Jom Joint...

Wednesday, December 28, 2011

Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)


Diatas, adalah contoh borang permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang di edarkn secara percuma kepada rakyat bagi bantuan wang sebanyak RM500 kepada yang perpendapatan isi rumah bawah RM3000.00.

Memandangkan aku juga rakyat jati tanah air Malaysia dan yang di lahirkan di bumi Malaysia, aku juga turut mengisi dan melengkapkan borang ini kerana aku juga berpendapatan bawah RM3000.00 dan CACAT pulak tu.  Aku juga salah seorang pemohon yang tidak ingin lepaskan peluang ini, Tapi aku HAMPA, borang aku isi dan dihantar ke LHDN di tolak kerana aku masih bujang.  Itu alasan yang aku terima. LOGIK ke?...Bagaimana pula keadaan aku yang di perkatakan Golongan Kelainan Upaya ini?...Mana bantuan untuk orang CACAT seperti aku ini?, dah la bantuan kewangan dengan Jabatan Kebajikan pun aku tak dapat.  Mana HAK orang CACAT seperti aku ini di Malaysia?...Tambahan pula aku bukan Warga Asing. Aku Warga Tulen Malaysia. 

Bantuan untuk apakah ini sebenarnya?

Friday, December 23, 2011

Bencana besar jika gagal mengawal lidah


‘SEBAB pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.’ Begitulah pepatah Melayu lama peninggalan warisan budaya sosial Melayu yang memperingatkan setiap individu dalam masyarakat agar peka dengan impak negatif yang berpunca daripada mungkar lidah.
Meskipun pepatah berkenaan sekian lama kita fahami, namun ada kalangan mukmin yang memandang ringan dalam aspek memelihara dan menjaga lidah. Banyak suruhan dan perintah Allah seperti ibadah solat, puasa dan haji mampu kita laksanakan dengan baik. Malah kita begitu komited sekali menjayakan ibadah yang disuruh Allah itu. Tetapi mengapa dalam bab menjaga lidah ini kita menjadi lalai dan pandang sebelah mata sahaja? Banyak sudah berlaku krisis sosial antara individu dengan individu yang lain berpunca angkara buruk tutur kata dilontarkan. Misalnya perbuatan mengumpat insan yang lain ataupun mengada-adakan cerita tidak benar. Hal ini jika ditinjau perspektif psikologi jelas akan meninggalkan kesan kejiwaan negatif. Atas soal itulah awal-awal lagi Islam menunjukkan agar umatnya berwaspada dengan kurniaan teragung buat manusia ini, iaitu lidah.

Saidina Ali Abi Talib ada berpesan, “Bagi orang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan yang sia-sia, sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara yang berhikmah.” Apa yang dimaksudkan mutiara yang berhikmah itu? Ya, sudah tentu menggunakan lidah untuk berbicara soal agama, mengajak yang makruf dan mencegah yang mungkar. Juga mengeluarkan pendapat yang akan memberikan motivasi bermanfaat buat teman atau mungkin menggunakannya untuk memberikan nasihat dalam soal kehidupan beragama yang betul. Rasulullah ada menjelaskan bahawa kesilapan akibat keterlanjuran lidah akan mengundang bencana besar di akhirat kelak. Kata Baginda, “Sesiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Sesiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan sesiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya.” (Hadis riwayat Abu Naim) Pesan Baginda lagi, “Seorang mukmin bukanlah pengumpat, yang suka mengutuk yang keji dan yang ucapannya kotor.” (Hadis riwayat Bukhari) Soalnya sekarang, berapa ramai yang ambil peduli aspek yang dinasihatkan Rasulullah itu? Jadi, kita seharusnya insaf bahawa aspek menjaga lidah dengan mempergunakan kepada saluran bermanfaat sangat perlu difokuskan. Jangan biarkan lidah kita sebagai tempat bersarangnya syaitan dan konconya. Ini kerana lidahlah menjadi salah satu kegemaran syaitan untuk menjerumuskan manusia mukmin ke lembah kederhakaan kepada Allah.
Islam memberi dua pilihan kepada umatnya bagaimana kaedah memanfaatkan lidah dikurniakan Allah. Satu, berkata-kata yang baik dan berguna untuk insan lain. Kedua, pendekatan berdiam diri sahaja.

