Jom Joint...

Monday, January 30, 2012

Setelah Sekian Lama....

Tanggal 29hb Januari 2012, jam 10.45 pagi, tarikh yang mungkin tidak akan aku lupakan.  Bukan berjumpa kekasih baru, tetapi aku telah bercinta kembali setelah hampir 6 tahun aku tidak menjejakkan kaki aku di halaman belakang rumah aku di kampung.  Mesti pelik, bila dengarkan...

Ini cerita 6 tahun yang lalu. Dulu aku selalu ke halaman belakang rumah aku setiap kali hari hujung minggu kalau aku tak kemana-mana untuk mencari ilham. Menikmati setiap sudut udara yang begitu segar dan ditemani dengan bunyi-bunyi dan juga nyanyian burung-burung.  Susah untuk aku ceritakan, hanya yang melihatnya sendiri akan memahami erti suasana  di kampung aku.  Sungguh mendamaikan aku rasa.  Begitu indah ciptaan -NYA...
Setelah aku ditimpa musibah pada 03 Mei 2006, start itu lah, aku tidak lagi menjejakkan kaki aku ke sana dan pada tarikh seperti tertera (29 Januari 2012), aku menjejakkan kaki semula di situ...
6 tahun, bukan perkara yang singkat...Aku tak dapat nak menceritakan selanjutnya...

Tazkirah Pagi Isnin Bersama Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah 3

As salamu'alaikum shbt FB & Twitter. Moga Allah rahmati kita semua. Sesiapa yg BANTU ramai org utk berjaya, insya Allah dia akan mudah berjaya. Sesiapa yg DENGKI org yg berjaya, dia sukar utk berjaya. Dengki berpunca drp hati yg kotor yg byk syaitan bertapak d hatinya. Org dengki sukar bahagia, rezki sempit, mudah sakit, wajah hodoh, solat tak khusyuk, Allah benci n kwn akan jauhkan diri, kecuali yg sama2 busuk hati. Hakis dengki dgn berdoa agar Allah buang sifat mazmumah, solat taubat, istighfar byk2, doakan org, maafkan org, bantu org n yakin jika mmg rezki kita, takde siapa dpt ambil drp kita. Allah Maha Adil n Maha Penyayang. Moga Allah jadikan kita org yg bersyukur n redha. Wassalam.

Friday, January 27, 2012

Tazkirah Pagi Jumaat Bersama Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah 2...

As salamu'alaikum shbt FB & Tweeter. Moga hari ini bawa cemerlang, ceria & cahaya iman. Allah Maha Adil. Kita semua adalah SAMA tapi TAK SERUPA. Semua org PANDAI tapi ramai TAK BIJAKSANA. Org pandai TAHU, yg bijak AMALKAN. Yg pandai SIMPAN yg bijak SAMPAIKAN. Yg pandai MUDAH MELENTING, yg bijak RESPON DGN HIKMAH. Yg pandai belajar drp silap SENDIRI yg bijak belajar drp silap ORG LAIN. Yg pandai pentingkan diri, yg bijak pentingkan org lain. Yg pandai hebat d dunia, yg bijak hebat dunia & akhirat. Org bijak tahu: dgn bantu org utk berjaya, kita juga akan berjaya. Bantuan Allah dtg kpd org yg bantu org lain dgn ikhlas. Mari sama2 kita jadi org yg BIJAKSANA. Wassalam.
Petikan dari Laman Sosial...

Friday, January 20, 2012

Tazkirah Pagi Jumaat Bersama Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah 1...

As salamu'alaikum shbt FB yg d kasihi. Ramai shbt yg minta tip tangani pasangan yg baran. Syukur n redha u d jodohkan dgn dia, doa agar u n dia sentiasa sabar, baca doa pelembut hati- fatehah, ayat qursi, surah Ta Ha: 1-5, surah al hasyr:21-24 n hembus ke badan, makanan, gambar; bila nak cakap baca dlm hati Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir utk mudah dia dengar; sentiasa puji n peluk dia; elak lakukan apa yg dia benci, kerap lakukan apa yg dia suka; beri sebelum d minta; gunakan gerak batin utk baca fikirannya, manjakan dia, kurangkan mkn daging merah n byk makan ikan n ayam, mkn buah sblm makan nasi, bermaafan sblm tidur, diam bila pasangan marah, bincang masa tenang. Sebarkan, Wassalam
Dipetik dari Laman Sosial...

