Pagi tadi, ada terbaca mengenai "Cadangan Bayar Saman Trafik Serta Merta" disini....dan dalam pada itu, aku juga ada baca dan bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh "Blogger" ini... Apa yang bermain difikiran aku adalah apa yang sebenarnya bermain difikiran pihak Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam, Pengerusinya, Tun Zaki Azmi?. Adakah cara begitu dapat menyelesaikan masalah ini?.
Bagi pandangan aku pula, cadangan ini memang tidak sesuai diguna pakai sama sekali, bagi menghukum pesalah-pesalah trafik. Bagaimana kalau pemandu yang melakukan kesalahan itu, adalah golongan OKU yang tidak berkaki, berkerusi roda, bertongkat dan sebagainya, adakah kenderaan mereka juga di tahan dan ditarik ke balai sekiranya tidak dapat membayar saman serta merta?...Dimana keperihatinan terhadap OKU dan golongan rakyat bawahan yang lain?. Bagaimana dengan nasib mereka?...
Buka Mata, Buka Telinga...
saman abang, dah bayar ke belum? tak beraya kita nanti :(... kesian mak mertua saya tunggu menantu kesayangan balik raya. kereta dah ditarik ke balai..
ReplyDelete