Jom Joint...

Tuesday, March 23, 2010

Naik heran.....


Lompat Si katak lompat,
Lompat la tinggi-tinggi,
Ape yang cik adik dapat,
Untuk hadiah di hari jadi.........
Ingat lagi tak korang dengan cerita " Ali Setan".....
Apa yang aku nak kongsi kat sini, adelah pasal Si Katak...
Kenapa katak?....
Korang panggil katak ape?.......
SEBIJI ke, SEKETUL ke, ......ke SE2 waktu dengannye.......last sekali mesti jawapan tak lain dan tak bukan, SEEKOR KATAK.... betul tak....
Tapi betul ke SEEKOR KATAK?.....mushykil ni.......
mane EKORNYA.....
haaa....sudahhhhh......macam maner tu yekk.....
*di petik dari Bunga....

nokia 5800

Memang mengancam betul pada sesiapa yang pakai bende alah ni. Sape yang dah pakai tu...eh..bukan pakai la, pakai tu untuk baju jer laa.....wei...., bukan pakai , GUNA....sebut betul2....GUNA....yahhhhhhhh......

Aku tengok ghuper bentuk die macam I_Phone, perhhhhh....aku minat betul la...
Kalau nak amik I_Phone, kene bayar dulu beb.....yang jenis ni pon kene bayar dulu jagak beb, baru boleh amik bawak balik.....smart tuu....
yang bezakan bende alah ni, HARGA die......perhhhhhh....DENGAR BETUL2 EHHH.....HARGA die daaa.......

Mula2 dulu, aku gi usha2....bukan usha2 awek la....tu la skit2 awek,skit2 awek......alhamdulillah aku dah ade bunga ;)*.......

aku gi usha phone ni la.....bukan usha awek der.....

mula aku gi tanye ngan bunga, kat tokei kedai ni, harga die letak RM 9**, tapi boleh kurang lagi kalau nak. masalahnyer memang kau nak...tapi lupe pulak bawak ongkosnya( duit daaa...).....hehehe...ye la tu lupe bawak, padahal.......poket kerinnnnn.....
bukan kerinnnn2 bunyi telepon tau.....faham2 sudah ler......;P

mase tu, kalau tak salah aku, aku tanya sebelum hari raye cina 2010....

OK, tak pe, aku tahan dulu, usha2 dulu kedai lain macam mane...kot2 dapat harga lagi murah...huhuhu kalau tokei kedai nak kasi turun lagi harga die laa.... TAK PE, usaha tangga kejayaan....
jalan punye jalan, ehhh...lupe, kayuh punye kayuh....... haaa...ape?, kenapa kayuh....nak tanyer ni "KOPI APE PALING SEDAP".......kopikirlah sendiri.....jangan marah seh.....

Hari telah berlalu, hari yang tadi siang dah tukar malam.....ape lagi balik ke kediaman teratak manja la.....balik rumah laa....misi hari tu gagal......TAK PE....

sebulan berlalu.....

Aku datang lagi ke kedai2 telefon ni bersama Bunga.....duk usha2 line...tengok kiri kanan.....terus terjah.....TANYA HARGA LAGI DAA...... mane tahu harga ade tulun.......TAPI.....harga tak turun2, lagi naik ade laa.....aduh...patah lah HATI......OH....Bunga....

OH tak pe, dengan hati yang tulus ikhlas, kite datang lagi bulan yang depan...."aku berbisik dengan Bunga la".....itu pon nak tahu jugak ke.......

JENGGG3....masa datang lagi, datang usha harga, tapi kali ni...........OH TIDAK........

(tak de ape2 la wei)......perut aku lapar laa.....gi la makan dulu.....last2 ajak bunga gi makan, sebab harga bende alah tu nampaknyer tak memuaskan hati kami seh......

MAHAL BEBENORRRR.....YAHHHHHH.....

Monday, March 8, 2010

Mac, tiba lagi...

Salam ku hulur buat mu,
saat demi saat, minit demi minit, jam demi jam, hari demi hari,minggu demi minggu, bulan demi bulan, tahun demi tahun, ianya datang dan muncul kembali pada tanggal 23 RabiulAwal bersamaan 1431 hijrah bersamaan juga 9 March 2010 adalah tarikh yang di nanti.
Kelahiran yang bermula pada 9 March 19** dan kini sudah 24 tahun melayari hidup di atas muka bumi yang luas terbentang ini .

Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan Gadis...Allah selamatkan kamu.

Semoga, tahun yang baru ini dan diumur ini, diberi seribu rahmat keatasnya, dimurahkan rezki, dilapangkan hati, selamat dalam perjalanan hidup yang penuh liku, penuh tipu daya ini. Moga selamat didunia, selamat diakhirat. Jangan patah semangat dan teruskan melangkah. Dibelakang mu, ada insan yang selalu menyokong mu dalam sedar mahu pun tidak sedar.

Semoga hidupmu diberkati,dirahmati, di panjangkan umur, di murahkan rezki, di berikan kesihatan zahir & bathin dan di permudahkan dalam segala urusan.

Kesusahan dulu, adalah penawar kesenangan akan datang.

....SELAMAT HARI LAHIR BUAT MU....

Thursday, March 4, 2010

CINTA & KASIH

Ya, aku benar2 cintakan dan kasihkan dikau.

aku tahu, dah bermacam-macam yang kau lalui kerana cinta. Semuanya hampa.
aku tahu cerita mu, kehidupanmu yang penuh liku, penuh dengan dendam, amarah, tangis tawa, semuanya di simpan di kunci di dalam hatimu.

Aku hadir di saat kau mengahapi masalah yang bermacam-macam. Dari raut wajahmu memang tersimpan seribu satu cerita. Aku hadir, bukan untuk mengeruhkan lagi episod cerita hidupmu, tetapi ingin memiliki hati yang setulus suci. Melangkah bersamamu untuk mencari sinar baru, walaupun ku tahu, aku tak mampu melangkah, tetapi engkau adalah langkah hidupku .
Engkau di cipta untuk dikasihi, disayangi dan di cintai setulus suci.

Engkau di cipta, bukan untuk menjadi pemuas nafsu lelaki, tetapi kau di cipta untuk menjadi pelengkap hidup lelaki. Tanpa kaum mu, kaum ku tak mampu untuk berdiri teguh, hidup kaum ku pasti akan terumbang ambing tanpa arah dan tuju.

Ya, aku adalah lelaki yang sama dengan lelaki lain. memang dasar jantan...
Ya, aku akui semua itu, dan akui semua tuduhan itu.
maafkan aku, maafkan kaum2 ku.( akibat nila setitik, rosak susu sebelanga ), betul kata2 tu..

Hadir mu dalam hidupku, bukanlah memenuhi nafsu impian ku,
tetapi kerana CINTA & KASIH SAYANG ku terhadap mu. Hanya itu SATU.
dan hanya pada DIA, aku SEMBAH & BERSERAH.

Wednesday, March 3, 2010

Jahat=Buruk, Baik=Cantik

Betul ke itu maksudnya.....
Hanya pada pandangan zahir nampak Jahat terus di level Buruk atau sewaktu dengannya. Tapi bila nampak Baik terus dilevelkan Cantik atau sewaktu dengannya.
ADIL ker ?....Macam tu ker ?....

Mungkin dulu betul perumpamaannya, tapi sekarang, bolehkah lagi di guna pakai pada zaman sekarang ni?...

Semuanya telah berlaku di depan Mata. Mungkin ada yang perasan, mungkin ada yang tak perasan dan mungkin ada yang tak nak amik perasan.

ini telah berlaku di depan mata aku sendiri, lelakinya berkopiah atas kepala, perempuannya bertudung litup, tapi kenapa jadi begitu bila datang satu umat ni kat meja makan diorang minta sedekah, diorang buat tak tahu jer....peminta sedekah tu, terketar_ketar berdiri kat tepi meja diorang tu menanti kot-kot diorang ni nak sedekahkan sesuatu. Tapi hampa , bila bukanlah di minta untuk sedekahkan duit, senyuman pun tiada....hrmmmmmm....

tapi betul jugak kata-kata bunga aku "senyuman tu satu sedekah" habis tu, orang yang bagi senyuman kat orang tu, dikirakan peminta sedekah jugaklahkan....hamahamahama....tergelak sakit perut aku di buatnya...hrmmm...;)bunga2...nak kene picit2 ni....

ya, memang aku akui macam2 taktik peminta sedekah ni....ok, kita lupakn citer tu.....

apa yang aku nak kongsikan kat sini sebenarnya, tentang lelaki dan perempuan tu...nampak alim, baik, bagus budi pekerti, tetapi segalanya hampaaa belaka.......

dan;
pernah tak kita dengar cerita pada zaman nabi dulu, ada seorang wanita ni di levelkan sebagai pelacur, tapi dengan hanya memberi minum kepada seekor anjing yang dahaga, beliau di masukkan ke syurga...Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

lihatlah; yang Jahat itu, tak semestinya Buruk segala-galanya dan yang Baik tu, taklah semestinya Cantik segala-galanya...

