Jom Joint...

Tuesday, July 30, 2013

Pengakuan Ketua Perisikan Israel: Penghancuran Mursi Kerana Pemikiran Ikhwanul Muslimin Muslimin Dan Penerapan Syariah dan Khilafah

 

Ketua perisikan Israel menyebutkan diantara sebab utama pelengseran Mursi adalah kerana ia membawa pemikiran Ikhwanul Muslimin yang hari ini berkembang pesat di Timur Tengah; di Mesir, Turki, Tunisia, Maghribi, Libya, Gaza, dll. Kini mereka berupaya untuk membina kekuatan di Syria dan Jorden.

Kekuatan Ikhwanul Muslimin ada di pelbagai bidang, tak hanya sebagai gerakan politik, mereka juga mengisi kehidupan sosial dan berinteraksi dengan manusia.

Ada dua agenda besar yang kini sedang direncanakan Ikhwan;

Pertama: Mempromosikan negara khilafah dan penerapan syariat. Definisinya ada di Mesir, sebagai negara demokrasi yang melaksanakan sistem Syura .. sebuah merupakan konsep mermusyawaratan yang diakui dalam Islam.

Kedua: Strategi lebih luas iaitu memperkuat pertahanan mereka di tengah-tengah pengaruh rejim non demokratik pada masa demokrasi tidak boleh memadamnya dengan mudah, sebagaimana terlihat di Turki dan Gaza.

Masjid Al Azhar akan menjadi kekuatan penerapan Syari'at. Tapi ini akan menyusul, supaya fokus kepada pengukuhan legitimasi hukum yang sedang diterapkan oleh kerajaan Mesir.

Dua misi besar tadi akan menguatkan Ikhwanul Muslimin di kawasan. Maka parti-parti Ikhwan yang baru-baru ini berkembang di Mesir, Gaza dan Tunisia sedang bergerak menuju kursi kepemimpinan yang kemudian akan menjadikan mereka sebagai penanggung jawab. Tanggung jawab ini tidak lagi diterjemahkan sebagai pucuk-pucuk kecil, tapi sudah menjadi kembang yang utuh.

Jadi rampasan kuasa terhadap Ikhwan adalah bertujuan untuk menghalang tegaknya Daulah Islamiyah di Mesir. Penggulingan atas Mursi sebenarnya kerana takut pada kejayaannya, bukan kerana kegagalannya

Sumber : Klik..

No comments:

Post a Comment