Biarlah rakan kita mengatakan yang kita jenis pendiam dan hendak tunjuk alim dengan kaedah berdiam. Biarkan sahaja. Ini kerana cara berkenaan akan mengelakkan diri kita digolongkan sebagai orang yang tipis imannya. Ingatlah akan kata-kata Rasulullah ini, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” (Hadis riwayat Bukhari-Muslim) Mukmin yang bijak dan berhemah dalam memanfaatkan lidahnya diberikan jaminan Rasulullah dengan ganjaran syurga Allah. Kata Rasulullah, “Sesiapa yang menjamin untukku memelihara apa yang ada di antara dua gerahamnya (lidah) dan yang ada di antara dua kakinya (kemaluan), maka akan kujamin baginya syurga.” (Hadis riwayat Bukhari dan at-Tirmidzi). Fikirlah secara mendalam peringatan Rasulullah itu kerana lidah diletakkan pengkhususan utama dalam mendapat ‘surat izin’ Allah masuk ke syurga-Nya. Cuai dan alpa dalam memeliharanya bermakna kita akan gagal melepasi piawai sebagai seorang yang beriman dan bertakwa yang sebenar-benarnya.

Seandainya selama ini kita terbiasa sangat dengan perbuatan dikutuk Allah dengan mengeluarkan kata-kata kotor, berumpat nista terhadap orang lain, mencipta cerita yang mengaibkan, mengadu domba demi kepentingan diri ataupun bertikam lidah sehingga mencetus pertelingkahan, maka kita sepatutnya memberhentikan serta-merta sambil mengambil langkah pembetulan diri dengan bertaubat.
Dilihat dari sudut psikoneurolinguistik, masalah penyalahgunaan lidah apabila bercakap mengeluarkan perkataan kotor, bertabiat buruk dengan mengumpat atau mengada-adakan cerita terhadap pihak lain ditafsirkan sebagai satu pelencungan kewarasan dalam berfikir dan bertindak.

Dari sudut psiko-sosiologi pula menjelaskan sikap jiwa yang kurang stabil dan mempunyai ego secara keterlaluan. Jadi, munasabahlah Allah begitu menekankan kepada hamba-Nya supaya berhati-hati dalam menggunakan lidah agar jiwa dan gaya berfikir waras dan penuh kebijakan dapat dipamerkan setiap mukmin.

 Justeru, kita jangan hanya unggul dengan ibadah wajib dan sunat, sebaliknya juga terbilang dengan nilai sahsiah peribadi yang mahmudah. Ingatlah dan sematkan di hati bahawa kita akan mati seterusnya akan dibawa ke muka pengadilan Allah yang Maha Adil di Padang Mahsyar nanti. Ketika itu buku catatan amal ditunjukkan kepada kita. Apakah sanggup kita lihat buku amalan kita penuh dengan kes penyalahgunaan lidah. Sanggupkah kita? Mengeluarkan tutur kata yang baik juga adalah amal soleh dan Allah akan memberikan ganjarannya di akhirat kelak. Allah berfirman, “Orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itu penghuni syurga, sedang mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah ayat 82). Firman Allah lagi, “Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki dan wanita, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya sedikitpun.” (Maksud surah An-Nisa ayat 124) Sepatutnya kedua-dua ayat Allah ini kita baca dan renungi selalu supaya kita tidak menyalahgunakan nikmat kurniaan Allah kepada kita, termasuk dalam hal memelihara lidah itu.

Monday, December 19, 2011

Perut Yang Sedang Menyanyi...

Pagi Isnin yang indah, dingin bak duduk di atas bukit yang tinggi seperti Cameron Highland, Genting Highland atau High-high yang lain....sejukkk nya menusuk hingga ke tulang belulang...


Sampaikan dalam pejabat aku pun sejuk kerana ekon yang sejuk...huhuhuhu...apa punya cerita laaa...ikutkanaje..

yang sebenarnya, perut aku ni sakit,..Sakit banget..entah kanapa.  Tiba-tiba ia menyerang...senak dibuatnya..adusssss....

 

Lapar ke?.. Bukan... tapi sakitnya seperti senak kena terajang kung Fooo gitu...adusssss, sakitnya....Angin kot...




Perut Oh Perut....:(

Wednesday, December 14, 2011

"KATA-KATA HIKMAH"

KETIKA KITA MENGELUH

~Ketika kita mengeluh : “ Ah mana mungkin ... ”.
اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah " (QS 36 : 82).

