Jom Joint...

Friday, September 28, 2012

Bajet 2013...Adakah Bajet Mesra OKU..



Tunggu dan lihat, Pengunguman bajet kali ini, adakah bajet yang mesra OKU?  Ini kerana golongan ini jauh ketinggalan akibat daripada kurangnya keperihatinan terhadap golongan ini dari pelbagai segi.  Bukannya tiada langsung tumpuan yang diberi, tetapi kita perlu nmengkaji kembali dan  memberikan tumpuan yang lebih tinggi lagi pada mereka.  Golongan ini mengharapkan sesuatu yang lebih baik dan menyebelahi mereka dari segi Elaun (tidak mengira bagi mereka yang bekerja atau tidak walau dalam sektor awam dan swasta dan juga anak-anak cacat), Kemudahan Persekitaran, Kesihatan, Keselamatan, Infrastruktur, Rumah, Kenderaan, Sukan, Latihan Kemahiran dan banyak lagi.  Dan dari segi lain, mohon untuk permudahkan segala urusan yang melibat OKU dalam memohon atau memiliki sesuatu perkara.  Dan juga, memohon pihak kerajaan membuka pusat jualan kerusi roda, kakitangan  palsu/tiruan dan banyak lagi eksesori keperluan OKU yang lebih berkualiti dan baik  dengan harga mampu milik untuk semua OKU di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment