Ramadhan dah datang, hanya menunggu masa nak sambut raya...Cepat betul nak raya kan....Sebenarnya bukannya apa, kalau dah masuk bulan ramdhan ni, banyak jualan-jualan dilakukan, tambah-tambah kalau dah masuk 15 hari puasa, promosi boleh dikatakan "gila-gila", bukan gila-gila remaja cerita faizal hussien tu, tapi jualan-jualan kain pasang, baju melayu, songkok, kueh raya dan macam-macam la... sana sini penuh dengan "Promosi"...  Pembeli mesti pening kepala nak memilih, kalau tak dikawal nafsu beli ni, agak-agaknya boleh jadi gila kan...

Tapi bab promosi-promosi ni tak habis di setakat jual pakaian, kasut dan kueh-kueh raye jer, tapi...bank-bank dan syarikat pinjaman pun tak nak lepaskan peluang ini...diantaranya klik bawah..


Promosi oh promosi...
Promosi menghabiskan UwanGGG.....

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Menjelma Lagi...Alhamdulillah...



Esok (21 Julai 2012, Sabtu bersamaan 1 Ramadhan, 1433 Hijrah), bermulalah umat islam diMalaysia dan seluruh dunia kursusnya akan menjalani ibadah puasa.  Syukur alhamdulillah pada yang masih diberi peluang untuk merasai nikmat bulan Ramdhan kali ini.  Kepada yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya, sama-samalah kita panjatkan Al-Fatihah kepada mereka semoga roh-roh mereka berada bersam-sama golongan yang dimuliaiNYA.

Mohon ampun dan maaf diatas segala kekilafan yang selama ini berlaku samaada sengaja mahupun tidak sengaja dilakukan.  Selamat menjalani ibadah puasa, SALAM YA RAMADHAN..

Tuesday, July 17, 2012

Sebuah Perutusan...

Surat pada Dato'seri najib..

TARIKH 13 JULY 2012
KEPADA

Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak
Pejabat Perdana Menteri,
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, MALAYSIA

Y.A.B. Dato' Seri.
PER: PERMOHONAN MEMBAIK PULIH KESELURUHAN MASJID DIMALAYSIA.
Salam sejahtera Y.A.B Dato Seri,dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas,

2. Saya salah seorang warga orang kurang upaya yang sepenuhnya menggunakan kerusi roda selepas terbabit kemalangan 12 tahun lalu ingin mengusulkan beberapa perkara yang sangat penting untuk kami warga OKU,dimana kemudahan setiap masjid wajib ada RAM bagi memudahkan kami bersolat dimasjid dan tak terlepas solat jumaat.

3. Saya dilahirkan sebagai seorang Islam dan saya dididk sebagai seorang Islam,dan nilai nilai murni Islam terlalu menebal dihati saya, tetapi saya terlalu sedih kerana saya tidak dapat bersolat jumaat bersama sama dengan saudara Islam yang lain. Dan saya juga memahami nasib nasib warga OKU yang lain dimana pasti mempunyai keinginan untuk bersolat dimasjid.

4.Seandainya saya menjalani kehidupan di amerika syarikat atau juga di israil tidaklah saya hairan sekiranya kerajaan mereka tidak menyediakan kemudahan khusus untuk saya beribadat dimasjid, tetapi saya sangat hairan sekiranya Dato’ Seri sebagai seorang islam tetapi tidak memahami kami warga OKU yang juga sama sama ingin beribadat kepada pencipta kami ALLAH SWT.

5. Saya melihat Dato’Seri melupakan kami yang warga OKU untuk hidup saksama dengan masyarakat lain,sedangkan slogan Dato Seri, “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan” Jika difikir balik masih relevenkah slogan itu?

6.Dato’Seri menaikkan pelbagai bonus kakitangan kerajaan kakitangan buruh dan memberi kepelbagaian bonus kepada mereka yang terbabit,tetapi adakah Dato’Seri memberikan bonus bonus itu juga kepada kami warga oku? Pasti tidak bukan, Bahkan elaun elaun yang ada pada JKM juga sudah lama tidak diupdate,sedangkan barang-barang makan sentiasa naik jadi dimana hak kami sebagai warga OKU, Kami juga rakyat Malaysia, bukan pendatang asing yang harus dianak tirikan.

7. Saya berharap Dato’Seri fikir dan kaji balik tentang permohonan saya ini,dan saya sangat berharap permohonan saya ini diluluskan,kerana saya meminta kepada seorang yang juga beragama Islam dan seseorang mempunyai kuasa dalam pemerintah. Dan saya berharap Dato’Seri memahami maksud saya.

Sekian,


Nurkilan Sahabat Seislam OKU...
 

Friday, July 13, 2012

Owhh..P18...

Dulu engkau dihina, semua orang pandang sebelah mata dan dipandang seperti hantu yang menakutkan. Asal sebut je nama engkau, semua orang benci engkau...sampai engkau tidak tahu apa salah engkau  sebenarnya.  Engkau terus-terusan menangis dan berdoa moga suatu hari engkau diterima seadanya.  Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun dan hujan panas-hujan panas , engkau dengan penuh sabar menunggu.  Kini, engkau dicari-cari, diminta-minta, dirayu-rayu untuk kembali menerima engkau kembali.  Kini engkau bertambah ceria, engkau disolek cantik dan indah, sampai semua orang jatuh cinta dengan engkau.  Kini engkau tidak seperti dulu lagi. Engkau ceria dan terus bahagia seadanya.  Owhhh P18.

Monday, July 9, 2012

Umrah...

Sekarang seolah-olah berbondong-bondong manusia ingin melakukan kebaikan dan tak kurang jugak melakukan keburukkan.  Ok, yang baik kita ambil dan yang buruk kita cuba elakan dan jauhinya dan buang jauh-jauh.  Sekarang aku tengok tak kira manusia normal atau cacat, semuanya berbondong-berbondong menuju ilahi, mengadap kaabah menunaikan Haji mahupun Umrah.  Kawan-kawan aku baik yang cacat atau normal semuanya telah sampai ke Tanah Suci itu.  Kini aku seolah-olah terpanggil untuk turut ke sana.  Tapi bila agaknya aku akan jejakkan kaki aku ke sana.  Mesti bahagiakan, bila mereka-mereka terpilih untuk menjadi tetamu Allah Yang Maha Besar, sampai dan jejak kaki kesana.  Pasti sukar untuk digambarkan.  Jauh disudut hati, moga diri ini, jasad ini dan roh ini dapat menjadi tetamuNYA kelak.