
PUTRAJAYA: “Kalau pemimpin bersin pun ahli Umno tepuk
tangan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sesi dialog bersama
NGO KelabCheDet Sabtu lalu di pejabatnya.
“Mereka akan sokong
tanpa bersoal jawap lagi apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin Umno
walaupun yang dilakukan itu merosak kan parti,” tambahnya.
Bagi
beliau, ahli Umno sudah tidak berkualiti lagi,apa tidaknya jika ramai
orang yang berpendidikan tinggi dan berpelajaran dihalang masuk ke dalam
Umno.
“Jika ketua bahagian itu guru besar misalnya dia akan cuba
halang orang yang kedudukan taraf dan pangkat yang lebih tinggi dari
masuk menjadi ahli kedalam bahagiannya, jika orang itu guru biasa baru
lah diluluskan, begitu seterusnya cik gu pula enggan orang yang lebih
berpendidikan dari nya untuk masuk, lama-lama yang ada orang yang tiada
kualiti dan pendidikan, nak cari calon jadi menteri pun tak ada kerana
yang sedia ada semuanya tidak berkelayakan.
“Orang-orang yang
dihalang masuk ini akan kemudiannya masuk ke dalam parti lawan dan
bersaing dengan pemimpin Umno ini, itu sebabnya retired general,
pensyarah semua masuk ke dalam parti lawan,” ujarnya.
“Dulu waktu
saya jadi Presiden, MT Umno berdebat sampai pukul 4 pagi, isu Musa
Hitam didebatkan malah mereka berhujah sehingga saya akur dan keputusan
yang berpihak kepada Musa Hitam dengan kehendak majlis mahu menghantar
wakil memujuk Musa," katanya.
Bagi beliau, kerosakan Umno
bermula dari waktu Pak Lah menjadi pemimpin Umno, dan kemudian Datuk
Seri Najib gagal memperbetulkannya menjadikan keadaan bertambah buruk.
“Akibat
perpecahan perpecahan Melayu orang Cina menjadi penentu kuasa malah
kemungkinan kita akan dapat Perdana Menteri Melayu yang ikut telunjuk
Cina, ini sudah pun berlaku sekarang.
“Lihat sahaja isu EC
(Suruhanjaya Pilihan Raya) yang di serah kepada Parlimen, ini semua
tanda tunduk kepada desakan kerana kedudukan kita tidak begitu kuat
begitu jugalah dengan ISA dan isu keselamatan, ini semua sebab pemimpin
nak jaga hati lawan," katanya.
“DS Najib nak jadi 'BRAND' dan juga slogan '1Malaysia' kerana dia fikir nama Umno sudah tidak bagus lagi,” dakwa Mahathir.
Bagi beliau, 1Malayisa tidak dijelaskan dengan betul, ia bermaksud lain pada pihak lain.
Pada
orang Cina ia bermaksud semua sudah sama Melayu dan Cina, pada orang
Melayu ia bermaksud tiada lagi sekolah Cina dan sebagainya.
“Keadaan
bertambah buruk dengan memiliki penasihat yang tidak faham politik dan
sensitiviti, tapi malangnya merekalah yang didengar oleh pemimpin,”
getus Mahathir.
“Pemuda Umno sekarang tidak semacam dulu,” ujar Tun Mahathir.
Ini amat ketara kerana Pemuda Umno ada agenda dan kepentingan sendiri dan bukan pemankin kepada penentu kuasa orang Melayu.
“Nak kira 700 undi pun makan masa 8 jam,” katanya lagi.
“Kita
kini dalam keadaan yang cukup bahaya,” jelas Tun Mahathir. “Saya di
datangi oleh pelbagai pihak dan pertubuhan Melayu yang mengadu mereka
tidak selesa dengan pentadbiran DS Najib , malah ada diantaranya
mencadangkan DS Najib di langgar (dalam pemilihan parti),” tambahnya.
Tun
Mahathir juga berkata banyak pihak yang berjumpa dengannya merasakan
Melayu tersisih kerana DS Najib terlalu mahu menarik perhatian pihak
yang tidak menyokongnya terutamanya orang Cina.
Malah mereka ini sangat di layan dengan istimewa berbanding dengan orang Melayu yang menyokongnya.
Walaupun DS Najib naik atas tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan Melayu untuk dilayan, tambahnya.
Tentu
sekali pemimpin Umno bukan jenis yang berkata benar kepada DS Najib
akan keadaan dibawah kerana mereka seperti di kata bukan lagi ahli yang
berkualiti selain hanya mahu mengampu dan memberi kabaran baik sahaja.
Tun
Mahathir juga turut menyatakan bahawa apa yang kita ada harus berkongsi
bersama mereka, tapi apa yang puak itu ada tidak pernah dikongsi
bersama orang Melayu.
Kini GLC dan beberapa perkara lain harus ada peruntukan untuk orang bukan Melayu, sedang itu sahaja yang Melayu ada.
“Adakah sebarang kontrak orang Cina akan serah kepada Melayu?" tanya Tun Mahathir.
“Orang
Melayu yang dapat tender dan kontrak akhirnya akan sub kepada bukan
Melayu juga tapi malangnya apa yang dapat kepada orang Cina tidak pernah
dapat kepada orang Melayu," katanya.
Tun juga memberi contoh
antara institusi milik bukan orang Melayu dan apa yang dibuka oleh orang
Melayu untuk bukan Melayu sebagai contoh.
“Orang Melayu undi
Najib bukan kerana suka kepadanya, tapi kerana takut kepada Anwar dan
Lim Kit Siang dan apa yang akan dibawa oleh keduanya, lalu ketakutan
mereka diterjemah kepada undi kepada Umno dan DS Najib,” kata Tun lagi.
“BR1M
akan menjadi masalah jika satu ketika nanti rakyat sudah terbiasa
dengan pemberian sebegini, dan keadaan akan jadi buruk apabila tidak
lagi dapat memberinya,” kata Tun lagi.
“Saya Ultra Malay tapi
orang Cina tahu dan kenal cara saya dan mereka undi saya, ada caranya
untuk memikat hati mereka. Pendekatan DS Najib tidak betul dengan
sentiasa menghulurkan wang, mereka akan ambil tetapi belum tentu
mengundi,” kata Tun.
“Himpunan besar besaran tidak menentukan sokongan orang Cina," ujarnya.
Akhir
sekali Tun berkata “Saya akan terus bersuara untuk bumiputera dan
Melayu, jika mereka kata saya rasis, Ya saya akan kata saya rasis”.
Dalam
sesi dialog ini nama-nama tertentu dengan kedudukan tertentu juga
disebut oleh Tun, tetapi kerana bertaraf “sulit” dan terlalu sensitif,
maka tidak perlu di perjelaskan di sini.
KelabCheDet juga telah
diberitahu oleh Tun tentang hal-hal keselamatan negara dan kedudukan
politik individu Umno serta pendapatnya berkenaan tokoh-tokoh tertentu.
Pertemuan
di akhiri dengan pesanan dan arahan tertentu yang mana pastinya NGO
seperti KCD akan berusaha keras untuk merealisasikannya demi kepentingan
Alif Ba Ta.