Jom Joint...

Thursday, August 30, 2012

Kejohanan Paralimpik Dunia Di London 2012

29/8/2012 bermulalah pembukaan tirai kejohanan sukan peringkat Antarabangsa iaitu Kejohanan Sukan Paramlimpik London 2012.  Terkejut dan terharu bila melihat sambutan ,penghargaan dan penerimaan warga-warga di sana dalam meraikan kejohanan tersebut yang dianggotai atlet OKU dalam sukan Paramlimpik ini.  Diharapkan penerimaan dan perhargaan ini tidak berakhir disini sahaja, dan diharapkan suatu hari nanti Malaysia, menjadi negara yang mesra OKU diseluruh pelusuk negeri tak kira dimana OKU berada di Malaysia ini.  Dan diharapkan suatu hari nanti, bila sebut sahaja OKU itu cacat itu, cacat ini, ..terbit perasaan bangga terhadap OKU tersebut dan bukannya perasaan "KESIAN"....Sikap "KESIAN", langsung tidak memberi apa-apa kesan dan makna pada golongan OKU, melainkan melemahkan semangat mereka. KESIAN perlu diiringi dekan TINDAKAN, BANTUAN, LAKSANAKAN.  Kalau hanya kesian dimulut tapi bukan dihati dan fikiran, lebih baik DIAM, FIKIR dan CARI JALAN untuk selesaikannya.

 " HAK SAMA RATA, MEMANGKIN KESEJAHTERAAN NEGARA " bagi golongan OKU ini.















Monday, August 13, 2012

Baby 4.0 kg dan Keatas...

Sejak akhir-akhir ni, bayi-bayi yang lahir ke muka bumi ini rata-rata mempunyai berat 4.0kg dan keatas.  Menabjubkan rasanya. Beritanya ada disini dan kawan pejabat aku pun, anaknya yang baru lahir awal bulan lepas mempunyai berat 4.0 kg .  Sebelum-sebelum ni, yang selalu kita dengar paling berat pun 3.8 kg, itu paras normal. Itulakan KUASA Allah Taala..., dalam pada tu juga, mungkin faktor pemakanan Si Ibu sebelum-sebelum ini atau semasa mengandungkan bayi tersebut juga mempengaruhi tumbesaran bayi tersebut adanya.  Apapun TAHNIAH.


Friday, August 10, 2012

LailatulQadar....

Untuk pengetahuan umum, "LailatuQadar" ini adalah malam seribu bulan.  Malam yang hanya setahun sekali kita semua akan laluinya iaitu di bulan Ramadhan, tapi dapatkah kita memberi jaminan pada diri kita ini untuk kita jumpa lagi pada "Malam LailatuQadar" pada tahun berikutnya?...Jadi mari kita sama-sama merebut peluang ini.

Tapi...

Bila kita sebut "Malam LailatulQadar" ini, sudah tentu ia menceritakan bulan Ramadhan, Bulan Puasa dan pastinya kita akan menempuh Bulan Syawal, yakni..Hari Raya Aidilfitri yang mulia...Pasti semua manusia , tidak kira jantina, akan terlalai seketika dalam mengejar "Malam LailatulQadar"..ini kerana mereka-mereka semua masing-masing berkejar ke "Mai Pi Kamdar"...(Membeli dan Membelah/ Shopping Mopping)..:)..al-maklumlah, dah nak rayakan...







Oleh itu, bersederhanalah kita yer...

SELAMAT HARI RAYA..;)..
MAAF ZAHIR DAN BATHIN..

Monday, August 6, 2012

Idam Emas, Perak yang hadir...

Begitulah yang diidam-idamkan pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei (DLCW) dan seluruh rakyat Malaysia tidak mengira bangsa, agama, keturunan, semuanya mengidamkan emas dalam gengaman tetapi apakan daya, belum rezeki kita untuk menggenggam emas di persada sukan yang berprestij ini, Olympics London 2012.  
Walauapapun terjadi, sekalung TAHNIAH dan SYABAS buat Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya berdiri di atas podium bergelar naib JUARA sukan Badminton  Olympics London 2012. 


Tahun berganti tahun, bulan berganti bulan, dan hari berganti hari...Datuk Lee Chong Wei pasti akan mengundur dan bersara  dari sukan badminton ini bilamana umur semakin meninggi, yang menjadi persoalan disini dimana dan siapakah yang bakal menggantikan tempat Datuk Lee Chong Wei kelak di arena sukan badminton negara?..


Pengganti
Datuk Lee Chong Wei....

Terjah dan terus terjah...

Wednesday, August 1, 2012

Bayar Saman Trafik Serta-Merta...

Pagi tadi, ada terbaca mengenai "Cadangan Bayar Saman Trafik Serta Merta" disini....dan dalam pada itu, aku juga ada baca dan  bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh "Blogger" ini... Apa yang bermain difikiran aku adalah apa yang sebenarnya bermain difikiran pihak Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam, Pengerusinya, Tun Zaki Azmi?.  Adakah cara begitu dapat menyelesaikan masalah ini?.  


Bagi pandangan aku pula, cadangan ini memang tidak sesuai diguna pakai sama sekali, bagi menghukum pesalah-pesalah trafik.  Bagaimana kalau pemandu yang melakukan kesalahan itu, adalah golongan OKU yang tidak berkaki, berkerusi roda, bertongkat dan sebagainya, adakah kenderaan mereka juga di tahan dan ditarik ke balai sekiranya tidak dapat membayar saman serta merta?...Dimana keperihatinan terhadap OKU dan golongan rakyat bawahan yang lain?.  Bagaimana dengan nasib mereka?...

Buka Mata, Buka Telinga...