Jom Joint...

Thursday, August 30, 2012

Kejohanan Paralimpik Dunia Di London 2012

29/8/2012 bermulalah pembukaan tirai kejohanan sukan peringkat Antarabangsa iaitu Kejohanan Sukan Paramlimpik London 2012.  Terkejut dan terharu bila melihat sambutan ,penghargaan dan penerimaan warga-warga di sana dalam meraikan kejohanan tersebut yang dianggotai atlet OKU dalam sukan Paramlimpik ini.  Diharapkan penerimaan dan perhargaan ini tidak berakhir disini sahaja, dan diharapkan suatu hari nanti Malaysia, menjadi negara yang mesra OKU diseluruh pelusuk negeri tak kira dimana OKU berada di Malaysia ini.  Dan diharapkan suatu hari nanti, bila sebut sahaja OKU itu cacat itu, cacat ini, ..terbit perasaan bangga terhadap OKU tersebut dan bukannya perasaan "KESIAN"....Sikap "KESIAN", langsung tidak memberi apa-apa kesan dan makna pada golongan OKU, melainkan melemahkan semangat mereka. KESIAN perlu diiringi dekan TINDAKAN, BANTUAN, LAKSANAKAN.  Kalau hanya kesian dimulut tapi bukan dihati dan fikiran, lebih baik DIAM, FIKIR dan CARI JALAN untuk selesaikannya.

 " HAK SAMA RATA, MEMANGKIN KESEJAHTERAAN NEGARA " bagi golongan OKU ini.















No comments:

Post a Comment