Jom Joint...

Monday, March 29, 2010

Diperlukan

Jam menunjukkan pukul 5 petang, waktu semua kakitangan yang bekerja pulang ke halaman masing-masing. Dengan bertemankan awan mendung dan angin yang sepoi-sepoi bahasa, sejuk menikam menusuk ke tulang belulang sambil berbaring merebahkan jasad yang dalam kepenatan untuk seketika, tiba-tiba......

KRINGGGGKRINGGG......Hello, anda diperlukan, sila datang ke kantor sebentar, untuk siapkan sedikit tugas yang telah di pertanggungjawabkan. MOGA REZEKI YANG DIPEROLEHI DIBERKATI.

Friday, March 26, 2010

Adam & Hawa

Kaum Hawa tidak lari dari sifat bebelnya. Memang diakui dari dulu lagi. Kaum Adam memang rimas dan pantang kalau kaum Hawa mula membebel. Adam akui semua itu.

Tapi bagi diri Adam ini, bebel dari Hawa bukanlah sesuatu yang merimaskan, bukan sesuatu yang membosankan bagi diri Adam. bagi diri Adam, bebel dari Hawa adalah satu nikmat terindah buat diri Adam. Kalau diri Adam tidak mendengar bebel dari Hawa, diri Adam rasa tidak menentu, diri Adam merasakan kehilangan sesuatu yang berharga yang pernah diri Adam miliki. Mungkin itu salah satu nikmat dari DIA, yang diberikan pada diri Adam. mesti kaum2 Adam yang lain merasa pelik dengan apa yang Adam luahkan ini. Sesungguhnya nikmat dari DIA, bukanlah dalam bentuk zahir sahaja, tetapi dalam bentuk bathin juga.

Sesungguhnya dengan bebel, seseorang boleh diserang penyakit. Diri Adam tidak bermaksud untuk mendera, menyakiti hati Hawa. Adam mengetahui yang diri Hawa sakit, penat dengan Adam, Adam tak nak sakiti hati Hawa, Adam tak bermaksud untuk menyakiti hati Hawa.

Bukan semua kaum Hawa, seperti diri Hawa. Mungkin dari pandangan kaum2 Adam dan kaum2 Hawa yang lain memandang diri Hawa kejam, tetapi TIDAK SESEKALI bagi diri Adam, semua kenyataan mengenai Hawa adalah salah. Hawa terlalu istimewa, terlalu hebat buat diri Adam. Adam kenal Hawa. Hawa adalah insan PENYAYANG, bukannya Adam terlalu mengagong2kan atau terlalu menyanjung diri Hawa lebih dari MAHA PENCIPTA, tetapi Adam tahu segalanya, Adam bahagia berada di samping Hawa walau dalam suka dan duka, susah dan senang, Adam kenal diri Hawa, Adam bahagia. Hanya itu yang termampu Adam luahkan. Hanya ucapan terima Kasih pada MAHA PENCIPTA dengan anugerah ini.

Mungkin gaya dan sikap Adam seperti endah tak endah yang menimbulkan segala punca. Tapi dalam hati Adam, Adam mahukan Hawa. Adam CINTAKAN Hawa, diri Adam mengaku yang diri Adam cemburu dan tidak sanggup melihat Hawa dengan yang kaum Adam yang lain.

Sudah lumrah alam, setiap kehidupan senantiasa diuji dengan pahit manis, sebelum bahagia tercipta. Hanya keikhlasan, kejujuran, amanah, kesetiaan kunci segalanya.

Adam hanya insan biasa, Adam tidak mampu untuk berharap tetapi jauh di sudut hati diri Adam, Adam beraharap agar dapat di satukan dengan Hawa di BUMI Tuhan yang Maha Luas ini sehingga ke akhir hayat.

Thursday, March 25, 2010

Terkejut

Aku terkezut, dapat chat dari si dia minta call office. Aku ape lagi, gelabah kejab mane la tahu kot2 ape2 jadi.

