Jom Joint...

Wednesday, July 31, 2013

Apakah Makna Aidilfitri Kali Ini....



Dimanakah Malaysia?.. Apa itu Malaysia..?...Adakah ia sebuah Negara atau sebaliknya?...Kalau Malaysia adalah sebuah negara, Apakah agama yang dianuti penduduknya?...Adakah agama Islam?..Adakah Kristian?..atau tiada agama?...

Berpenghunikah Bumi Malaysia ini??....

Adakah kerana sudah KETENTUAN ALLAH, kita semua menyerah segala padaNYA??....

Ya Allah, berikanlah PETUNJUK MU...JIKA ITU YANG MALAYSIA  TUNGGU DAN INGINKAN.


Iklan Yang Benar-Benar Menyentuh Jiwa Ini...

Hanya yang punya Hati, punyai mata Hati....


lagu iringan..RAPUH - OPICK


Tuesday, July 30, 2013

Pengakuan Ketua Perisikan Israel: Penghancuran Mursi Kerana Pemikiran Ikhwanul Muslimin Muslimin Dan Penerapan Syariah dan Khilafah

 

Ketua perisikan Israel menyebutkan diantara sebab utama pelengseran Mursi adalah kerana ia membawa pemikiran Ikhwanul Muslimin yang hari ini berkembang pesat di Timur Tengah; di Mesir, Turki, Tunisia, Maghribi, Libya, Gaza, dll. Kini mereka berupaya untuk membina kekuatan di Syria dan Jorden.

Kekuatan Ikhwanul Muslimin ada di pelbagai bidang, tak hanya sebagai gerakan politik, mereka juga mengisi kehidupan sosial dan berinteraksi dengan manusia.

Ada dua agenda besar yang kini sedang direncanakan Ikhwan;

Pertama: Mempromosikan negara khilafah dan penerapan syariat. Definisinya ada di Mesir, sebagai negara demokrasi yang melaksanakan sistem Syura .. sebuah merupakan konsep mermusyawaratan yang diakui dalam Islam.

Kedua: Strategi lebih luas iaitu memperkuat pertahanan mereka di tengah-tengah pengaruh rejim non demokratik pada masa demokrasi tidak boleh memadamnya dengan mudah, sebagaimana terlihat di Turki dan Gaza.

Masjid Al Azhar akan menjadi kekuatan penerapan Syari'at. Tapi ini akan menyusul, supaya fokus kepada pengukuhan legitimasi hukum yang sedang diterapkan oleh kerajaan Mesir.

Dua misi besar tadi akan menguatkan Ikhwanul Muslimin di kawasan. Maka parti-parti Ikhwan yang baru-baru ini berkembang di Mesir, Gaza dan Tunisia sedang bergerak menuju kursi kepemimpinan yang kemudian akan menjadikan mereka sebagai penanggung jawab. Tanggung jawab ini tidak lagi diterjemahkan sebagai pucuk-pucuk kecil, tapi sudah menjadi kembang yang utuh.

Jadi rampasan kuasa terhadap Ikhwan adalah bertujuan untuk menghalang tegaknya Daulah Islamiyah di Mesir. Penggulingan atas Mursi sebenarnya kerana takut pada kejayaannya, bukan kerana kegagalannya

Sumber : Klik..

Pemimpin bersin pun ahli Umno tepuk tangan - Mahathir


PUTRAJAYA: “Kalau pemimpin bersin pun ahli Umno tepuk tangan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad  dalam satu sesi dialog bersama NGO KelabCheDet Sabtu lalu di pejabatnya.

“Mereka akan sokong tanpa bersoal jawap lagi apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin Umno walaupun yang dilakukan itu merosak kan parti,” tambahnya.

Bagi beliau, ahli Umno sudah tidak berkualiti lagi,apa tidaknya jika ramai orang yang berpendidikan tinggi dan berpelajaran dihalang masuk ke dalam Umno.

