Jom Joint...

Thursday, March 14, 2013

Membina Keyakinan Diri

Kita sering mengalami krisis keyakinan diri apabila kita disuruh melakukan perkara yang baharu dalam hidup kita. Sebagai contoh, kita diberi amanah untuk berucap di hadapan khalayak umum. Seringkali kita mengatakan pada diri kita dan orang lain, “aku ni mana pandai bercakap, siapalah aku untuk bercakap, nak cakap pasal apa ye, bagilah kat orang lain yang lebih layak dan sebagainya”…Pelbagai alasan yang kita keluarkan untuk kita melarikan diri daripada apa yang telah diamanahkan..Perkara ini pernah terjadi juga kepada penulis sendiri.
Jadi, macam mana nak buat….???
Ada beberapa perkara yang perlu ditanamkan di kepala kita supaya mudah untuk mencapai keyakinan diri dalam melaksanakan perkara yang baru dalam hidup kita.
Yang pertama, sentiasa percaya pada kekuatan diri sendiri. Kita katakan pada diri sendiri, “kalau orang lain boleh buat, MESTI AKU PUN BOLEH!!” Ini akan memberikan suatu momentum terhadap diri kita untuk melakukan perkara yang kita fikirkan MUSTAHIL pada awalnya menjadi BOLEH pada akhirnya.
Kedua, jangan kita menangguh-nangguhkan kerja tersebut kerana semakin lama kita lari dari masalah semakin bertambah lagi masalah. Kenapa? Selagi mana kita tak cuba untuk berucap, selagi itu kita akan takut berucap…Misalnya, naik basikal sewaktu kecil dahulu kalau kita sentiasa melarikan diri dari menaiki basikal sudah tentu kita tak mampu menaiki basikal pada hari ini!!
Ketiga, berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain kerana perbuatan ini menzalimi diri anda sendiri. Adakah patut, anda membandingkan diri anda dengan orang yang sudah biasa berucap? Hal ini kerana setiap orang diciptakan berbeza. Anda MUSTAHIL sama dengan seseorang yang lain di dunia ini, mungkin sama dari segi fizikal tapi dari segi peribadi sememangnya berbeza. Kalau sama potensi setiap orang, sudah tentu semuanya akan menjadi Perdana Menteri, siapa yang akan menjadi polis, jurutera, doktor, ustaz dll. Oleh itu, jangan SEKALI-KALI anda membandingkan diri anda dengan orang lain kerana anda merupakan orang yang TERSENDIRI!!
Keempat, sentiasa memikirkan kelebihan kita dan melupakan kekurangan kita yang ada. Perkara ini sentiasa ditanamkan dalam orang kurang upaya (OKU) untuk meneruskan hidupnya. Sering kita lihat OKU lebih bersemangat untuk hidup melebihi orang yang normal. Mengapa? Mereka menggunakan prinsip di atas dengan sepenuhnya. Oleh itu tingkatkan segala kelebihan dirimu dan abaikan segala kekurangan yang ada.
Akhir kata, untuk mencapai apa yang dihajati, memerlukan satu keyakinan diri yang tinggi. Semakin tinggi apa yang dihajati, semakin kuat sifat keyakinan diri yang perlu ada untuk mencapainya. Selamat Membina Diri!!

Tuesday, March 5, 2013

Lagi Isu Di Lahad Datu...


Sudah hampir sebulan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah .  Pencerobohan yang bermula pada 12 Februari 2013 seperti dilaporkan di dalam akhbar kosmo bertarikh 5 Mac 2013 yang melibatkan penceroboh bersenjata dari Filipina (Tentera Kesultanan Sulu).

 

 Apa yang di bimbangkan kini, nyawa dan keselamatan penduduk di Sabah khususnya.  Kini anggota tentera telah mengambil alih tugas polis kerana keadaan di Lahad Datu dan kawasan sekitarnya makin tegang dan menyebabkan 8 orang anggota polis maut dan yang lain cedera akibat diserang penceroboh.  Berikut keratan dari laporan akhbar tempatan mengenai isu ini.;

 untuk paparan akhbar klik

untuk paparan akhbar klik

untuk paparan akhbar klik

untuk paparan akhbar klik

Semoga semuanya selesai dengan cepat tiada lagi nyawa rakyat yang tidak berdosa terkorban hendaknya.

Dan;

Pada para pejuang, inilah masanya untuk anda berjuang.  Walaupun mati anda bukan di Palestine, tetapi mati anda tetap diiktiraf..IN SHAA ALLAH...
















Monday, March 4, 2013

Isu Lahad Datu...

Kini Negara telah dihadapkan dengan satu pencerobohan, dimana pencerobohan oleh tentera Sulu (seperti yang dilaporkan dalam Media Negara) yang sedang berlaku di Daerah Lahad Datu, Sabah.  Dengan pencerobohan ini, ianya telah menyebabkan orang yang tidak berdosa telah tekorban. IN SHAA ALLAH, mati mereka mati SYAHID... AL-FATIHAH buat pejuang negara. (**hendaklah membaca surah al-fatihah tersebut dan bukannya hanya sekadar menulis status "al-fatihah untuk mangsa".) ok.