~Ketika kita mengeluh : “ Capek banget aku ... ”.
اَللّهُ menjawab : “ ... dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirahat " (QS 78 : 9).


~Ketika kita mengeluh : “ Berat banget yah, gak sanggup rasanya ... ”.
اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ” (QS 2 : 286).

~Ketika kita mengeluh : “ Stressss nih ... Panik ... ”.
اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” (QS 13 : 28).

~Ketika kita mengeluh : “ Yaaaahh ... ini mah semua bakal sia-sia ... ”.
اَللّهُ menjawab : ” Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji dzarah sekalipun, niscaya ia akan melihat balasannya ” (QS 99 : 7).

~Ketika kita mengeluh : “ Gila aja ... Sendirian ... gak ada seorangpun yang mau bantuin ... ”.
اَللّهُ menjawab: “ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu ” (QS 40 : 60).

~Ketika kita mengeluh : “ Duh ... Sedih banget deh aku ... ”. اَللّهُ
menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (QS 9 : 40).

Thursday, December 1, 2011

Ketidakpuasanhati...

Dulu sebelum dapat kerja, janji tekun bekerja....


Bila sudah diterima asyik tidak puas hati...


Mana pergi janji-janji dulu?...Mana?...

Itu ini tak puas hati, minta buat ini, macam-macam songehnya...macam-macam alasan...

Itu la fenomena manusiakan, sebelum dapat apa-apa, janji bukan main, lebih manis ayatnya dari gula....

Tapi bila dah dapat apa jadi.....MADA tak habis-habis...

Fikir-fikirkanlah...

Disember

Hari ini dah pun masuk bulan Disember 2011.  Hanya tinggal 30 hari sahaja lagi untuk melangkah ke tahun baru, bulan baru dan tarikh baru.   Segala-galanya baru dalam hidup anda, mungkin ya, mungkin tidak, semuanya terpulang pada anda semua.  Dengan berbaki hanya 30 hari sahaja lagi, apa agaknya yang dapat kita laksanakan dan tunaikan?. 

Wednesday, November 30, 2011

Dunia Artis, Atlet Tanah Air Malaysia

Sejak akhir-akhir ini, makin ramai atau erti kata lain makin menjadi-jadi, artis tanah air kita, mencari makan atau berhijrah ke tanah air orang.  Bukan artis sahaja yang berbuat begitu, malahan atlet-atlet tanah air pun berbuat begitu.  Contoh seperti, pemain bola sepak kebangsaan "SAFEE SALI", 


beliau telah berhijrah ke INDONESIA untuk menyertai kelad PELITA JAYA., "SAFIQ IBRAHIM" pula bakal mencuba nasib ke kelab "CARDIFT CITY", 




dulu, pemain badminton negara "LEE CHONG WEI", ada ura-ura ingin berhijrah juga, kemana?..ke INDONESIA..


Bagi artis pula, YUNA, telah berhijrah ke AMERIKA SYARIKAT (US) ingin mengukir nama disana, 


kini (KUMPULAN BUNKFACE) artis tanah air kita bakal berhijrah ke tanah seberang INDONESIA.  

Kini ianya menjadi tanda tanya dan persoalan kenapa ramai artis, atlet tanah air kita ingin berhijrah ke bumi orang, cari pengalaman baru, mungkin itu alasan lapok..

Apa yang sebenarnya berlaku?...
dan adakah ramai lagi yang bakal mengikut jejak langkah mereka..
TEPUK DADA, TANYA KENAPA BOLEH JADI MACAM TU...

Friday, November 25, 2011

Aku Dah Bosan.

Kenapa susah sangat nak faham.  Sedangkan aku dh cakap depan-depan.  Kalau anda berurusan dengan Kak Ila (bukan nama sebenar) mengenai makan minum katering,  tolong berikan salinan surat @ memo berkaitan kepada Kak Ila dan aku.  Tapi sampai sekarang tak nampak muka salinan surat @ memo atas meja aku ni.. Makan minum dah selesai, perut dah kenyang. Tapi tak ada juga surat @ memo yang berkaitan.  Memang nak kena menyumpah betul.  Ke masing-masing tak faham bahasa melayu.  Bukannya pasal apa pun, tapi yang buat aku sakit hati, bila hujung bulan aku yang kena setelkan...Maaf la aku cakap, segelintir orang yang terlebih upaya ni, memang tak reti bahasa.  Buat kerja langsung tak bersistem.  Ke masing-masing sibuk dengan keje masing-masing.  Kenapa, aku ni tak sibuk ke, aku duduk releks je ke kat pejabat, aku goyang kaki je ke kat pejabat ni...

