Jom Joint...

Tuesday, August 27, 2013

PERMAINAN AMERIKA DAN ZIONIS ISRAEL DALAM MEMERANGI ISLAM ...


Begitu licik sekali permainan Amerika Syarikat di mata dunia ini. Dibantu sekutu rapatnya ISRAel.. Mereka sehabis mungkin sedaya upaya untuk melenyapkan umat islam didunia ini. dari dulu hingga kini bermacam-macam propaganda dan fitnah yang ditabur kepada umat dan negara-negara islam, tujuannya adalah satu, untuk memecah belahkan umat islam didunia dan mentadbir seluruh pelusuk dunia, itu salah satu target utama mereka.

Peristiwa 11 September 2001, dirancang Amerika dan Israel bagi tujuan dengan sengaja mengalih pandangan dunia kepada islam dan mengatakan islam itu pengganas, islam itu satu militan bagi tujuan menutup segala kepincangan dan kerja jahat Amerika dan Israel selama ini.  BEGITU MUDAHKAN..
MANUSIA SELURUH DUNIA DIPERBODOHKAN OLEH GOLONGAN SEBEGITU.  MANUSIA KINI DILIHAT SEPERTI SEEKOR KELDAI YANG DICUCUK HIDUNG YANG MENG-IAKAN SEGALA PERBUATAN JAHAT AMERIKA DAN ZIONIS ISRAEL.

Setelah banyak negara-negara islam (Iraq,Afganistan dan lain-lain), mereka serang, kiini mesir dan syria pula akan menerima nasib yang sama.  RAPUHNYA ISLAM KINI.  DIMANA NEGARA-NEGARA ISLAM YANG LAIN?..DIMANA?... Masing-masing hanya DIAM MEMBISU DAN HANYA MELIHAT SAUDARA-SAUDARA ISLAM DISEKSA, DIBUNUH DAN DIRATAH BEGITU SAHAJA.

Ya Allah, Engkau turunkanlah bala bencana pada negara-negara islam lain sekiranya itu yang mereka inginkan dari MU..

Amerika kini ingin menjadi hero dalam kancah yang berlaku di negara-negara islam yang mereka sendiri tawan.  Mana tidaknya, apa yang berlaku di Mesir dan Syria kini adalah permainan jahat Amerika yang ditunjangi ISRAEL.  ISRAEL hanya mencetuskan dan melaga-lagakan umat islam di mesir dan syria sehinggakan umat islam disana berantakan, kini muncul Amerika yang telah bersiap sedia untuk menyerang konon-kononnya untuk mententeramkan keadaan disana, padahal tujuan mereka adalah sebaliknya, tujuan mereka adalah 1, melenyapkan umat islam dimuka bumi ini.

AYUH UMAT ISLAM SELURUH DUNIA...AYUH..AYUH...RAPATKAN SAF ANDA, MEMERANGI MUSUH ISLAM SEBENAR IAITU AMERIKA DAN ISRAEL.  TINGGALKAN SEGALA KHAYALAN DIMINDA, AYUH BANGUN DAN BANGUN..SELAMATKANLAH KEKASIH-KEKASIH ANDA, YANG MEMERLUKAN ANDA.

Salinan berita... Klik..

Wednesday, August 21, 2013

Berpeluangkah Aku...

 
 
 [Wasiat El-Beltagi kepada anak perempuannya, As- Syahidah Asmaa]

Anakku yang tercinta yang juga merupakan guruku yang mulia,

As-Syahidah Asmaa El-Beltagi, aku tidak katakan selamat tinggal, tetapi aku akan ucapkan esok kita akan bertemu.
Engkau hidup dengan penuh kehormatan, engkau enggan menerima kezaliman dan menolak segala perkara yang membelenggunya. Engkau juga menyintai kebebasan tanpa tolok bandingnya dan dalam diam engkau mencari ufuk-ufuk baru untuk kembali membina dan membangun ummah ini bagi menempatkannya dalam ketamadunan.

