ISU kalimah Allah mula dihangatkan semula. Kita sudah banyak kali ikuti
penjelasan daripada beberapa tokoh agama yang bukan dari golongan
'terompah kayu', mereka berpendapat Orang-orang bukan Islam boleh
gunakan kalimah Allah asalkan tidak disalahgunakan.
Jika seseorang Non Muslim berkata kepada kita, "InsyaAllah, saya akan
jumpa awak nanti". Adakah kita mesti marahinya? Adakah dia menghina
kalimah Allah tersebut? Andaikata ketika kita sedang sakit, rakan kita
Non Muslim datang berziarah dan berkata, " Saya harap Tuhan Alla (Allah)
akan sembuhkan penyakit awak", Adakah kita mesti marahi beliau dan
mahukan beliau menggantikan kalimah Allah itu kepada Tuhannya? Adakah
beliau menghina nama Allah?
Tetapi, seandainya Non Muslim itu menyebut, "Allah" itu banyak anak....,
"Allah" itu adalah patung ini...atau dia sebut "Allah" itu lah yang
saya sembah sambil menunjukkan ke arah patung umpamanya, Maka jelas itu
adalah bersalahan kerana menggunakan kalimah "Allah" secara yang tidak
betul atau salah dengan sifat Allah yang sebenar. Maka, waktu itu
tindakan boleh diambil kerana menghina nama Allah, kecuali ia
menterjemahkan kepada "God' Tuhan yang mereka yakini.
Inilah yang difahamkan daripada beberapa golongan Ulamak yang bukan
daripada Ulamak "Terompah Kayu". Seandainya Kerajaan merasa perlu
mencegah Non Muslim daripada mengguna pakai terus nama Allah samada dari
segi percakapan atau terjemehan kitab mereka, tindakan itu mestilah
dibuat tanpa ada kecuali di mana-mana termasuk Sabah dan Sarawak. Jika
ada terkecuali, maka Non Muslim akan melihat agama kita tidak konsisten
di dalam hukum hakam dan ini juga adalah perbuatan yang menghina agama
Islam sendiri.
Pelik bin ajaib kerana hanya di negara ini sahaja yang menjadi masalah
berkaitan isu ini. Ini adalah kerana unsur-unsur politik dan terdapat
agenda perkauman dan sentimen agama cuba dimainkan oleh pihak-pihak yang
mahu menonjolkan diri mereka kononnya mereka pejuang agama. Kita tahu
siapakah golongan ini. Golongan inilah yang sebenarnya banyak menghina
ugama sendiri bahkan isteri mereka sendiri tidak menutup aurat,
bagaimana mereka mahu bercakap soal Kalimah Allah? Kalimah Allah mereka
sayangi kononnya, tetapi perintah Allah mereka tidak peduli.
Petikan dari laman-laman, bukan laman ruman..tapi laman terbuka..wfauzdin.blogger
No comments:
Post a Comment