TOLONG AMBIL PERHATIAN !!!

SEKIRANYA ANDA BERURUSAN MENGENAI MAKAN MINUM KATERING DENGAN KAK ILA (bukan nama sebenar) TOLONG BERIKAN AKU SALINAN SURAT @ MEMO YANG BERKAITAN DENGAN SESUATU MAJLIS/MESYUARAT/TAKLIMAT YANG AKAN DIADAKAN DENGAN LENGKAP DAN LETAKKAN DIATAS MEJA AKU.

FAHAM..

Thursday, November 24, 2011

Azam 2011...


2011 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi.  Pasti segala macam suka duka dah kita lalui. Bak kata pepatah "Patah Tumbuh Hilang Berganti"..macam-macam cerita di sebalik tahun 2011 ni kan..Hujan Panas tu dah tak terkata buat semua insan didunia ini...


AZAM 2011....?

Apa yang menjadi persoalan disini, anda semua pasti memasang azam 2011 bila hujung tahun 2010 dahulu kan, dan kini bakal tiba penghujung tahun 2011 dan akan mula memasang azam untuk tahun 2012 .  Bagaimana dengan azam 2011 anda?...adakah masih samar-samar atau dah tercapai hendaknya.  Bagi aku, alhamdulillah, rasanya azam aku untuk tahun 2011 ni, telah banyak dapat aku capai dan masih ada lagi yang belum dapat aku capai...
 

InsyaAllah 2012 kelak, tahun untuk aku genggam erat segalannya.  Mohon dipermudahkanlah laluan untuk tahun 2012 kelak dan mohon tahun 2012 kelak, penuh dengan warna warni Keimanan, Kasih Sayang, Kejayaan, Kebahagian, Kesihatan, Kekayaan, Keselamatan, Keamanan, Kemakmuran didunia dan diakhirat seadanya dan juga dipermudahkan untuk tahun-tahun seterusnyanya..

BAGAIMANA DENGAN AZAM ANDA?...

Thursday, November 17, 2011

Ngidam La Pulak ...

Tetiba aku ngidam sesuatu la..Bukan ngidam nak beli apa2, tapi tetiba ngidam gulai kari ayam campur nangka..Perhhhh...bestnyer...makan panas-panas, musim hujan-hujan ni kan...meleleh air liur aku di buatnya...

Aku ingin kan mu.....  owhhh...
kari ayam campur nangka....

Wednesday, November 16, 2011

Converse



 Tetiba aku minat dengan kasut jenama "CONVERSE" ni..
 Dekat mana aku boleh dapatkan kasut ni, berapa harga?...dekat mana BUTIK nya...

Very simple la.....
Cik Tunang....Belikan boleh........;p....huhuhuhu..

SaGa FL

Mungkin dah terlewat untuk aku berkongsi cerita mengenai Kereta baru.  Baru tak baru la...dah 10 bulan jugak la....Tarikh kuat kuasa kereta ni 27/2/2011.  Pejam celik, pejam celik dah dekat 1 tahun juga kan.. Semoga beliau dalam keadaan baik-baik selalu..;)..

ini dia.....



ok tak...

banyak jasanya ni...10 bulan penggunaan dah cecah 15,000 km/j....i like u laa.....
jom pi jalan......

Friday, November 11, 2011

KUASA TUHAN PADA MANUSIA

Tuhan Yang Maha Berkuasa
Manusia tidak boleh menolaknya
Apa sahaja yang berlaku didunia
Juga di alam semesta
Semuanya adalah Tuhan yang punya kuasa

Kuasa Tuhan yang berlaku dialam semesta
Semua kita dapat lihat dan menerimanya
Kita contohkan kuasa Tuhan keatas dunia
Segala bencana alam, walau kata manusia faktor cuaca
Tetap manusia akan berkata faktor cuaca juga adalah Tuhan yang punya kuasa