Engkau tidak disibukkan dengan perkara-perkara yang telah menyibukkan pemuda-pemudi yang sebaya denganmu. Meskipun engkau sentiasa mendapat tempat pertama di dalam pelajaranmu, pelajaran yang hanya ikut-ikutan itu tidak mampu untuk memenuhi harapan dan rasa ambil berat kamu (terhadap ummah).

Aku merasa tidak puas ditemanimu dalam kehidupan yang singkat ini lebih-lebih lagi waktu aku tidak begitu banyak untuk merasa bahagia dan menikmati dampingan ini. Ketika pertemuan terakhir kita, kita duduk bersama-sama di Medan Rabaah dan engkau telah menegurku dengan berkata: “sekalipun kamu (ayah) bersama-sama kami, namun kamu tetap tidak dapat memberi perhatian kepada kami”. Aku berkata kepadamu: “nampaknya kehidupan ini begitu singkat untuk kita menikmatinya bersama-sama. Aku berdoa agar Allah membantu kita untuk berteman di dalam syurga untuk menikmati (kebahagiaan) bersama-sama.”

Sebelum engkau mendapatkan syahid, aku melihatmu di dalam mimpi dua kali berturut-turut dalam pakaian pengantin dan dalam keadaan penuh cantik dan jelita, dan tidak ada yang seumpama itu di dunia ketika engkau tidur di sisi aku. Dalam diam aku telah bertanya kepadamu: “Adakah malam ini merupakan upacara majlis perkahwinanmu?” (majlis itu akan diadakan ketika waktu zohor dan bukannya pada waktu petang). Ketika aku dimaklumkan tentang kesyahidanmu pada waktu zohor hari rabu, aku faham kebimbanganku, dan aku telah dikhabarkan dengan berita gembira dengan penerimaan Allah terhadap kesyahidanmu dan engkau menambah keyakinanku bahawa sesungguhnya kita di atas kebenaran dan musuh kita berada di atas kebatilan.

Aku ditimpa kesengsaraan yang teramat sangat kerana aku tidak berada ketika perpisahan denganmu buat kali terakhir, mata aku tidak menjadi hitam (akibat menangis) dengan pandangan perpisahan terakhir ini, aku tidak memberi ciuman terakhir di dahimu, dan aku tidak diberi penghormatan untuk melakukan solat jenazah ke atasmu. Demi Allah wahai kesayanganku, tidak ada yang menghalang aku daripada melakukan ini semua. Bukan kerana takutkan kematian, dan tidak juga kerana takutkan penjara yang zalim tetapi sesungguhnya demi untuk menyempurnakan risalah ini, yang telah kamu tawarkan dirimu dan rohmu deminya, iaitu: menyempurnakan perjalanan revolusi ini sehingga mencapai kemenangan dan sehingga tujuan-tujuannya menjadi kenyataan).

Telah berangkat rohmu dan engkau hidup dalam kemuliaan. Engkau teguh menentang penjenayah yang telah menembakmu dengan peluru-peluru khianat dan kotor di dadamu, betapa indahnya cita-citamu dan betapa sucinya jiwamu. Aku yakin bahawasanya engkau telah membenarkan Allah maka Allah membenarkanmu, dan Allah telah memilihmu dan bukannya kami semua untuk memperoleh kemuliaan syahid. 

Dan akhir sekali, wahai cinta hatiku, juga guruku yang mulia,

Aku tidak akan ucapkan selamat tinggal tetapi aku akan katakan semoga kita bertemu lagi. Pertemuan yang bakal berlaku tidak lama lagi di tepi telaga bersama nabi tercinta dan para sahabat. Pertemuan yang bakal berlaku tidak lama lagi di singgahsana kebenaran di sisi Yang Maha Kuasa. Pertemuan yang bakal merealisasikan cita-cita kita untuk minum sepuas-puasnya bersama-sama, dan juga bersama orang-orang yang kita cintai, dan kita tidak akan dahaga selama-lamanya selepas itu.

Sumber : Egyptwindow

Sesuatu Yang Menarik...


INSPIRASI: Jutawan Speedmart99 Adalah Orang Kurang Upaya(OKU), Belajar Setakat Darjah Enam.