Kebetulan si dia bagitahu aku, yang si dia tak beberapa sehat kerana ada sesuatu menyerang di kepalanya...aduh, risau aku....mahu tak risau..

dan;

aku pun call,"KRINGGKRINGGG"... pastu aku dengar satu suara perempuan di talian, aku cam suara si dia, tapi kali ni lain pulak suaranya...aku dah mula risau... mana tak risaunya, bila aku bagitahu nak bercakap dengan si dia, perempuan tu buat2 tanya siapa?, nak bercakap dengan siapa?...aik , aku salah call ke...atau no telefon salah tekan. Naseb baik tak letak ganggang telefon, sebab aku ada dengar suara yang seperti aku pernah dengar, dalam hati aku, itulah suara yang aku cari....

YA...itulah si dia yang sebenarnya...alhamdulillah aku dapat berhubung dengan si dia. bukan salah nombor, tapi salah orang. huhuhuhu.....tersenyum la aku sorang2 ;).

Bukannya apa, cuma ada sedikit problem (orang putih cakap laa)...

Tapi alhamdulillah, semua dapat di atasi dengan tenang oleh si dia.
SYABAS BABY.....

Mengidam Laa... Pulak

Tetiba perut aku berdendang menyanyikan lagu poco-poco kot...
dan tetiba hidung aku mengesan ada bau sesuatu yang pernah aku bau yang menambat hati buah mulut aku 2 minggu lepas.

Perhhhhh....sedapnyaa,enaknya ku rase kalau itu terhidang depan ku...

Nampak gayanya, aku kena cari bahan-bahannya dan minta orang rumah aku tolong masakkan dan makan bersama...bestnya...aku mengidam betul2 ni.

mana orang rumah aku ni...nak mintak tolong dia masakkan tauge goreng bertatahkan tauhu goreng...Perhhhhh sedap orang rumah aku masak.

mana orang rumah aku yek.....ANJEE....

Wednesday, March 24, 2010



"Setahun sudah berlalu, bulan Mac muncul kembali dengan kehangatan semalam..." ini salah satu lirik lagu yang pernah di popularkan oleh artis tanah air kita,cuma aku dah ubahkan sikit.

24 diatas, bukanlah tarikh hari lahir, bukan tarikh ulang tahun perkahwinan. Tapi tarikh setahun aku kerja. Syukur Alhamdulillah, aku panjatkan doa buatNYA yang berikan aku segalanya peluang keemasan ini. Aku dah lama impikannya, tanpa aku sedar sudah setahun aku berkhidmat dengannya. Bukannya apa, sebelum ni aku menganggur selama 2 tahun kerana satu kemalangan yang menimpa aku dulu.

24 ini, aku mula melaporkan diri, aku bangkit semula menjadi warga pekerja dan tidak lagi menganggur. Tapi hanya Tuhan sahaja yang tahu segala pahit maung yang aku lalui untuk mencapai cita-cita ke tahap ini. macam-macam ujian yang aku tempuh...Tapi Alhamdulillah, semuanya selamat aku tempuhi...

Terima kasih aku ucapkan pada yang MAHA ESA, di atas semua ini, terima kasih juga pada IBU ku diatas segala doamu IBU,diatas kesabaranmu,ketabahanmu, pada adik-beradik ku ;

dan,

pada insan yang aku sayang, aku cinta, BUNGA...kalau bunga tak memaksa aku untuk mengisi borang pekerjaan di S** dulu, tentu aku masih dalam misi mencari....

TERIMA KASIH PADA YANG MAHA ESA, KERNA DIA, AKU MILIKI CINTA, KASIH DAN SAYANG DARINYA, yang sungguh berharga.

Tuesday, March 23, 2010

Naik heran.....


Lompat Si katak lompat,
Lompat la tinggi-tinggi,
Ape yang cik adik dapat,
Untuk hadiah di hari jadi.........
Ingat lagi tak korang dengan cerita " Ali Setan".....
Apa yang aku nak kongsi kat sini, adelah pasal Si Katak...
Kenapa katak?....
Korang panggil katak ape?.......
SEBIJI ke, SEKETUL ke, ......ke SE2 waktu dengannye.......last sekali mesti jawapan tak lain dan tak bukan, SEEKOR KATAK.... betul tak....
Tapi betul ke SEEKOR KATAK?.....mushykil ni.......
mane EKORNYA.....
haaa....sudahhhhh......macam maner tu yekk.....
*di petik dari Bunga....

nokia 5800

Memang mengancam betul pada sesiapa yang pakai bende alah ni. Sape yang dah pakai tu...eh..bukan pakai la, pakai tu untuk baju jer laa.....wei...., bukan pakai , GUNA....sebut betul2....GUNA....yahhhhhhhh......