“Jika ketua bahagian itu guru besar misalnya dia akan cuba halang orang yang kedudukan taraf dan pangkat yang lebih tinggi dari masuk menjadi ahli kedalam bahagiannya, jika orang itu guru biasa baru lah diluluskan, begitu seterusnya cik gu pula enggan orang yang lebih berpendidikan dari nya untuk masuk, lama-lama yang ada orang yang tiada kualiti dan pendidikan, nak cari calon jadi menteri pun tak ada kerana yang sedia ada semuanya tidak berkelayakan.

“Orang-orang  yang dihalang masuk ini akan kemudiannya masuk ke dalam parti lawan dan bersaing dengan pemimpin Umno ini, itu sebabnya retired general, pensyarah semua masuk ke dalam parti lawan,” ujarnya.

“Dulu waktu saya jadi Presiden,  MT Umno berdebat sampai pukul 4 pagi, isu Musa Hitam didebatkan malah mereka berhujah sehingga saya akur dan keputusan yang berpihak kepada Musa Hitam dengan kehendak majlis mahu menghantar wakil memujuk Musa," katanya.

Bagi beliau, kerosakan Umno bermula dari waktu Pak Lah menjadi pemimpin Umno, dan kemudian Datuk Seri Najib gagal memperbetulkannya menjadikan keadaan bertambah buruk.

“Akibat perpecahan perpecahan Melayu orang Cina menjadi penentu kuasa malah kemungkinan kita akan dapat Perdana Menteri Melayu yang ikut telunjuk Cina, ini sudah pun berlaku sekarang.

“Lihat sahaja isu EC (Suruhanjaya Pilihan Raya) yang di serah kepada Parlimen, ini semua tanda tunduk kepada desakan kerana kedudukan kita tidak  begitu kuat begitu jugalah dengan ISA dan isu keselamatan, ini semua sebab pemimpin nak jaga hati lawan," katanya.

“DS Najib nak jadi 'BRAND' dan juga slogan '1Malaysia' kerana dia fikir nama Umno sudah tidak bagus lagi,” dakwa Mahathir.

Bagi  beliau, 1Malayisa tidak dijelaskan dengan betul, ia bermaksud lain pada pihak lain.

Pada orang Cina ia bermaksud semua sudah sama Melayu dan Cina, pada orang Melayu ia bermaksud tiada lagi sekolah Cina dan sebagainya.

“Keadaan bertambah buruk dengan memiliki penasihat yang tidak faham politik dan sensitiviti, tapi malangnya merekalah yang didengar oleh pemimpin,” getus Mahathir.

“Pemuda Umno sekarang  tidak semacam dulu,” ujar Tun Mahathir.

Ini amat ketara kerana Pemuda Umno ada agenda dan kepentingan sendiri dan bukan pemankin kepada penentu kuasa orang Melayu.

“Nak kira 700 undi pun makan masa 8 jam,” katanya lagi.

“Kita kini dalam keadaan yang cukup bahaya,” jelas Tun Mahathir. “Saya di datangi oleh pelbagai pihak dan pertubuhan Melayu yang mengadu mereka tidak selesa dengan pentadbiran DS Najib , malah ada diantaranya  mencadangkan DS Najib di langgar (dalam pemilihan parti),” tambahnya.

Tun Mahathir juga berkata banyak pihak yang berjumpa dengannya merasakan Melayu tersisih kerana DS Najib terlalu mahu menarik perhatian pihak yang tidak menyokongnya terutamanya orang Cina.

Malah mereka ini sangat di layan dengan istimewa berbanding dengan orang Melayu yang menyokongnya.

Walaupun DS Najib naik atas tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan Melayu untuk dilayan, tambahnya.

Tentu sekali pemimpin Umno bukan jenis yang berkata benar kepada DS Najib akan keadaan dibawah kerana mereka seperti di kata bukan lagi ahli yang berkualiti selain hanya mahu mengampu dan memberi kabaran baik sahaja.

Tun Mahathir juga turut menyatakan bahawa apa yang kita ada harus berkongsi bersama mereka, tapi apa yang puak itu ada tidak pernah dikongsi bersama orang Melayu.

Kini GLC dan beberapa perkara lain harus ada peruntukan untuk orang bukan Melayu, sedang itu sahaja yang Melayu ada.

“Adakah sebarang kontrak orang Cina akan serah kepada Melayu?" tanya Tun Mahathir. 