Kita mungkin sudah biasa melihat rangkaian mini market 99Speedmart yang papan tandanya berwarna hijau gelap dan oren itu.

Ramai mungkin tidak tahu siapakah pemilik rangkaian mini market itu. Untuk rekod, ia adalah milik seorang lelaki kurang upaya (OKU) bernama Lee Thiam Wah

Beliau memiliki lebih 2OO buah cawangan 99Speedmart di seluruh Malaysia (2011).

Lee berkerusi roda semenjak kecil.

Sewaktu bayi, Lee lumpuh disebabkan polio dan hilang fungsi kakinya. Bapanya seorang buruh pembinaan dan ibunya seorang penjaja, mereka bekerja keras untuk menyara 11 anak.

Mereka cuma mampu menyediakan pendidikan peringkat sekolah rendah kepada Lee.

Untuk menghilangkan rasa sunyi, Lee belajar sendiri dengan membaca buku yang dipinjam dari jiran, dan menjual makanan ringan serta snek ditepi jalan.

” Saya perlu menolong diri sendiri. Tiada siapa yang hendak menggaji saya yang mempunyai fizikal yang terhad ini..”

Lee memiliki simpanan RM5,000 ketika 23 tahun, cukup untuk memulakan kedai runcit

Dari situ beliau mula belajar tentang perniagaan runcit.

Lee menceritakan - ‘saya belajar apa pelanggan mahu, saya kenal siapa pembekal dan harga mereka. Dan saya kaji pesaing saya dengan cermat..’

Beliau telah berjaya menubuhkan 8 pasar mini di sekitar bandar Klang, Selangor pada hujung tahun 1990an walaupun kegawatan ekonomi berlaku pada masa itu.

Kejayaan ini adalah sumber keyakinan kepadanLee dalam perkembangan perniagaan kedai serbaneka yang mempunyai potensi tinggi.

Pada Ogos 1992, pasar raya 99 yang pertama telah dibuka.

Sejak tahun 1995, 7 buah lagi pasar raya yang menggunakan sistem kawalan stok dan inventori yang terkini telah dibuka di beberapa kawasan di Klang.

Perniagaan kesemua pasar raya ini berkembang dengan kadar 8 peratus setahun.

Pada masa perniagaannya berkembang, beliau telah memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan barangan serbaneka.

Beliau mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap setiap perkara yang melibatkan perniagaan ini seperti layanan pelanggan, pemilihan tempat perniagaan, kebersihan tempat perniagaan, pentadbiran perniagaan, penjualan dan promosi.

Ini menghasilkan rangkaian pasaraya berjenama tinggi yang dikenali oleh penduduk Klang.

Daripada pengalaman dan kejayaan Lee dalam perniagaan ini, beliau telah mengilhamkan satu konsep kedai serbaneka moden yang mempunyai segala kemudahan dan keperluan yang boleh dijalankan dengan satu kedai.

Justeru, 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah ditubuhkan untuk mengadakan francais kedai-kedai serbaneka di seluruh Malaysia.

Sembilan kedai-kedai serbaneka 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah wujud di sekitar Lembah Klang.

Konsep kedai serbaneka 99 Speedmart telah direka untuk menawarkan kepada pengguna cara membeli-belah dengan mudah, cepat dan selesa tanpa kesesakan orang ramai yang biasanya dapat dilihat di pasar raya atau pasar raya besar.

Ia juga menyediakan pelbagai jenis barangan dengan nilai yang terbaik untuk pengguna.

Slogan kedai serbaneka 99 Speedmart Begitu cepat, begitu mudah meliputi idea dan konsep kedai serbaneka 99 Speedmart iaitu Cepat dan Mudah.

Ini kerana pengguna boleh mendapatkan barangan yang diperlukan dengan cepat serta mudah dari segi masa, wang dan penginapan.

Bagi menguatkan ‘ikatan’ dengan pembekal, Lee akan menjelaskan bayaran dengan hanya beberapa minit sahaja dengan mereka setiap kali beliau memperoleh barangan yang dipesan.