Aku tengok ghuper bentuk die macam I_Phone, perhhhhh....aku minat betul la...
Kalau nak amik I_Phone, kene bayar dulu beb.....yang jenis ni pon kene bayar dulu jagak beb, baru boleh amik bawak balik.....smart tuu....
yang bezakan bende alah ni, HARGA die......perhhhhhh....DENGAR BETUL2 EHHH.....HARGA die daaa.......

Mula2 dulu, aku gi usha2....bukan usha2 awek la....tu la skit2 awek,skit2 awek......alhamdulillah aku dah ade bunga ;)*.......

aku gi usha phone ni la.....bukan usha awek der.....

mula aku gi tanye ngan bunga, kat tokei kedai ni, harga die letak RM 9**, tapi boleh kurang lagi kalau nak. masalahnyer memang kau nak...tapi lupe pulak bawak ongkosnya( duit daaa...).....hehehe...ye la tu lupe bawak, padahal.......poket kerinnnnn.....
bukan kerinnnn2 bunyi telepon tau.....faham2 sudah ler......;P

mase tu, kalau tak salah aku, aku tanya sebelum hari raye cina 2010....

OK, tak pe, aku tahan dulu, usha2 dulu kedai lain macam mane...kot2 dapat harga lagi murah...huhuhu kalau tokei kedai nak kasi turun lagi harga die laa.... TAK PE, usaha tangga kejayaan....
jalan punye jalan, ehhh...lupe, kayuh punye kayuh....... haaa...ape?, kenapa kayuh....nak tanyer ni "KOPI APE PALING SEDAP".......kopikirlah sendiri.....jangan marah seh.....

Hari telah berlalu, hari yang tadi siang dah tukar malam.....ape lagi balik ke kediaman teratak manja la.....balik rumah laa....misi hari tu gagal......TAK PE....

sebulan berlalu.....

Aku datang lagi ke kedai2 telefon ni bersama Bunga.....duk usha2 line...tengok kiri kanan.....terus terjah.....TANYA HARGA LAGI DAA...... mane tahu harga ade tulun.......TAPI.....harga tak turun2, lagi naik ade laa.....aduh...patah lah HATI......OH....Bunga....

OH tak pe, dengan hati yang tulus ikhlas, kite datang lagi bulan yang depan...."aku berbisik dengan Bunga la".....itu pon nak tahu jugak ke.......

JENGGG3....masa datang lagi, datang usha harga, tapi kali ni...........OH TIDAK........

(tak de ape2 la wei)......perut aku lapar laa.....gi la makan dulu.....last2 ajak bunga gi makan, sebab harga bende alah tu nampaknyer tak memuaskan hati kami seh......

MAHAL BEBENORRRR.....YAHHHHHH.....

Monday, March 8, 2010

Mac, tiba lagi...

Salam ku hulur buat mu,
saat demi saat, minit demi minit, jam demi jam, hari demi hari,minggu demi minggu, bulan demi bulan, tahun demi tahun, ianya datang dan muncul kembali pada tanggal 23 RabiulAwal bersamaan 1431 hijrah bersamaan juga 9 March 2010 adalah tarikh yang di nanti.
Kelahiran yang bermula pada 9 March 19** dan kini sudah 24 tahun melayari hidup di atas muka bumi yang luas terbentang ini .

Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan Gadis...Allah selamatkan kamu.

Semoga, tahun yang baru ini dan diumur ini, diberi seribu rahmat keatasnya, dimurahkan rezki, dilapangkan hati, selamat dalam perjalanan hidup yang penuh liku, penuh tipu daya ini. Moga selamat didunia, selamat diakhirat. Jangan patah semangat dan teruskan melangkah. Dibelakang mu, ada insan yang selalu menyokong mu dalam sedar mahu pun tidak sedar.

Semoga hidupmu diberkati,dirahmati, di panjangkan umur, di murahkan rezki, di berikan kesihatan zahir & bathin dan di permudahkan dalam segala urusan.

Kesusahan dulu, adalah penawar kesenangan akan datang.

