Jom Joint...

Wednesday, January 11, 2012

Jagan terlalu berharap

Pagi  tadi aku ada terbaca dekat laman sosial seorang hamba Allah ni, status yang dia buat dekat laman sosial beliau berbunyi " Kenapa perempuan yang normal susah untuk terima lelaki OKU???ape hina sangat ke laki yang OKU nyh???(kecewa sangat)".....begitulah bunyinya..

Pada pandangan aku, kalau kita ini memegang status OKU baik lelaki atau perempuan, janganlah terlalu mengharapkan setinggi gunung dan langit dengan apa yang kita impikan dan inginkan, kerana orang sekeliling kita tetap memandang golongan OKU itu Cacat dimata mereka.  Tiada yang lebih pada diri seorang OKU (pada yang tidak nampak kelebihan itu) melainkan kecacatan sahaja.  Bukanlah aku menyalah takdir Allah. Bagi DIA Normal atau Cacat seseorang itu, bukanlah kayu pengukur, tetapi amal ibadatlah  yang menjadi pengukur dan yang akan dibawa kelak bertemuNYA.  Tetapi DIA tetap maha pengasih dan maha penyayang pada hamba-hambaNYA.

Tapi, tidak semua lelaki atau perempuan normal susah untuk terima OKU, diluar sana banyak dan ramai yang telah berpasangan dengan golongan OKU baik lelaki mahupun perempuan.  Semuanya bahagia seadanya, baik lelaki atau perempuan.  DIA maha pencipta dan DIA maha berkuasa atas segalanya..

No comments:

Post a Comment