Cara ini menyebabkan pembekal percaya kepada kejujuran Lee.

Di kala ramai OKU yang bergantung sepenuhnya pada bantuan kerajaan, Lee memecahkan tradisi ini.

Beliau pada awalnya terpaksa meminta bantuan adik beradiknya untuk menyusun barangan yang berat.

Keadaan beliau berkerusi roda tentunya menyebabkan pergerakannya terhad.

” Sudah tentu saya kena bekerja lebih kuat dari orang lain. Saya tidak boleh berbahasa Inggeris, berkerusi roda dan sekolah setakat darjah enam.

” Tapi bila berkerja keras, secara automatik boleh menambahkan rasa keyakinan diri dan ilmu pengertahuan,” kata Lee.

Beliau juga tidak menggunakan kecacatan dirinya bagi meminta diskaun dari pembekal.

Tiada keistimewaan khas, cuma bisnes dan berurusan seperti orang lain.

Hebat bukan?

Monday, August 5, 2013

Siapakah Beliau Di Sebalik Sarban Dan Jubah Ini.....

 

Presiden baru Iran ikrar terus sokong Assad

BEIRUT: Presiden baru Iran, Hasan Rouhani hari ini menegaskan bahawa negara itu akan terus menyokong rejim Bashar Assad di Syria dengan berkata tiada kuasa tentera di dunia mampu menggegarkan hubungan dua hala yang berdekad lamanya itu. 

Berita penuh..Disini..

Wednesday, July 31, 2013

Apakah Makna Aidilfitri Kali Ini....



Dimanakah Malaysia?.. Apa itu Malaysia..?...Adakah ia sebuah Negara atau sebaliknya?...Kalau Malaysia adalah sebuah negara, Apakah agama yang dianuti penduduknya?...Adakah agama Islam?..Adakah Kristian?..atau tiada agama?...

Berpenghunikah Bumi Malaysia ini??....

Adakah kerana sudah KETENTUAN ALLAH, kita semua menyerah segala padaNYA??....

Ya Allah, berikanlah PETUNJUK MU...JIKA ITU YANG MALAYSIA  TUNGGU DAN INGINKAN.


Iklan Yang Benar-Benar Menyentuh Jiwa Ini...

Hanya yang punya Hati, punyai mata Hati....


lagu iringan..RAPUH - OPICK


Tuesday, July 30, 2013

Pengakuan Ketua Perisikan Israel: Penghancuran Mursi Kerana Pemikiran Ikhwanul Muslimin Muslimin Dan Penerapan Syariah dan Khilafah

 

Ketua perisikan Israel menyebutkan diantara sebab utama pelengseran Mursi adalah kerana ia membawa pemikiran Ikhwanul Muslimin yang hari ini berkembang pesat di Timur Tengah; di Mesir, Turki, Tunisia, Maghribi, Libya, Gaza, dll. Kini mereka berupaya untuk membina kekuatan di Syria dan Jorden.

Kekuatan Ikhwanul Muslimin ada di pelbagai bidang, tak hanya sebagai gerakan politik, mereka juga mengisi kehidupan sosial dan berinteraksi dengan manusia.

Ada dua agenda besar yang kini sedang direncanakan Ikhwan;

Pertama: Mempromosikan negara khilafah dan penerapan syariat. Definisinya ada di Mesir, sebagai negara demokrasi yang melaksanakan sistem Syura .. sebuah merupakan konsep mermusyawaratan yang diakui dalam Islam.

Kedua: Strategi lebih luas iaitu memperkuat pertahanan mereka di tengah-tengah pengaruh rejim non demokratik pada masa demokrasi tidak boleh memadamnya dengan mudah, sebagaimana terlihat di Turki dan Gaza.

Masjid Al Azhar akan menjadi kekuatan penerapan Syari'at. Tapi ini akan menyusul, supaya fokus kepada pengukuhan legitimasi hukum yang sedang diterapkan oleh kerajaan Mesir.