Pada pendapat aku sekarang, jangan mainkan lagi isu-isu yang melibatkan kedaulatan negara ini dan nyawa rakyat ini lagi.!!..tindakan TEGAS perlu diambil.  Pada pihak-pihak yang berwajib, jangan mengklasifikasikan perkara ini MILITAN la, PENCEROBOH la, PENDATANG  la...apa yang perlu dibuat BENTERAS perkara ini habis-habisan.  DAN jangan hendak menunding jari menyalahkan dan orang lain.  PADA MEDIA-MEDIA, CUKUP-CUKUP la, BERBOHONG, MENGHASUT, MENFITNAH sesiapa.  
DAN ;-

BATALKANLAH SEGALA PROGRAM-PROGRAM yang melibatkan NEGARA, sukan, sosial, SUKA RIA dan lain-lain buat SEKETIKA.  MARILAH KITA SEMUA MELAKUKAN SOLAT HAJAT MOHON KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN  NEGARA INI.

SALAH TETAP SALAH,
BENAR TETAP BENAR.

AL-FATIHAH BUAT ANGGOTA YANG TEKORBAN..

 

Tuesday, February 26, 2013

Harga Minyak Malaysia Paling Rendah di Asia Tenggara?..


Untuk artikel yang lebih jelas sila klik

Betulkah di Malaysia lebih MURAH berbanding negara-negara pengeluar minyak  lain seperti Negara-Negara Arab, Negara Brunei?...


Di Tikam Penyamun

Ini dah mencapai tahap SERIUS ni...link

Sebelum ini menjadi (nanaH) parah, sebelum aku atau orang sekeliling aku menjadi mangsa, TINDAKAN sekeras-kerasnya perlu diambil.  Jangan dibagi MUKA pada Si PenyamuN...JeJak SaMpAi Ke LuBaNg CaCiNg.

Saturday, February 23, 2013

13.2 juta layak mengundi PRU-13

LANGKAWI - Jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan dalam masa terdekat, jumlah keseluruhan yang layak mengundi ialah seramai 13,291,385 orang.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, ia termasuk 243,204 pemilih baharu yang mendaftar pada suku keempat tahun 2012.
Bagaimanapun, beliau berkata, mereka yang mendaftar sebagai pemilih pada suku pertama tahun 2013 masih ada harapan untuk mengundi pada PRU-13 jika Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri dibubar pada hujung April dan hari pengundian diadakan selepas cukup tempoh 60 hari.
"Sekarang sudah bulan Februari, paling lewat Dewan Rakyat dibubarkan ialah 30 April. Jadi, maknanya, paling lewat SPR akan mengumumkan (PRU-13) dalam tempoh dua bulan, mungkin sampai ke akhir bulan Jun atau Julai (hari pengundian)," katanya selepas memberi taklimat dan menyerahkan watikah pelantikan pengurus pilihan raya bagi Perlis, Kedah dan Pulau Pinang di sini semalam.

kosmo 23/2/2013 (Sabtu) link ; disini...
 

Wednesday, February 20, 2013

BR1M 2.0

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), di perkenalkan oleh Dato' Seri Najib Razak PM ke 6 Malaysia.  Satu tindakan yang bagus dibuat.  Tetapi di sebalik bagusnya itu, terdapat jugak kekurangan dan kelemahanya.  Mengenai pemberian BR1M, BR1M telah memasuki siri 2.0 (BR1M 2.0). 

Minggu lepas aku pulang kekampung kebetulan ada satu Majlis Penyerahan BR1M 2.0 diadakan di Dewan Serbaguna di kampung halaman.  Apa yang ingin di ceritakan disini, adalah mengenai pemberian bantuan tersebut.  Bagi aku cara pemberian bantuan BR1M ini perlu di UBAH 100%.   Apa guna teknologi?, Apa guna kemudahan?, Apa guna kebijaksanaan? Apa yang ada jikalau semua itu tidak digunakan.  Adalah lebih baik bantuan BR1M ini diberi TANPA perlu menyeru orang ramai datang berkumpul di dewan-dewan, beratur panjang semata-mata untuk mengambil bantuan tersebut.  BR1M ini boleh diserahkan kepada mereka yang layak dengan cara pergi  rumah ke rumah.  Ini kerana bukan semua penerima itu sehat-sehat belaka. Ada yang OKU, ada yang uzur, ada yang baru lepas pantang, ada yang kakitangan patah dan ada yang mempunyai masalah-masalah lain.
  