“Orang Melayu yang dapat tender dan kontrak akhirnya akan sub kepada bukan Melayu juga tapi malangnya apa yang dapat kepada orang Cina tidak pernah dapat kepada orang Melayu," katanya.

Tun juga memberi contoh antara institusi milik bukan orang Melayu dan apa yang dibuka oleh orang Melayu untuk bukan Melayu sebagai contoh.

“Orang Melayu undi Najib bukan kerana suka kepadanya, tapi kerana takut kepada Anwar dan Lim Kit Siang dan apa yang akan dibawa oleh keduanya, lalu ketakutan mereka diterjemah kepada undi kepada Umno dan DS Najib,” kata Tun lagi.

“BR1M akan menjadi masalah jika satu ketika nanti rakyat sudah terbiasa dengan pemberian sebegini, dan keadaan akan jadi buruk apabila tidak lagi dapat memberinya,” kata Tun lagi.

“Saya Ultra Malay tapi orang Cina tahu dan kenal cara saya dan mereka undi saya, ada caranya untuk memikat hati mereka. Pendekatan DS Najib tidak betul dengan sentiasa menghulurkan wang, mereka akan ambil tetapi belum tentu mengundi,” kata Tun.

“Himpunan besar besaran tidak menentukan sokongan orang Cina,"  ujarnya.

Akhir sekali Tun berkata “Saya akan terus bersuara untuk bumiputera dan Melayu, jika mereka kata saya rasis, Ya saya akan kata saya rasis”.

Dalam sesi dialog ini nama-nama tertentu dengan kedudukan tertentu juga disebut oleh Tun, tetapi kerana bertaraf “sulit” dan terlalu sensitif, maka tidak perlu di perjelaskan di sini.

KelabCheDet juga telah diberitahu oleh  Tun tentang hal-hal keselamatan negara dan kedudukan politik individu Umno serta pendapatnya berkenaan tokoh-tokoh tertentu.

Pertemuan di akhiri dengan pesanan dan arahan tertentu yang mana pastinya NGO seperti KCD akan berusaha keras untuk merealisasikannya demi kepentingan Alif Ba Ta.

Sumber : Klik

Tembak Lagi 29/7/2013


 

KUALA LUMPUR - Pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia maut ditembak selepas bertemu dengan seorang lelaki bagi membincangkan urusan jual-beli saham di tempat letak kenderaan di sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon di sini semalam.

Friday, July 26, 2013

MILITIA SAMSENG [baltojiyah] Penyokong Abdul Fatah As-Sisi belasah Penyokong Ikhwan Dengan Kejam [GAMBAR] | Terkini Di Mesir 26 Julai 2013 | SIAPA "MILITIA SAMSENG" SEBENARNYA?

Gambar ini insiden yang berlaku semalam di hadapan Kedutaan Amerika di Kaherah. Contoh jelas lelaki yang memegang pistol mengheret seorang penyokong Mursi dengan dikelilingi oleh samseng yang lain. Siapa lelaki itu? Mungkin polis berpakaian biasa atau mungkin ketua samseng upahan.

Ramai yang bertanya apakah maksud saya menamakan mereka dengan "militia samseng upahan". Siapa mereka ini sebenarnya?

gambar-mesir-terkini.jpg 

**Klik untuk berita selanjutnya...

* Apa yang berlaku sekarang, seolah-olah memberikan gambaran kembali ( copy & paste ) apa telah berlaku pada zaman-zaman kenabian dahulu...(kepada yang berfikir)..

* Ayuh "BANGUNLAH WAHAI INSAN, BANGUNLAH WAHAI HATI"...masa hampir TIBA..


Thursday, July 25, 2013

Adakah Ini Jalan Penyelesaiannya...

Mahasiswa cipta pakaian dalam antirogol

CHENNAI - Sekumpulan mahasiswa di Universiti Memorial Sri Ramaswamy telah mencipta sehelai pakaian dalam antirogol berteknologi tinggi di India kelmarin.

Tetapi kita lupa, akan sesuatu yang langsung tidak perlu mengeluarkan modal berbilion-bilion/berjuta-juta untuk mencipta segala peralatan dan pertahanan anti itu, dan anti ini....