Dua misi besar tadi akan menguatkan Ikhwanul Muslimin di kawasan. Maka parti-parti Ikhwan yang baru-baru ini berkembang di Mesir, Gaza dan Tunisia sedang bergerak menuju kursi kepemimpinan yang kemudian akan menjadikan mereka sebagai penanggung jawab. Tanggung jawab ini tidak lagi diterjemahkan sebagai pucuk-pucuk kecil, tapi sudah menjadi kembang yang utuh.

Jadi rampasan kuasa terhadap Ikhwan adalah bertujuan untuk menghalang tegaknya Daulah Islamiyah di Mesir. Penggulingan atas Mursi sebenarnya kerana takut pada kejayaannya, bukan kerana kegagalannya

Sumber : Klik..

Pemimpin bersin pun ahli Umno tepuk tangan - Mahathir


PUTRAJAYA: “Kalau pemimpin bersin pun ahli Umno tepuk tangan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad  dalam satu sesi dialog bersama NGO KelabCheDet Sabtu lalu di pejabatnya.

“Mereka akan sokong tanpa bersoal jawap lagi apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin Umno walaupun yang dilakukan itu merosak kan parti,” tambahnya.

Bagi beliau, ahli Umno sudah tidak berkualiti lagi,apa tidaknya jika ramai orang yang berpendidikan tinggi dan berpelajaran dihalang masuk ke dalam Umno.

“Jika ketua bahagian itu guru besar misalnya dia akan cuba halang orang yang kedudukan taraf dan pangkat yang lebih tinggi dari masuk menjadi ahli kedalam bahagiannya, jika orang itu guru biasa baru lah diluluskan, begitu seterusnya cik gu pula enggan orang yang lebih berpendidikan dari nya untuk masuk, lama-lama yang ada orang yang tiada kualiti dan pendidikan, nak cari calon jadi menteri pun tak ada kerana yang sedia ada semuanya tidak berkelayakan.

“Orang-orang  yang dihalang masuk ini akan kemudiannya masuk ke dalam parti lawan dan bersaing dengan pemimpin Umno ini, itu sebabnya retired general, pensyarah semua masuk ke dalam parti lawan,” ujarnya.

“Dulu waktu saya jadi Presiden,  MT Umno berdebat sampai pukul 4 pagi, isu Musa Hitam didebatkan malah mereka berhujah sehingga saya akur dan keputusan yang berpihak kepada Musa Hitam dengan kehendak majlis mahu menghantar wakil memujuk Musa," katanya.

Bagi beliau, kerosakan Umno bermula dari waktu Pak Lah menjadi pemimpin Umno, dan kemudian Datuk Seri Najib gagal memperbetulkannya menjadikan keadaan bertambah buruk.

“Akibat perpecahan perpecahan Melayu orang Cina menjadi penentu kuasa malah kemungkinan kita akan dapat Perdana Menteri Melayu yang ikut telunjuk Cina, ini sudah pun berlaku sekarang.

“Lihat sahaja isu EC (Suruhanjaya Pilihan Raya) yang di serah kepada Parlimen, ini semua tanda tunduk kepada desakan kerana kedudukan kita tidak  begitu kuat begitu jugalah dengan ISA dan isu keselamatan, ini semua sebab pemimpin nak jaga hati lawan," katanya.

“DS Najib nak jadi 'BRAND' dan juga slogan '1Malaysia' kerana dia fikir nama Umno sudah tidak bagus lagi,” dakwa Mahathir.

Bagi  beliau, 1Malayisa tidak dijelaskan dengan betul, ia bermaksud lain pada pihak lain.

Pada orang Cina ia bermaksud semua sudah sama Melayu dan Cina, pada orang Melayu ia bermaksud tiada lagi sekolah Cina dan sebagainya.

“Keadaan bertambah buruk dengan memiliki penasihat yang tidak faham politik dan sensitiviti, tapi malangnya merekalah yang didengar oleh pemimpin,” getus Mahathir.

“Pemuda Umno sekarang  tidak semacam dulu,” ujar Tun Mahathir.

