Golongan OKU telah melangkah setapak lagi ke hadapan (sila KLIK) kerana telah berjaya membuka satu pusat pameran kereta Mesra OKU yang memberi kemudahan seperti RAM, Khidmat Nasihat, kemudahan pengubahsuaian kenderaan OKU. Perkara seperti ini memang sepatutnya golongan dari OKU sendiri yang mentadbir kerana mereka mempunyai jiwa dan memahami kehendak dan keperluan OKU itu sendiri. Sepatutnya Kerajaan Malaysia harus memberi tumpuan dan sokongan kepada golongan ini dan hak yang sama rata. Sebelum-sebelum ini, golongan OKU sering diketepikan dan kalau program melibat deligasi menteri-menteri barulah muka-muka golongan OKU, nampak di kaca TV yang menunjukkan Kerajaan perihatin terhadap nasib OKU , tapi bila habis program bersama menteri, harammmm....langsung tidak dipedulikan. Diharapkan Pihak Kerajaan Malaysia selepas ini, tidak kira siapa yang akan mentadbir negara selepas ni PEMBANGKANG atau YANG DIBANGKANG, sila beri hak yang sama rata kepada golongan OKU ini. Jangan jadi seperti "Kera dihutan disusukan, anak di rumah mati tak makan"...
No comments:
Post a Comment