Semak dan lihat balik apa yang dimaksudkan itu.

Kes Tembak Lagi...

KLUANG - Tindakan seorang ahli perniagaan yang terus memecut dapat menyelamatkannya daripada maut selepas ditembak lelaki bermotosikal sebaik selesai berjoging di kawasan tempat letak kereta Taman Rekreasi Gunung Lambak di sini semalam.
Kejadian pukul 2.30 petang itu berlaku apabila mangsa berusia 46 tahun tersebut didatangi suspek sebaik masuk ke dalam keretanya.
Suspek kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah badan mangsa namun ahli perniagaan itu bertindak pantas dengan memecut keretanya sejauh tiga kilometer untuk mendapatkan rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom di sini.

Friday, July 19, 2013

Kisah Menyesal Tak Sudah Tentera Iskandar Dzulkarnain ...

 Al-kisah tentang Menyesal~

Tersebut al-kisah. Iskandar Zulkarnain dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya. Di tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan. Ada orang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi. Ada org yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yang guna kan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa.
Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah betul-betul emas dan berlian. Ada yang minta kebenaran dari Iskandar untuk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan.
Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yg amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar.
Semua menyesal. Tiada yang tak menyesal.
1. Paling menyesal ialah yangg tidak percaya langsung. Tiada langsung emas berlian yangg dibawa walaupun mempunyai peluang.
2. Yang bawa sikit pun menyesal. "Kenapa lah aku bawa penuh tangan saja. Aku patut gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian"
3. Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari org lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas berlian dan sebagainya.
4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya. Tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak yakin dan kerana letih dan malas.
Begitu lah gambaran penyesalan kita bila sampai ke alam AKHIRAT. Semua menyesal. Tiada yangg terkecuali.. Ketika sakaratul maut, kita akan dinampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang tidak baik ditunjukkan. Seperti mereka yang meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik semula. Tapi bila roh di halqom sudah terlambat.
Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal. Yang soleh dan solehah menyesal kerana masa yang berlalu tanpa dimanafaatkan untuk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi.
Yang kadang-kadang soleh, kadang-kadang perangai macam KAFFIR Laknatullah lagi lah menyesal. Ada amalan. Tapi sikit. Dosa menimbun.
Orang-orang kaffir lah yang paling menyesal. Terutama mereka yang dah sampai seru, faham pasal Islam, tapi pilih untuk tidak beriman kerana ego, pangkat dan harta dan sebagainya.
Orang yang asalnya Islam tapi meninggalkan agama lagi lah menyesal. Seperti mereka yang mula-mula kutip batu, tapi lepaskan. Di akhirat nanti mereka lah yang paling menyesal.
Itu lah gambaran penyesalan di Akhirat. Diceritakan penyesalan mereka dalam Surah Sajadah. Ahli Neraka merayu pada Allah. 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembali lah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya kami telah benar-benar yakin..
 
Sumber : Libang Libu ...

Kes Tembak Semakin Menjadi-jadi....


Kes melibatkan senjata api di negara ini, dilihat semakin menjadi-menjadi kebelakangan ini.  Semakin ramai yang menjadi mangsa senjata itu.  Sekiranya perkara ini tidak dititik beratkan, pasti ramai lagi yang akan menjadi mangsa kepada senjata ini.  Mungkin esok lusa giliran kita akan menjadi mangsa.  Adakah kita berasa selamat sekarang?...Salah sikit, TEMBAK...Tidak sehaluan TEMBAK...AKHIRNYA MATI KATAK...

 

ZAMAN APAKAH INI?...

Sekiranya perkara ini tidak dapat dibendung, Negara akan dapat NAMANYA...
Apa kaedah tebaik bagi membendung perkara ini?...
Adakah disebabkan kebanjiran rakyat negara luar (asing) dinegara ini, salah satu punca perkara ini berlaku?..

Atau..

Adakah dari kalangan rakyat kita sendiri yakni ***** yang diberi upah?...ini kerana tiada tangkapan dibuat.... Wallahullam...

Fikir-fikirkan..Dunia penuh TIPU DAYA...

Berita penuh disini...disini..disini...disini...