"Jadilah manusia yang Jahat(pada zahir) tapi berhati baik, baik budi pekerti, jangan jadi manusia yang Baik, tapi berhati Busuk/jahat"...( petikan dari DJ radio tempatan )...

Thursday, February 25, 2010

MAAFKAN AKU...

Maafkan aku, Aku buat silap lagi.
Maafkan aku Bunga dan maafkan aku kawan bunga..

Aku nak tembak orang lain, belerang dia pulak hinggap kat orang lain
( bukan tembak2 guna pistol tau )....guna pistol nanti menginap kat hotel besi......

MaafffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffFF.....

(lepas ni, nak kena cari kelas MENULIS laa.....)
itu la, dulu cigku mengajar dalam kelas, aku pergi ushaaa...awek kelas sebelah....Aduyaiiiii....
sekarang, terimalah PJJ ( penendang jarak jauh )..adoiiiiiiii.....

Wednesday, February 24, 2010

E_mail

Sambil menaip satu memo untuk dihantar ke Pegawai atasan di kantor ku, aku terima satu e_mail dari BUNGA yang bertajuk "Hati Seorang Wanita", lantas aku berhenti menaip memo yang hendak di hantar tadi. Terus aku terus membuka dan membaca e_mail itu, aku mula baca dari perenggan ke perenggan seterusnya sehingga tamat cerita yang diceritakan dalam e_mail yang aku terima itu.
Apa yang diceritakan dalam e_mail yang aku perolehi dari BUNGA itu tadi, adalah luahan dari seorang hamba Allah yang bernama LELAKI, kaum sejenis ku, kaum keturunan nabi Adam a.s.
Memang LELAKI pantang melihat kaum hawa yang berdahi licin, mulalah jadi gila bayang sampai tak nampak jalan, sampai langgar tiang. Alangkah beruntungnya dan bertuahnya LELAKI yang diceritakan dalam e_mail itu, memiliki seorang SURI HATI yang sangat TABAH, PENYABAR, PENYAYANG,SANGGUP BERKORBAN demi kebahagian insan yang bernama LELAKI.
Sampai satu ketika, insan bernama LELAKI tersebut berasa satu kehilangan yang amat besar dalam dirinya, bak kata dalam coretan dalam e_mail tersebut, "TERLAJAK PERAHU, BOLEH DI UNDUR, TERLAJAK PERBUATAN SUDAH TIDAK BERGUNA"...

*(Jangan terlalu mencari-cari kesempurnaan hidup, hargailah apa yang kita miliki, kurang @ lebih adanya, sebenarnya itulah kesempurnaan hidup yang terlalu tinggi nilainya untuk kita, yang kita tidak sedari.)

Monday, February 22, 2010

TEM@N

Buat teman-teman yang diingati..
Jangan dicinta kerana dia lelaki
Kelak kita akan membenci
Jika dia bukan lelaki yang dicari
Hanya pandai menabur janji...

Jangan di rindu pada paras rupa
Kelak kita akan terseksa
Jika dia tidak sebaik rupanya
Senyumnya manis tipu belaka...

Jangan disayang kerana berharta
Kelak kita hidup menderita
Jika hartanya habis dibelanja
Sukar hidup, miskin dan papa...

Jangan dikasih kerana dipuji
Kelak kita menagih janji
Jika rupa berkedut dimamah hari
Hilang sudah puji memuji....

Jangan dicari seorang kekasih
Kelak kita akan disisih
Jika kasih luntur bersih
Menangislah diri hidup bersedih...

Jangan disambut salam rindu
Kelak kita menahan sendu
Jika rindu tak dapat disatu
Dimanakah kita akan mengadu...

Jangan dilayan seorang teman
Kelak hidup menjadi ancaman
Jika teman tidak beriman
Dibakar api hari kemudian...

Wahai sahabat wahai teman
Carilah dia kerana tuhan
Untuk menambah ceteknya iman
Bekalan diri hidup berteman...