Ini amat ketara kerana Pemuda Umno ada agenda dan kepentingan sendiri dan bukan pemankin kepada penentu kuasa orang Melayu.

“Nak kira 700 undi pun makan masa 8 jam,” katanya lagi.

“Kita kini dalam keadaan yang cukup bahaya,” jelas Tun Mahathir. “Saya di datangi oleh pelbagai pihak dan pertubuhan Melayu yang mengadu mereka tidak selesa dengan pentadbiran DS Najib , malah ada diantaranya  mencadangkan DS Najib di langgar (dalam pemilihan parti),” tambahnya.

Tun Mahathir juga berkata banyak pihak yang berjumpa dengannya merasakan Melayu tersisih kerana DS Najib terlalu mahu menarik perhatian pihak yang tidak menyokongnya terutamanya orang Cina.

Malah mereka ini sangat di layan dengan istimewa berbanding dengan orang Melayu yang menyokongnya.

Walaupun DS Najib naik atas tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan Melayu untuk dilayan, tambahnya.

Tentu sekali pemimpin Umno bukan jenis yang berkata benar kepada DS Najib akan keadaan dibawah kerana mereka seperti di kata bukan lagi ahli yang berkualiti selain hanya mahu mengampu dan memberi kabaran baik sahaja.

Tun Mahathir juga turut menyatakan bahawa apa yang kita ada harus berkongsi bersama mereka, tapi apa yang puak itu ada tidak pernah dikongsi bersama orang Melayu.

Kini GLC dan beberapa perkara lain harus ada peruntukan untuk orang bukan Melayu, sedang itu sahaja yang Melayu ada.

“Adakah sebarang kontrak orang Cina akan serah kepada Melayu?" tanya Tun Mahathir. 

“Orang Melayu yang dapat tender dan kontrak akhirnya akan sub kepada bukan Melayu juga tapi malangnya apa yang dapat kepada orang Cina tidak pernah dapat kepada orang Melayu," katanya.

Tun juga memberi contoh antara institusi milik bukan orang Melayu dan apa yang dibuka oleh orang Melayu untuk bukan Melayu sebagai contoh.

“Orang Melayu undi Najib bukan kerana suka kepadanya, tapi kerana takut kepada Anwar dan Lim Kit Siang dan apa yang akan dibawa oleh keduanya, lalu ketakutan mereka diterjemah kepada undi kepada Umno dan DS Najib,” kata Tun lagi.

“BR1M akan menjadi masalah jika satu ketika nanti rakyat sudah terbiasa dengan pemberian sebegini, dan keadaan akan jadi buruk apabila tidak lagi dapat memberinya,” kata Tun lagi.

“Saya Ultra Malay tapi orang Cina tahu dan kenal cara saya dan mereka undi saya, ada caranya untuk memikat hati mereka. Pendekatan DS Najib tidak betul dengan sentiasa menghulurkan wang, mereka akan ambil tetapi belum tentu mengundi,” kata Tun.

“Himpunan besar besaran tidak menentukan sokongan orang Cina,"  ujarnya.

Akhir sekali Tun berkata “Saya akan terus bersuara untuk bumiputera dan Melayu, jika mereka kata saya rasis, Ya saya akan kata saya rasis”.

Dalam sesi dialog ini nama-nama tertentu dengan kedudukan tertentu juga disebut oleh Tun, tetapi kerana bertaraf “sulit” dan terlalu sensitif, maka tidak perlu di perjelaskan di sini.

KelabCheDet juga telah diberitahu oleh  Tun tentang hal-hal keselamatan negara dan kedudukan politik individu Umno serta pendapatnya berkenaan tokoh-tokoh tertentu.

Pertemuan di akhiri dengan pesanan dan arahan tertentu yang mana pastinya NGO seperti KCD akan berusaha keras untuk merealisasikannya demi kepentingan Alif Ba Ta.

Sumber : Klik

Tembak Lagi 29/7/2013


 

KUALA LUMPUR - Pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia maut ditembak selepas bertemu dengan seorang lelaki bagi membincangkan urusan jual-beli saham di tempat letak kenderaan di sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon di sini semalam.