Jom Joint...

Thursday, September 6, 2012

Hukuman Sekolah Ke Ni...

55 Tahun Merdeka, telah setengah abad, TETAPI kenapa masih begini?..kenapa hukuman sekarang langsung tidak memberi apa-apa makna?..hukuman yang dijatuhkan kepada seseorang pesalah itu  langsung tidak meninggalkan kesan pada sipelaku agar tidak melakukannya lagi dan langsung tidak memberi kesan pada masayarakat sekeliling hari ini.  Seolah-olah melepaskan batuk ditangga.  Kenapa jadi begini sekali kehidupan ini sekarang, beberapa bulan yang berlalu pernah terpampang di dada akhbar tanah air, bagi pesalah si penari tiang, hanya dijatuhkan hukuman dengan membayar denda RM25 sahaja. Merogol gadis bawah umur, sipelaku dilepaskan dengan ikat jamin dan perlu berkelakuan baik, tapi bagaimana dengan gadis yang dirogol itu?..walau kes rogol ini atas suka sama suka, apa pengajaran yang boleh diberikan pada mereka dan orang lain. Hari ini keluar didalam akhbar baca disini, "Pukul Isteri dikompaun RM 200"...Apa makna dari semua ini, apa pengajaran di sebalik hukuman yang di jatuhkan ini?..Adakah undang-undang dan hukuman-hukuman sekarang mendidik kearah keinsafan atau ianya mendidik kearah bertambahnya keburukan dan kerosakkan dimuka bumi ini?...Undang-undang dan hukuman apakah ini ?...

Fikirlah sejenak...


No comments:

Post a Comment