Jom Joint...

Monday, June 25, 2012

Tiada Yang Mustahil...


Tiada yang mustahil dalam hidup ini untuk berjaya...klik disini, tak kira anda dari golongan mana sekalipun, golongan normal cukup kaki, tangan, jari semua atau golongan cacat kaki tangan (OKU).  Bagi golongan OKU, mereka memerlukan 10 kali ganda tenaga, masa untuk mencapai sesuatu kejayaan dan sesuatu impian, tapi tidak bagi golongan berkeupayaan (Normal), mereka hanya perlukan beberapa peratus (%) sahaja tenaga, masa untuk mereka berjaya.   Mana tidaknya, bagi golongan OKU, mereka perlukan ruang khas untuk mereka berdikari dan bergerak. Tapi pokok pangkalnya, usaha, semangat, keyakinan, dari dalam diri sendiri untuk kita semua berdiri diatas kaki sendiri atau duduk atas punggung sendiri (bagi OKU yang kerusi roda).  Untuk capai semua tu, golongan normal mahu pun cacat, memerlukan SOKONGAN yang kuat, sokongan yang menaikkan semangat dan bukannya menjatuhkan lagi semangat seseorang tu.  SOKONGAN membawa kita ke puncak.  Tapi diingatkan satu perkara, bila kita semua dah dipuncak, jangan biarkan orang dibawah terus dibawah...hulurkan tangan anda, bantu mereka.

No comments:

Post a Comment