Banjir, gempa bumi, tsunami, taufan Tuhanlah punya kerja
Semua ini nampak oleh manusia
Cakaplah apa sahaja yang terjadi didunia
Tuhan lah yang punya kuasa
Mari kita ubah sedikit cerita

Kata Tuhan, nak lihat Tuhan punya kuasa
Juga ada pada manusia yang Tuhan cipta
Mungkin ada yang bertanya betul ke cerita
Takkan kuasa Tuhan ada pada manusia
Mari kita cerita

Kata manusia
Apa yang ada pada manusia
Adalah kerana Rahmat Tuhan Yang Esa
Rahmat itulah sebenarnya Tuhan punya kuasa keatas manusia
Manusia boleh bernafas, itu Tuhan punya kuasa
Manusia dapat hidup, itu Tuhan punya kuasa
Manusia dapat bergerak, itu Tuhan punya kuasa
Manusia dapat berfikir, itu Tuhan punya kuasa
Manusia dapat melihat, mendengar, berkata-kata, itu Tuhan punya kuasa
Manusia dapat tidor, Tuhan punya kuasa
Sebut apa saja perbuatan manusia, itu semua Tuhan punya kuasa
Tuhan zahirkan kuasa Tuhan kepada manusia
Ini baru manusia, makhluk Tuhan yang lain pun sama
Maka nyatalah kuasa Tuhan dapat kita lihat pada manusia
Apa saja yang manusia dapat lakukan itulah Tuhan punya kuasa

Cuma kuasa Tuhan yang ada pada manusia
Hanya untuk mendidik manusia sahaja
Bukan kuasa untuk menghukum manusia
Yang ini kita kena faham bersama
Sebab itu banyak perwatakkan manusia
Ada manusia Tuhan pilih untuk jalankan kuasa Tuhan untuk menghukum manusia
Mereka itulah hakim nama nya
Ada Tuhan pilih untuk jalankan kuasa Tuhan memimpin manusia
Itulah umara’ namanya
Ada Tuhan pilih untuk sampaikan segala perintah Tuhan
Itulah ulama’ namanya
Ada Tuhan pilih untuk jalankan kuasa Tuhan mendidik manusia
Itulah guru nama nya
Ada Tuhan pilih untuk jalankan kuasa Tuhan menjaga negara
Itulah agensi keselamatan saperti polis dan tentera

1001 macam pekerjaan manusia
Semuanya Tuhan nak pamirkan kuasa Nya
Kalau manusia faham akan ini semua
Pasti manusia akan menjaga dan memeliharanya
Kerana takut kuasa Tuhan ini akan memakan diri manusia kalau tidak dijaga

Ada pula kuasa Tuhan pada manusia
Dizahirkan Tuhan untuk menghukum manusia
Kejadian membunuh sesama manusia misalnya
Tuhan pamirkan kuasaNya melalui manusia untuk menghukum manusia
Pasti ada kesalahan manusia dengan Tuhan nya
Kejadian merogol juga sama
Tuhan pamirkan kuasaNya untuk menghukum manusia
Mencuri, merompak dan apa saja yang tak senang dimata manusia
Semuanya kuasa Tuhan untuk mendidik manusia
Tidakada satu pun kuasa manusia

Sebab itu kalau manusia tidak di didik dengan ilmu yang Esa
Maka manusia tidak akan faham kaedah nya
Maka yang pasti manusia tidak kenal akan Tuhannya

Buktinya
Manusia salahkan manusia

Wednesday, October 12, 2011

Keperluan Kehendak

Kenapa sekarang berlaku pertikaian... Keperluan Kehendak, adakah benda ini hadir sengaja untuk menguji.  Setelah keperluan dan kehendak dipenuhi, apa lagi keperluan dan kehendak lain yang ingin dimiliki...Pernah ku dengar ceramah suatu ketika dahulu, yang menceritakan, "Walau keperluan dan kehendak telah dipenuhi, akan datang suatu hari keperluan dan kehendak lain pula yang akan kita ingin miliki kelak, maka bersedialah wahai makhluk sekelian alam"....   Janganlah bertindak keterlaluan dalam sesuatu perkara, bersederhanalah kamu semua....

Kuatkah aku untuk aku hadapi semua ini, bantulah.....

