Jom Joint...

Wednesday, June 27, 2012

Model-Model Kereta Keluaran Proton Dari Tahun 1985 Hingga Kini...


Antara lambang-lambang Proton: 

 Tahun 1985


 
Tahun 2000 Hingga Kini


Antara Model-Model Keluaran Proton :





 Proton Saga Sedan & Aeroback 
1st Model Tahun 1985





Proton Saga Iswara Sedan & Aeroback






Proton Wira Sedan & Aeroback




Proton Satria




Proton Putra





Proton Tiara



 Proton Perdana 2.0 1st Model




Proton Waja 1.6





Proton Juara





Proton Arena 1.6




Proton Gen-2




Proton Savvy 1.2




Proton Satria Neo






Proton Persona 





Proton Saga Generasi Baru BLM 2008 & FLX





Proton Exora Model MPV Pertama Proton





 Proton Inspira 2011





 Proton Preve 2012..

Inilah antaranya model-model kereta buatan malaysia dari Tahun perkenalannya Tahun 1985 sehingga kini, banyak perubahan dan penambahbaikan  telah berlaku dan  semoga masa akan datang , Proton lebih baik dari segi terutamanya sekali kualiti dan dapat bersama-sama duduk dipentas kereta-kereta mewah antarabagsa yang lain.

Tuesday, June 26, 2012

ngidam nak pusing 1 Malaysia la...

Tetiba hati dan diri ni ngidam nak pusing 1 Malaysia, orang kata jalan-jalan 1 Malaysia.  Teringin sangat, sebelum tu, kena prepare dari sudut kewangan dulu sebab kewangan ni penting, nanti nak sewa hotel, makan minum, minyak kenderaan lagi, beli belah sikit-sikit .  Itu pun kena amik kira jugakkan....Tapi betul la, aku teringin sangat nak jalan-jalan pusing 1 Malaysia bawa wife aku.  Apapun yang penting untuk pergi jenjalan ni, Kesihatan.  Kalau tahap kesihatan merosot, memang tak best la nak jenjalankan..dan tak lupa kamera DSLR (konon2nya la)  mesti bawa..;)hahaha...

Dunia Baru OKU...

Golongan OKU telah melangkah setapak lagi ke hadapan (sila KLIK) kerana telah berjaya membuka satu pusat pameran kereta Mesra OKU yang memberi kemudahan seperti RAM, Khidmat Nasihat, kemudahan pengubahsuaian kenderaan OKU.  Perkara seperti ini memang sepatutnya golongan dari OKU sendiri yang mentadbir kerana mereka mempunyai jiwa dan memahami kehendak dan keperluan OKU itu sendiri.  Sepatutnya Kerajaan Malaysia harus memberi tumpuan dan sokongan kepada golongan ini dan hak yang sama rata. Sebelum-sebelum ini, golongan OKU sering diketepikan dan kalau program melibat deligasi menteri-menteri barulah muka-muka golongan OKU, nampak di kaca TV  yang menunjukkan Kerajaan perihatin terhadap nasib OKU , tapi bila habis program bersama menteri, harammmm....langsung tidak dipedulikan.  Diharapkan Pihak Kerajaan Malaysia selepas ini, tidak kira siapa yang akan mentadbir negara selepas ni PEMBANGKANG  atau YANG DIBANGKANG, sila beri hak yang sama rata kepada golongan OKU ini. Jangan jadi seperti "Kera dihutan disusukan, anak di rumah mati tak makan"...

Monday, June 25, 2012

Tiada Yang Mustahil...


Tiada yang mustahil dalam hidup ini untuk berjaya...klik disini, tak kira anda dari golongan mana sekalipun, golongan normal cukup kaki, tangan, jari semua atau golongan cacat kaki tangan (OKU).  Bagi golongan OKU, mereka memerlukan 10 kali ganda tenaga, masa untuk mencapai sesuatu kejayaan dan sesuatu impian, tapi tidak bagi golongan berkeupayaan (Normal), mereka hanya perlukan beberapa peratus (%) sahaja tenaga, masa untuk mereka berjaya.   Mana tidaknya, bagi golongan OKU, mereka perlukan ruang khas untuk mereka berdikari dan bergerak. Tapi pokok pangkalnya, usaha, semangat, keyakinan, dari dalam diri sendiri untuk kita semua berdiri diatas kaki sendiri atau duduk atas punggung sendiri (bagi OKU yang kerusi roda).  Untuk capai semua tu, golongan normal mahu pun cacat, memerlukan SOKONGAN yang kuat, sokongan yang menaikkan semangat dan bukannya menjatuhkan lagi semangat seseorang tu.  SOKONGAN membawa kita ke puncak.  Tapi diingatkan satu perkara, bila kita semua dah dipuncak, jangan biarkan orang dibawah terus dibawah...hulurkan tangan anda, bantu mereka.

