Kita sering mengalami krisis keyakinan diri apabila kita disuruh
melakukan perkara yang baharu dalam hidup kita. Sebagai contoh, kita
diberi amanah untuk berucap di hadapan khalayak umum. Seringkali kita
mengatakan pada diri kita dan orang lain, “aku ni mana pandai bercakap,
siapalah aku untuk bercakap, nak cakap pasal apa ye, bagilah kat orang
lain yang lebih layak dan sebagainya”…Pelbagai alasan yang kita
keluarkan untuk kita melarikan diri daripada apa yang telah
diamanahkan..Perkara ini pernah terjadi juga kepada penulis sendiri.
Jadi, macam mana nak buat….???
Ada beberapa perkara yang perlu ditanamkan di kepala kita supaya
mudah untuk mencapai keyakinan diri dalam melaksanakan perkara yang baru
dalam hidup kita.
Yang pertama, sentiasa percaya pada kekuatan diri sendiri. Kita
katakan pada diri sendiri, “kalau orang lain boleh buat, MESTI AKU PUN
BOLEH!!” Ini akan memberikan suatu momentum terhadap diri kita untuk
melakukan perkara yang kita fikirkan MUSTAHIL pada awalnya menjadi BOLEH
pada akhirnya.
Kedua, jangan kita menangguh-nangguhkan kerja tersebut kerana semakin
lama kita lari dari masalah semakin bertambah lagi masalah. Kenapa?
Selagi mana kita tak cuba untuk berucap, selagi itu kita akan takut
berucap…Misalnya, naik basikal sewaktu kecil dahulu kalau kita sentiasa
melarikan diri dari menaiki basikal sudah tentu kita tak mampu menaiki
basikal pada hari ini!!
Ketiga, berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain kerana
perbuatan ini menzalimi diri anda sendiri. Adakah patut, anda
membandingkan diri anda dengan orang yang sudah biasa berucap? Hal ini
kerana setiap orang diciptakan berbeza. Anda MUSTAHIL sama dengan
seseorang yang lain di dunia ini, mungkin sama dari segi fizikal tapi
dari segi peribadi sememangnya berbeza. Kalau sama potensi setiap orang,
sudah tentu semuanya akan menjadi Perdana Menteri, siapa yang akan
menjadi polis, jurutera, doktor, ustaz dll. Oleh itu, jangan SEKALI-KALI
anda membandingkan diri anda dengan orang lain kerana anda merupakan
orang yang TERSENDIRI!!
Keempat, sentiasa memikirkan kelebihan kita dan melupakan kekurangan
kita yang ada. Perkara ini sentiasa ditanamkan dalam orang kurang upaya
(OKU) untuk meneruskan hidupnya. Sering kita lihat OKU lebih bersemangat
untuk hidup melebihi orang yang normal. Mengapa? Mereka menggunakan
prinsip di atas dengan sepenuhnya. Oleh itu tingkatkan segala kelebihan
dirimu dan abaikan segala kekurangan yang ada.
Akhir kata, untuk mencapai apa yang dihajati, memerlukan satu
keyakinan diri yang tinggi. Semakin tinggi apa yang dihajati, semakin
kuat sifat keyakinan diri yang perlu ada untuk mencapainya. Selamat
Membina Diri!!
No comments:
Post a Comment