Thursday, September 8, 2011


Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang gelap
Tiada bantuan, tiada tujuan
Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..
Chorus
InshaAllah… InshaAllah…
InshaAllah… Ada Jalannya…
InshaAllah… InshaAllah…
InshaAllah… Ada Jalannya…
Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa…
Kerana Allah bersamamu…
Ulang Chorus
Kembalilah
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa
OOoo Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Kisah Dek Kisah cinta & sayang...

Apa sebenarnya istilah cinta & sayang?...

Adakah cinta yang pergi, kembali datang bertamu, itu dikatakan cinta & sayang.
pasti semua laluinya...cinta ini "BERHANTU"...membuatkan semua orang takut dengan kehadirannya.  Lirik-lirik lagu yang begitu menanti dan memuja-memuja membuatkan manusia menjadi khayal dibuai rindu dan bermacam-macam lagi.  CINTA & SAYANG SEJATI akan hadir setelah kita pernah bercinta.  Cinta dulu adalah medan ujian buat kita untuk kita melangkah ke alam CINTA & SAYANG SEJATI. Siapa yang pernah melaluinya, adalah insan yang BERTUAH kerana mereka mengenal erti CINTA  & SAYANG yang sebenar.  Seperti perumpamaan "CERITA RUMPUT"....

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai cinta, kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita cinta dan sayang?. Macam mana juga cinta, kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita cinta dan  sayang, janganlah kita hendak mencari lagi @ mengingatkan kembali kisah lama yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sekarang sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi KERANA YANG BERLALU TETAP BERLALU. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita cinta dan sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita cinta dan sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.  Maka sayangilah orang yang berada di depan kita sekarang dengan tulus dan ikhlas.

Wednesday, September 7, 2011

Kasihnya IBU

Berita Harian Online | Ibu ambil cuti jaga anak sakit diberhentikan kerja

Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Walau seburuk mana ibu, ibu tetap akan menjaga dan menyayangi anaknya. walau seburuk mana perangai anaknya-anaknya, ibu tetap kasih kepada anaknya. Ibu tidak mengeluh menjaga anak yang berduyun-duyun, tetapi anak yang berduyun-duyun belum tentu dapat menjaga ibu seorang.  Hakikat yang berlaku.  Adakah perkara ini berlaku, kerana perkara silam yang dilalui ibu?...TETAPI ibu, kasihnya membawa kita ke Syurga...

Kuda Putih

Apa yang anda tahu tentang istilah "Kuda Putih".....

adakah ini.....

atau ini....

 anda pasti tertanya-tanya apa yang saya maksudkan dengan kuda putih....sebenarnya kedua-duanya salah. Apa yang saya maksudkan dengan " Kuda Putih" tadi ialah......

ini dia....apo bondo ni ehhh....

Tuesday, September 6, 2011

Ku Panjatkan Syukur Alhamdulillah...



Alhamdulillah atas segalanya..." Sesungguhnya DIA maha mengetahui apa yang terbaik untuk umat DIA"...
Segala apa yang berlaku dan menimpa diri sebelum ini, merupakan satu titik permulaan untuk aku mencapai dan mengecapi kejayaan dan kebahagiaan. Alhamdulillah atas kurniaan MU ini.  Sungguh tak ternilai...

Pasti kita semua akan lalui semua ini, cuma waktu yang menentukannya.

Monday, September 5, 2011

Sah...!!!




Setelah lama memendam rasa, jatuh dan bagun kembali, setelah hari berganti hari penat lelah selama ini akhirnya terubat.....Alhamdulillah, dah "SAH"....amin...
Tanggal 5 September 2011, aku terimanya dengan hati yang penuh girang gembira tak terkata.  Erti " Syawal" buat aku. Terima kasih seadanya buat DIA, Ibu dan Si Dia....Aku terima seadanya. Syukkrannn....

Wednesday, August 3, 2011

Bakat Dikurnia Jagan Disalah Guna..Jagan Kufur Nikmat Diberi Percuma...


Dian Sastro:
disaat waktu berhenti...kosong
dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri


Yassin:
ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)


Malique:
merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esa
ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
tak memadai hanya kecapi rasa selesa
maukan harta yang mampu beli 1 semesta
berpesta ke pagi botol bergelimpangan
kekasih muda bukan takat berpegang tangan
harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
saling tukar wanita,senyum dan mati tua
bakat dikurnia jangan disalah guna
jangan kufur nikmat yang diberi percuma
guna kelebihan untuk hikmah bersama
jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
ada berisi ada yang kurus,ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,boleh hilang dalam sekelip mata
ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semua nak kaya atau besar
tetap Allahuakbar!!!