....SELAMAT HARI LAHIR BUAT MU....

Thursday, March 4, 2010

CINTA & KASIH

Ya, aku benar2 cintakan dan kasihkan dikau.

aku tahu, dah bermacam-macam yang kau lalui kerana cinta. Semuanya hampa.
aku tahu cerita mu, kehidupanmu yang penuh liku, penuh dengan dendam, amarah, tangis tawa, semuanya di simpan di kunci di dalam hatimu.

Aku hadir di saat kau mengahapi masalah yang bermacam-macam. Dari raut wajahmu memang tersimpan seribu satu cerita. Aku hadir, bukan untuk mengeruhkan lagi episod cerita hidupmu, tetapi ingin memiliki hati yang setulus suci. Melangkah bersamamu untuk mencari sinar baru, walaupun ku tahu, aku tak mampu melangkah, tetapi engkau adalah langkah hidupku .
Engkau di cipta untuk dikasihi, disayangi dan di cintai setulus suci.

Engkau di cipta, bukan untuk menjadi pemuas nafsu lelaki, tetapi kau di cipta untuk menjadi pelengkap hidup lelaki. Tanpa kaum mu, kaum ku tak mampu untuk berdiri teguh, hidup kaum ku pasti akan terumbang ambing tanpa arah dan tuju.

Ya, aku adalah lelaki yang sama dengan lelaki lain. memang dasar jantan...
Ya, aku akui semua itu, dan akui semua tuduhan itu.
maafkan aku, maafkan kaum2 ku.( akibat nila setitik, rosak susu sebelanga ), betul kata2 tu..

Hadir mu dalam hidupku, bukanlah memenuhi nafsu impian ku,
tetapi kerana CINTA & KASIH SAYANG ku terhadap mu. Hanya itu SATU.
dan hanya pada DIA, aku SEMBAH & BERSERAH.

Wednesday, March 3, 2010

Jahat=Buruk, Baik=Cantik

Betul ke itu maksudnya.....
Hanya pada pandangan zahir nampak Jahat terus di level Buruk atau sewaktu dengannya. Tapi bila nampak Baik terus dilevelkan Cantik atau sewaktu dengannya.
ADIL ker ?....Macam tu ker ?....

Mungkin dulu betul perumpamaannya, tapi sekarang, bolehkah lagi di guna pakai pada zaman sekarang ni?...

Semuanya telah berlaku di depan Mata. Mungkin ada yang perasan, mungkin ada yang tak perasan dan mungkin ada yang tak nak amik perasan.

ini telah berlaku di depan mata aku sendiri, lelakinya berkopiah atas kepala, perempuannya bertudung litup, tapi kenapa jadi begitu bila datang satu umat ni kat meja makan diorang minta sedekah, diorang buat tak tahu jer....peminta sedekah tu, terketar_ketar berdiri kat tepi meja diorang tu menanti kot-kot diorang ni nak sedekahkan sesuatu. Tapi hampa , bila bukanlah di minta untuk sedekahkan duit, senyuman pun tiada....hrmmmmmm....

tapi betul jugak kata-kata bunga aku "senyuman tu satu sedekah" habis tu, orang yang bagi senyuman kat orang tu, dikirakan peminta sedekah jugaklahkan....hamahamahama....tergelak sakit perut aku di buatnya...hrmmm...;)bunga2...nak kene picit2 ni....

ya, memang aku akui macam2 taktik peminta sedekah ni....ok, kita lupakn citer tu.....

apa yang aku nak kongsikan kat sini sebenarnya, tentang lelaki dan perempuan tu...nampak alim, baik, bagus budi pekerti, tetapi segalanya hampaaa belaka.......

dan;
pernah tak kita dengar cerita pada zaman nabi dulu, ada seorang wanita ni di levelkan sebagai pelacur, tapi dengan hanya memberi minum kepada seekor anjing yang dahaga, beliau di masukkan ke syurga...Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

lihatlah; yang Jahat itu, tak semestinya Buruk segala-galanya dan yang Baik tu, taklah semestinya Cantik segala-galanya...

"Jadilah manusia yang Jahat(pada zahir) tapi berhati baik, baik budi pekerti, jangan jadi manusia yang Baik, tapi berhati Busuk/jahat"...( petikan dari DJ radio tempatan )...