Friday, June 22, 2012

Tom & Jerry Berdamai...

Harian Metro 22 Jun 2012

Sesuatu yang menakjubkan aku tengok. Kisahnya berkisahkan kasih "Si dikisahkan".....
Dulu Si Kucing dan Si Tikus ni memang musuh, macam dalam cerita kartun " TOM & JERRY ", pantang nampak dari jauh, matila Si Tikus ni dikerjakan Si Kucing, tapi itu dulu kala punya cerita, kini kedua-duanya telah kembali berdamai....sila baca disini..

Disebalik cerita ini adakah kita (Manusia) yang berakal lagi bijak sana, bijak sini, bijak situ ( bak kata Johan Raja Lawak)  ini terfikir apa  yang Maha Pencipta (Allah) ingin sampaikan kepada kita ?...Fikir dalam-dalam.

Thursday, June 21, 2012

Awas...Malam-Malam Pun Ada "Speed Trap"..

Dulu kalau bawa motokar laju-laju waktu siang, memang takut-takut, sebab apa takut?...sebabnya dijalan raya sekarang ni banyak betul "Speed Trap"...tak kira la atas Hiway atau jalan kampung.  Kalau nak tahu kenderaan kita kena "Speed Trap" atau tak, nantikan surat cinta yang akan sampai pada kita kelak.  Kalau ada terima, bayar jer la saman tu, kalau tak ada anda selamat dan boleh cuba lagi...;)..hahaha

Tapi kini, penggunaan camera ini, diberi penambahbaikkan penggunaannya, dari digunakan hanya pada waktu siang, kini ianya juga digunakan pada waktu malam hari.  Setahu aku, rata-rata pengguna jalanraya terutama sekali pengguna motokar akan bawa kenderaan selaju-lajunya pada waktu malam hari kerana tiada tindakan dikenakan ...itu bagi dia, tidak bagi aku ni...hahaha..(padahal aku 2 x 5 jer).. Jadi apa yang perlu anda buat, berhati-hatilah dijalan raya ...

Kecuaian...


Kenapa yer, seorang hamba Allah ni sering cuai dalam menjalankan tugas di tempat kerjanya. Bukanlah cuai macam mana pun, cuma cuai dari segi penulisan dan ejaan.  Kenapa sering terjadi macam tu dalam penulisan hamba Allah ni.  Adakah mungkin kerja lama beliau yang mempengaruhi kerja beliau sekarang, almaklumlah, dulu kerja hamba Allah ni pegang spanar, skru driver, drill, tukul, player dan peralatan-peralatan pertukangan yang lain.  Tup-tup dapat kerja baru, masuk pejabat dan buat kerja-kerja perkeranian..kelam kabut la sikit jawabnya, kadang-kadang ok, kadang-kadang tak ok...Macam mana untuk mengatasi dan memperbaiki penulisan dan ejaannya supaya ianya lebih berkualiti dan tiada lagi komen untuk beliau. 

Hujan Di Pagi Hari...


Alhamdulillah, akhirnya bumi yang selama hampir dua minggu tidak menerima setitik hujan dan yang selama ini cuaca sedikit panas dan berdebu-debu, telah dibasahi dengan hujan yang begitu lebat di pagi Khamis ini.  Semua kehidupan dimuka bumi ini pasti tersenyum riang menerima kehadirannya.


Hebat ke ko !!...

Orang semua bercerita tentang ko, apa yang aku dengar semuanya hebat-hebat tentang diri ko.  Aku bangga dan respek kat ko dari apa yang aku dengar bahawa engko seorang  yang perihatin, yang menjaga kebajikan anak-anak buah ko.  Tapi bila aku sendiri tahu cerita sebenar tentang ko, aku memang hilang respek kat ko.  Sebab apa aku cakap macam tu, sebab ko penuhi segala kebajikan anak-anak buah ko, dalam pada masa yang sama ko menyusahkan orang lain, ko seksa orang lain demi mencapai kepentingan ko.  Dan pasti anak-anak buah ko, tabik dan sembah ko dan sanggup mengenepikan maruah dan harga diri semata-mata kerana terhutang budi dengan ko.  Sebabnya lagi, aku dengar sendiri dari mulut orang yang pernah menjadi anak buah ko, ko seorang yang pemurah, ko support semua apa-apa anak buah ko nak. tapi dari sikap pemurah ko tu, ko ikat anak-anak buah ko. Anak-anak buah ko seolah-olah dah jadi balaci atau HA (Hamba Abdi)...kesian aku tengok ...cukupla..hentikanlah permainan kotor kau tu...Apa jenis manusia la ko ni...