Jom Joint...

Friday, January 6, 2012

Hairan aku...

Kenapa yek....

keje aku, diamanahkan mengagihkan pelekat kenderaan kepada semua kakitangan tempat aku cari makan dan minum.  Tapi , aku agak pelik tengok gelagat-gelagat kakitangan khususnya kaum lelaki ni, macam-macam hal, bak kata orang " banyak songeh la"...selalu pekataan itu sesuai dan selalu ditujukan kepada kaum wanita, tapi dunia ni dah terbalik agaknya, kaum lelaki pulak yang lebih-lebih...Mana tak nya, nak ambil pelekat kenderaan pun nak pilih-pilih nombor siri pada pelekat kenderaan (contoh;- saya nak nombor 135....eh3...tak-tak, saya nak nombor 130 la...), aduh...malu aku dengan kaum wanita di belakang dia tu.  Tapi bila giliran kaum wanita tu yang ambil pelekat kenderaan tu, tak ade la pulak banyak songeh.  Kaum wanita ni mudah ikut peraturan.  Aku kat sini bukanlah nak menyebelahi sesiapa, tapi fikir-fikirlah, sebab masing-masing dah matangkan.  Memang kita semua ada pendirian masing-masing, tapi dalam keadaan macam ini, janganlah pentingkan diri sendiri.

Sebab tu, ada keluar perumpamaan " Lebih Baik Jaga Lembu Sekandang", dari Jaga Kakitangan 1 Pejabat"...ini perumpamaan sahaja.  Tapi, bukanlah semuanya begitu.

Kesimpulannya dekat sini, JANGAN TERLALU PENTINGKAN DIRI SENDIRI.

No comments:

Post a Comment