Jom Joint...

Thursday, July 25, 2013

Kes Tembak Lagi...

KLUANG - Tindakan seorang ahli perniagaan yang terus memecut dapat menyelamatkannya daripada maut selepas ditembak lelaki bermotosikal sebaik selesai berjoging di kawasan tempat letak kereta Taman Rekreasi Gunung Lambak di sini semalam.
Kejadian pukul 2.30 petang itu berlaku apabila mangsa berusia 46 tahun tersebut didatangi suspek sebaik masuk ke dalam keretanya.
Suspek kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah badan mangsa namun ahli perniagaan itu bertindak pantas dengan memecut keretanya sejauh tiga kilometer untuk mendapatkan rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom di sini.

No comments:

Post a Comment