Jom Joint...

Wednesday, May 22, 2013

Samseng Taik Kucing....

Lagak seperti samseng , tapi pemalu orangnya..."BODOH"....
ke SB ?....




Jauh beza, samseng Malaya dengan samseng US...


mana taknya, samseng Malaya siap pakai Helmet, almaklumlah PEMALU...

ermmmm.....Booo Laaa Weeyyyyy.....

Tuesday, May 21, 2013

Malaysia Siapa Punya?...

Begitu sombong Menteri Kementerian Dalam Negeri ini dalam berbicara. 
Sampai keluar "BAPA KO, BAPA AKU"...


Untuk makluman, negara ini bukan bapa Anwar punya, bukan Zahid punya, bukan Mahathir punya, bukan Tunku Abdul Rahman punya, Bukan Barisan Nasional punya, bukan Pakatan Rakyat punya dan bukan Banglasia punya.

Malaysia adalah hak RAKYAT MALAYSIA PUNYA sebagai warganegara yang sah .
............................................................................
Kalau bukan bapa Anwar punya dan bukan bapa Zahid punya, kenapa warga asing penuh di Malaysia??...Kenapa mereka juga diberi hak kad pengenalan diri ( IC Biru) seperti mana diberikan kepada warganegara sah Malaysia yang lain dan kenapa mereka boleh sama - sama turun mengundi dan tak tahu menyanyi lagi Negara Ku boleh mengundi pada PRU 13 yang lalu?..

TAPI...

Kenapa rakyat Malaysia sendiri, berdiri BERSUARA menuntut keadilan ditangkap, digari, disumbat di dalam penjara?...sedangkan Menteri (Khir Toyo, NFC Shahrizat dan lain-lain) yang terang-terang melakukan kesalahan dan didapati bersalah oleh Mahkamah diberi layanan istimewa, tidak digari??.

Adakah kerana perbezaan status mereka " RAKYAT vs VVIP??..
ADAKAH ini MALAYSIA??.

MALAYSIA ini SIAPA PUNYA SEBENARNYA??....


Wednesday, May 15, 2013

Kecelaruan Fikiran Bangsa Ketuanan Melayu...

Sesetengah orang melayu khususnya di bumi bernama Malaysia ini mengalami kecelaruan minda yang parah/kronik.  Ini berkaitan dengan pemahaman mereka mengenai parti-parti politik di Malaysia (BN dan PR), dan sistem pentadbiran sebuah negara.  Hakikat sebenarnya, bangsa melayu jauh dan jauh sekali ketinggalan ke belakang walaupun nama Malaysia GAH di persada antarabangsa. 

Mana tidaknya, komen-komen dari orang perseorangan yang didengari, kebanyakannya tidak percaya akan Parti PR untuk memerintah Malaysia. antara komennya ; " Dulu kata nak hapuskan TOL la, tapi negeri yang diperintah oleh PR (Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan) tidak pulak dihapuskan TOLnya...PEMBOHONG, PR PEMBOHONG..."....

Kesian bila mendengar salah satu komen-komen tersebut dari mulut yang berbangsa Melayu yang pandai cakap Bahasa Melayu, Tetapi memiliki Akal yang BODOH....Kita pernah mendengar kata-kata " Kalau Tak Tahu Apa-Apa, Lebih Baik Diam Dari Berbicara...Kalau Berbicara Juga Perkara Yang Kita Tahu,  akan Menampakkan Kita ini BODOH.

Untuk makluman, Pak Cik Mak Cik, Abang Kakak, Semua perkara dalam negara ini baik di Darat, Air, Udara..semua dibawah Pentadbiran Negara (PUSAT/PERSEKUTUAN) bukannya Negeri.  Negeri tidak mempunyai kuasa untuk menghapuskan perkara-perkara yang melibatkan negara dan pantadbiran negara.  Negeri hanya berkuasa dengan hal-hal dalam negeri sahaja. 

Melayu hakikatnya, masih lemah dan longlai dalam penguasaan pemahaman sesuatu pentadbiran dan urus tadbir sesebuah Negara itu.dan itu punca melayu masih ketinggalan dari bangsa-bangsa lain dan untuk menutup KEBODOHAN itu, melayu memainkan isu perkauman, seks, liwat dan sebagainya perkara-perkara yang langsung tidak membina MINDA dan salah satunya KENAPA ISU PERKAUMAN DIMAINKAN BILA MANA ORANG CINA TIDAK SUKAKAN KAMU???...KENAPA SAMPAI SURUH BOIKOT CINA???...tuan-tuan, puan-puan sedar atau tidak , 85% perniagaan di Malaysia ini, dikuasai oleh kaum Cina?...nak harapkan Kaum sendiri, makan ubi kayu la kita semua.  Bukan hendak memperlekehkan orang Melayu, tetapi itulah hakikat orang Melayu yang PENAKUT. yang mereka tahu hanya PHD (Penyakit Hasad Dengki), Memfitnah, Meniru, Berbohong, Rasuah, Riba, Seleweng dan Caci Maki...


Mengupas kembali dari artikel Utusan Malaysia bertajuk " Apa Lagi Cina Mahu"..sepatutnya ditukarkan "Apa Yang Melayu Tak Faham"....sebab apa, sebab Bangsa Melayu itu sendiri masih hidup di bawah tempurung  dan penakut untuk keluar dari bawah tempurung.  

Terdapat 2 jenis Bangsa Melayu di Malaysia ini iaitu sesetengah Bangsa Ketuanan  Melayu telah memilih CAHAYA walau didalam KEGELAPAN,


  dan terdapat ssetengah lagi manusia berbangsa Ketuanan Melayu masih memilih KEGELAPAN walau diberikan CAHAYA.






Friday, May 10, 2013

Siapa Sebenarnya PM Malaysia ???....

Pelik dan hairan dan tertanya-tanya, siapa PM Malaysia ini sebenarnya?...
Rosmah seperti ahli sihir yang sukar ditewaskan...Apa yang ada pada Rosamah??..Adakah Rosmah main BOMOH untuk kekal berkuasa dan merompak segala harta rakyat. Sampai Tun M sendiri pening kepala..PELIK.


klik..

KUASA ALLAH, KUASA YANG MAHA HEBAT DARI SEGALANYA..

Wednesday, May 8, 2013

PRU13 - PRU Penuh Pembohongan...

BLACKOUT....

Google juga alami perkara yang sama...

BLACKOUT...