Thursday, January 12, 2012

Program, Manisnya Kurma Ini Di TV9

Semalam balik dari bertugas, aku "on" la televisyen, layan punya layan, keluar iklan di TV9 mengenai satu rancangan keagamaan bersama Uztarzah Norbayah dalam rancangan " Semanis Kurma "... tapi itu hanya iklan sahaja la.. rancangan sebenarnya kalau tak salah pada hari Khamis jam, 10.00 malam.  Dalam rancangan tu ada dibincangkan mengenai satu permasalahan iaitu, "Pendek, Panjang, Tinggi, Rendah, Putih, Hitam".."Jangan Cari Perbezaan, tapi Carilah Persamaan "....Macam best jer persoalan inikan....apa lagi, jom kita tengok rancangan 'Semanis Kurma " bersama Uztarzah Norbayah di TV9, Khamis ini 12/1/2012, jam 10.00 mlm.

Selamat menonton..

Tazkirah Pagi _Petua 8P Ustazah Siti Nor Bahyah

1. P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2. Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. 
  
4. ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau – Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5. Ustazah Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’

6. Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami. Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.

Selamat beramal...

Wednesday, January 11, 2012

Jagan terlalu berharap

Pagi  tadi aku ada terbaca dekat laman sosial seorang hamba Allah ni, status yang dia buat dekat laman sosial beliau berbunyi " Kenapa perempuan yang normal susah untuk terima lelaki OKU???ape hina sangat ke laki yang OKU nyh???(kecewa sangat)".....begitulah bunyinya..

Pada pandangan aku, kalau kita ini memegang status OKU baik lelaki atau perempuan, janganlah terlalu mengharapkan setinggi gunung dan langit dengan apa yang kita impikan dan inginkan, kerana orang sekeliling kita tetap memandang golongan OKU itu Cacat dimata mereka.  Tiada yang lebih pada diri seorang OKU (pada yang tidak nampak kelebihan itu) melainkan kecacatan sahaja.  Bukanlah aku menyalah takdir Allah. Bagi DIA Normal atau Cacat seseorang itu, bukanlah kayu pengukur, tetapi amal ibadatlah  yang menjadi pengukur dan yang akan dibawa kelak bertemuNYA.  Tetapi DIA tetap maha pengasih dan maha penyayang pada hamba-hambaNYA.

Tapi, tidak semua lelaki atau perempuan normal susah untuk terima OKU, diluar sana banyak dan ramai yang telah berpasangan dengan golongan OKU baik lelaki mahupun perempuan.  Semuanya bahagia seadanya, baik lelaki atau perempuan.  DIA maha pencipta dan DIA maha berkuasa atas segalanya..

Friday, January 6, 2012

Hairan aku...

Kenapa yek....

keje aku, diamanahkan mengagihkan pelekat kenderaan kepada semua kakitangan tempat aku cari makan dan minum.  Tapi , aku agak pelik tengok gelagat-gelagat kakitangan khususnya kaum lelaki ni, macam-macam hal, bak kata orang " banyak songeh la"...selalu pekataan itu sesuai dan selalu ditujukan kepada kaum wanita, tapi dunia ni dah terbalik agaknya, kaum lelaki pulak yang lebih-lebih...Mana tak nya, nak ambil pelekat kenderaan pun nak pilih-pilih nombor siri pada pelekat kenderaan (contoh;- saya nak nombor 135....eh3...tak-tak, saya nak nombor 130 la...), aduh...malu aku dengan kaum wanita di belakang dia tu.  Tapi bila giliran kaum wanita tu yang ambil pelekat kenderaan tu, tak ade la pulak banyak songeh.  Kaum wanita ni mudah ikut peraturan.  Aku kat sini bukanlah nak menyebelahi sesiapa, tapi fikir-fikirlah, sebab masing-masing dah matangkan.  Memang kita semua ada pendirian masing-masing, tapi dalam keadaan macam ini, janganlah pentingkan diri sendiri.

Sebab tu, ada keluar perumpamaan " Lebih Baik Jaga Lembu Sekandang", dari Jaga Kakitangan 1 Pejabat"...ini perumpamaan sahaja.  Tapi, bukanlah semuanya begitu.

Kesimpulannya dekat sini, JANGAN TERLALU PENTINGKAN DIRI SENDIRI.