Wahai sahabat wahai teman
Cintalah dia kerana beriman
Dijadikan tuhan sebagai pasangan
Baik buruk ketentuan tuhan

Wahai sahabat wahai teman
Terimalah dia penuh keikhlasan
Andai buruk angaplah dugaan
Andai baik pujilah tuhan...

Wahai sahabat wahai teman
Ingatlah akan janji tuhan
Isteri yang baik besar balasan
Suami penyabar itulah kemenagan...

" jaDIlAh HaMbA yAnG sENtIaSa MeNdAmBAkAn kAsIh DaRi yAnG MaHa EsA "


'diambil dari petikan Taman2 Syurga'

Friday, February 19, 2010

Wanita

WANITA..kau digelar sbg penyeri dunia,hadirmu pelengkap hubungan manusia,bukan dirimu insan biasa,malah adam turut sunyi tanpa hawa..
WANITA..tercipta engkau dari rusuk lelaki,bukan dari kaki untuk dialasi,bukan dari kepala untuk dijunjung,tapi dekat dibahu untuk dilindung,dekat jua dihati untuk dikasihi..
enkaulah WANITA hiasan duniawi...
WANITA..
hiasan dunia.. seindah hiasan adalah wanita solehah..yang akan membahagiakan syurga didalam rumah tangga..

'diambil dari petikan Taman2 Syurga'

Tuesday, February 9, 2010

L.E.S.E.N

BAB 1____

Semua orang kat dalam dunia ni kalau ikutkan semuanya nak ikut peraturan, seperti mana yang telah di Perkelilingkan dalam Undang-Undang buatan manusia, Tapi MasyaAllah, susah bebenor nak mohon sesuatu lesen. Tak kire lah lesen apekan. Bila buat ape-ape kerja mesti nak di sertakan lesen, itu dan ini dan bermacam-macam dokumen. kalau tak de lesen SALAH di sisi Undang-Undang. Itu je jawapannyer....
Tapi kenapalah payah sangat nak mohon lesen ni...aduuiiii....

dan Betape seksanye golongan macam aku ni nak mohon lesen, tahu tak golongan aku ni macam mane? Pernah dengar OKU @ CACAT tak. Tapi aku bangga berada dalam kelompok ni, sesetengahnya adalah penyabar jugak orangnya. macam aku ni, cepat merah muka, bukan merah muka meneran buang air tau, menahan marah kat sesetengah pihak ni, dah buat temujanji sekian2, pastu tanya kat kami pulak.temujanji untuk ape ni encik/cik/puan , adussss poning kepalo denn....

Nasib baik ade bunga kat sebelah, tolong redakan hati ini.....TQ BUNGA**
tp aku tahu, Bunga juga punyai hati dan perasaan macam aku, dari air muka Bunga, nampak hampa....Kenapalah Diaorang ni buat kat KAMI macam ni.
ohhh...Tuhan, berikanlah kami kekuatan, permudahkanlah urusan kami.

BAB 2,___
ini pulak citer pasal sekolah memandu.
perhhhhhhhh....memang banyak sekolah memandu kat tanah air ku, SUSPEK laa....tapi nak cari sekolah yang menyediakan kemudahan sama rata ni punyelah payah, kalau ikut bahasa ibunda "memang tak ade".....aku nak tanye korang, ORANG CACAT (OKU) memang tak layak ke amik lesen?....OKU ni tak de hak ke?....
weiiii........OKU pon cerdik pandai tau, jangan pandang sebelah mate jerrrrr.........

Pada sekolah-sekolah memandu kebangsaan, tolonglah sediakan kemudahan untuk OKU jugak k. Tak kan, OKU yang nak ikut undang-undang ,yang nak patuh dengan undang-undang disekat pulak dengan Undang-Undang.

Cube fikir, kalau OKU tue nak amik lesen kete, kene ade kete sendiri, kalau OKU tue dalam golongan yang berada, bolehlah die sediakan kereta dulu, TAPI bagi OKU yang tak berkemampuan macam mane pulak tu?......
Bagi sekolah-sekolah memandu kebangsaan, sekali lagi nak bagitahu, sediakanlah kemudahan untuk golongan OKU jugak k. seperti mana orang NORMAL lain dapat.
sediakanlah KERETA dan MOTORSIKAL khas untuk OKU dapatkan lesen SAH.
di setiap cawangan-cawangan yang berdaftar 1 MALAYSIA.