Ok, kalau jawapan yang diberikan,  adalah masalah keselamatan nyawa pegawai-pegawai yang dilantik untuk membawa wang tunai yang banyak terancam sekiranya membaya wang yang banyak, apa guna pegawai keselamatan negara yang ada seperti POLIS, RELA dan sebagainya?.  Jikalau si PENERIMA bantuan BR1M itu pula yang terancam selepas mengambil bantuan BR1M di tempat berkumpul...BAGAIMANA?.. Rasanya tidak salah kalau pegawai-pegawai dilantik menyerahkan bantuan BR1M tersebut dengan cara pergi rumah ke rumah.  Dan bukankah pada borang permohonan Bantuan BR1M 2.0 telah tertera No. Akaun Bank seperti berikut :

Klik pada picture untuk paparan lebih jelas

Kenapa tidak terus di Bank-In kan?...Andaikata maklumat tidak lengkap, kenapa tidak di semak menggunakan Sistem-sistem yang ada, yang dikatakan  canggih-manggih?....(itu proses secara manual.)

Bagi proses secara on-line, pada sesiapa yang celik IT, pasti memilih untuk menggunakan sistem online seperti di link http://www.hasil.gov.my/ dan paparan seperti berikut akan keluar;

Klik pada picture untuk paparan lebih jelas

Pemohon-pemohon yang ingin memohon BR1M 2.0 secara on-line, pemohon bolehlah pergi ke link diatas dan klik pada e-BR1M seperti terdapat pada paparan LHDN diatas.  Itu kemudahan dari segi on-line, tetapi dengan kemudahan on-line ini juga, masih terdapat kelemahan padanya. Antara kelemahan sistem on-line ini ialah tiada butang "SEMAKAN e-BR1M" disertakan pada portal tersebut.  

Apa yang hendak ditekankan disini, PROSES PENAMBAHBAIKAN PERLU DIPERTINGKATKAN.  dan jangan babitkan sesuatu itu dengan POLITIKUS dan SEANGKATAN DENGANNYA.

fikir-fikirkan...

 

Thursday, January 17, 2013

"LISTEN"...

Kacau mood aku pagi-pagi ni la minah ni.  Call aku, terus "sound" aku. giler ke ape?.  Duk komplen itu ini, LCD ok ke, sebelum tu dah tengok ke tahap kebersihan bilik tu.  Apa ni?...  Heiii...minah....meh sini kejap, itu bukan tugas aku k.  Aku bagi guna bilik tu, ko jangan nak banyak-banyak songeh k.  " LISTEN".. ,Peduli apa aku dengan ko punya jawatan @ pangkat.  Orang tua ko tak ajar ko  tentang  "ADAB " ke...

Cisss......

Wednesday, January 16, 2013

Sistem Kidmat Layan Diri (SKLD)

Apa yang hendak diperkatakan disini, bukanlah berkenaan pekerja asing, tetapi Sistem Khidmat Layan Diri (SKLD) yang dilaksanakan tersebut.  Sepatutnya dan seharusnya , sekiranya sesebuah kerajaan atau negara yang ingin membuat sesuatu perkara itu, kerajaan atau negara tersebut perlulah melihat dalam konteks yang luas persekitaran rakyat mereka.  Sistem Khidmat Layan Diri seolah-olah membuatkan sesebuah stesen minyak mengalami kesesakkan di stesen minyak, ini kerana mereka yang ingin mengisi minyak terpaksa membuang masa untuk membayar dahulu di kaunter yang agak jauh.  Dan, pihak Kerajaan pernah atau tidak berfikir SEJENAK mengenai golongan minioriti (OKU) di negara ini?.  Bagaimana golongan oku yang berkerusi roda, bertongkat, orang tua dan sebagainya untuk mengisi minyak kenderan mereka?.  Kerajaan jangan hanya memandang kepada golongan majoriti (NORMAL) sahaja dalam perkara bergini.  MOHON PIHAK KERAJAAN memandang serius perkara ini.  Dan mohon pihak kerajaan buka mata seluas-luasnya dan LIBATKAN bersama semua orang (Oku dan Normal) dalam sesuatu mesyuarat berkaitan pembangunan di NEGARA ini.

Tuesday, January 8, 2013

Tiada Rahsia Antara Kita...

Sesiapa yang membaca tajuk sahaja, pasti mengandaikan ini cerita jiwang karat.  Sebenarnya apa yang nak dikongsikan ini adalah tentang cerita budak-budak sekarang.  Bukannya apa, semua cerita dari kisah luar kain sampailah kisah dalam kain, semuanya nak dikongsi. Bak kata pepatah "Dunia Tanpa Sempadan".. Kalau dikongsi bersama teman rapat atau orang terdekat atau orang tersayang tak kisah la.., tapi habis dicanang keseluruh alam.  Kenapa semua ini berlaku??...adakah kurang didikan??..rasanya didikan masing-masing tinggi-tinggi dan hebat-hebat semuanya.   Aku ada dengar orang tua-tua cakap, budak-budak sekarang dah tidak ada kemaluan lagi.  Sedih...

Apa-apa pun, 

Fikir-fikirkanlah...