Joe Flizzow:
jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba
ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini

Ahli Fiqir:
aku yang memandang di dalam lubuk hati,mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan
agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi diri
moga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran sepanjang perjalanan
ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...

Dian Sastro:
sujudku pun takkan memuaskan inginku
'tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
alhamdulillah pilihan dan kesempatan
yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah....

Tuesday, August 2, 2011

Kawan...


Pasti semua orang mempunyai kawan-kawankan, tidak kira siapa, pangkat, keturunan, jantina, suku kaum, dan sebagainyalah.  Tapi apa makna " KAWAN " bagi anda?.  

Persoalan di sini, " Kalau kita memang tak dapat tolong kawan kita, bukan sebab kedekut atau sebab-sebab lain, mestikah kita ditolak sebagai kawan, putus kawan atau ada istilah-istilah kawan yang lain"........Betul ke itu yang dinamakan " KAWAN "?...

Monday, August 1, 2011

Prang Besar (Putrajaya)



 

Putrajaya bukan sahaja menjadi Pusat Pentadbiran Persekutuan, malah mempamerkan kreativiti, teknologi , seni budaya, waridsan dan kecantikan semula jadi.

Kini, namanya bukan sahaja dikenali oleh rakyat Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Pembangunan Putrajaya telah menyerlahkan kemampuan anak watan membina sebuah Bandaraya Berwawasan yang mempunyai identiti tersendiri dan dikagumi dunia.

Mengimbas kembali pembentukan Putarajaya, ia bermula dengan idea Dr. Mahathir, Perdana Menteri Malaysia yang keempat untuk mewujudkan pusat pentadbiran kerajaan di luar Kuala Lumpur pada pertengahan 1980-an.

Pada 2 Jun 1993, Kabinet telah meluluskan Prang Besar di Sepang sebagai tapak pembangunan tersebut. Pada 22 Februari 1994, Kabinet meluluskan pelan induk pusat pentadbiran baru Kerajaan Pusat.

Lapan bulan kemudian, nama Prang Besar ditukar kepada Putrajaya sebagai menghormati Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Sejarah baru tercipta pada tanggal 10 September 1996 apabila Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu, melakukan pecah tanah bagi Presint Kerajaan dan diikuti pelancaran Putrajaya sebagai bandar raya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 8 Oktober 1997.

Ia juga menjadi sejarah kepada Putrajaya kerana menjadi pejabat kerajaan pertama beroperasi di Kompleks Pejabat Perdana Menteri pada 31 Mei 1999.

Dr. Mahathir yang ketika itu masih menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri secara rasmi memulakan tugas di pejabat baru pada 21 Jun 1999.

Pada 11 Disember 2000, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2000 bagi membolehkan Wilayah Persekutuan Putrajaya ditubuhkan.

Putrajaya diisytiharkan dengan rasminya sebagai Wilayah Persekutuan yang ketiga selepas Kuala Lumpur dan Labuan pada tanggal 1 Februari 2001 oleh Dr. Mahathir di Dataran Perdana, Putrajaya.

Dengan cetusan idea Dr. Mahathir, Putarajaya kini tersergam indah. Tidak keterlaluan jika dikatakan betapa Putarajaya dianggap antara mercu tanda terbaik dalam landskap peta dunia.

Putrajaya bukan sekadar sebuah Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan tetapi juga merupakan sebuah bandar raya terancang yang menjanjikan kehidupan lebih selesa dan berkualiti kepada penduduknya.

Turut dikenali sebagai bandar raya pintar dalam taman, Putrajaya juga mempunyai pelbagai lokasi menarik yang boleh dikunjungi warga tempatan mahu pun pelancong dari luar negara.

Thursday, July 28, 2011

Ramadhan tiba lagi...


1 Ogos 2011, bermulalah Umat Islam seluruh Dunia menjalani ibadah Puasa. Hanya tinggal 3 hari sahaja lagi untuk kita bertemunya...Adakah sempat @ tidak kita semua untuk bertemunya kali ini.  Mohon ampun maaf dipinta, seandainya ada kekilafan antara kita sesama kita.  SALAM YA RAMADHAN....