Tunggu dan lihat, Pengunguman bajet kali ini, adakah bajet yang mesra OKU? Ini kerana golongan ini jauh ketinggalan akibat daripada kurangnya keperihatinan terhadap golongan ini dari pelbagai segi. Bukannya tiada langsung tumpuan yang diberi, tetapi kita perlu nmengkaji kembali dan memberikan tumpuan yang lebih tinggi lagi pada mereka. Golongan ini mengharapkan sesuatu yang lebih baik dan menyebelahi mereka dari segi Elaun (tidak mengira bagi mereka yang bekerja atau tidak walau dalam sektor awam dan swasta dan juga anak-anak cacat), Kemudahan Persekitaran, Kesihatan, Keselamatan, Infrastruktur, Rumah, Kenderaan, Sukan, Latihan Kemahiran dan banyak lagi. Dan dari segi lain, mohon untuk permudahkan segala urusan yang melibat OKU dalam memohon atau memiliki sesuatu perkara. Dan juga, memohon pihak kerajaan membuka pusat jualan kerusi roda, kakitangan palsu/tiruan dan banyak lagi eksesori keperluan OKU yang lebih berkualiti dan baik dengan harga mampu milik untuk semua OKU di seluruh negara.
Jangan Bilang Berapa Banyak Yang Kita Dapat, Tetapi Bilang Berapa Banyak Yang Kita Simpan Daripada Apa Yang Kita Dapat
Friday, September 28, 2012
Tuesday, September 18, 2012
Kera Di Hutan Di Susukan, Anak Di Rumah Mati Tak Makan...
Pepatah ini memang sesuai sangat untuk artikel ini...
Rakyat sendiri nak berniaga punyalah susah, padahal nak berniaga di Tanah air sendiri. Mohon kelulusan untuk berniaga, kelulusan pulak tak dapat. Tapi bila ke Bandaraya, bersepah-sepah rakyat asing duduk berniaga bebas di sana. Itu yang menjadi persoalan, kenapa rakyat sendiri dipinggir, rakyat asing diagungkan?..
Wednesday, September 12, 2012
Emas Anak Terbuang...
AKSI luar biasa Tatyana McFadden di trek Paralimpik 2012 sememangnya
sudah dijangka. Ini bukan kali pertama Tatyana menyertai temasya sukan
berprestij untuk golongan kelainan upaya itu.
Namun, gadis berusia 23 tahun ini tidak mensia-siakan pengalamannya
bertanding di dua kejohanan sama di Athens pada tahun 2004 dan Beijing
pada 2008.
Walaupun hanya berjaya menggondol beberapa pingat perak dan gangsa, semangat Tatyana tidak pernah pudar.
Dalam usia semuda 15 tahun, dia berjaya meraih pingat perak dalam acara 100 meter (m) dan gangsa untuk pecutan 200m.
Di Beijing pula, Tatyana mencipta rekod baharu apabila membawa
pulang empat pingat untuk Amerika Syarikat (AS), tiga perak untuk acara
200m, 400m dan 800m serta gangsa dalam acara 4x100m.
“Semasa kecil, saya memang suka menonton sukan Olimpik, tapi saya
tidak pernah terfikir bahawa saya akan menyertainya, apatah lagi
memenangi pingat dalam acara sukan besar seperti ini,” katanya kepada
para wartawan.
Kegemilangan dalam lapangan sukan diteruskan dengan menggalas tanggungjawab sama untuk Paralimpik 2012 di London.
“Saya mahu jadikan ini perlumbaan terbaik saya,” katanya.
Ternyata lelah keringat Tatyana berbaloi. Belum pun sukan
Paralimpik 2012 berakhir, dia sudah mengutip tiga pingat emas dalam
acara kegemarannya iaitu lumba kerusi roda 400m, 800m dan maraton 1500m.
Di sebalik kejayaan yang dicapai hari ini, Tatyana, gadis kelahiran
St. Petersburg, Rusia ini mempunyai sejarah hidup yang cukup menyayat
hati.
Anak yatim
|
Segalanya disini...
Monday, September 10, 2012
Kejayaan Hasinin Dedah Isu Nasib Golongan OKU ..
"Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua"...itulah pepatah yang paling sesuai untuk menceritakan permasalahan yang berlaku dan menimpa OKU. Sebelum-sebelum ini, kita semua tidak diberitahu, tidak dedahkan isu-isu atau permasalahan yang menghadapi golongan OKU ini. Malahan setesen-stesen TV, akhbar-akhbar langsung tidak menyiarkan berita-berita dan kisah-kisah kehidupan OKU, kalau ada sekalipun hanya 1 minit 2 sahaj ditayangkan dikaca televisyen. OKU sebenar-benarnya tidak pernah dipandang walaupun sebelah mata. Kebajikan untuk OKU, seolah-olah hanya sekadar "Lepas Batuk Di Tangga"..itu pun, kalau ada tangga...Itulah hakikat yang menimpa golongan ini. Diangkat bila perlu, Dibuang bila tidak.. Cerita selanjutnya disini...
Fikir-fikirkan....
Sunday, September 9, 2012
Kenapa Di Bezakan?....
Adakah mesti nilai sumbangan dari sesuatu pingat yang dimenangi oleh atlet-atlet sukan, tidak kira atlet cacat mahupun atlet normal perlu dibezakan?
Kenapa perlu dibeza-bezakan?
Kenapa terlalu zalim dan bias?..
Adakah kekurangan dan kecacatan diri bagi atlet cacat peralimpik menjadi penyebab "NILAI sumbangan dalam bentuk wang ringgit dikurangkan?...dan kesempurnaan seperti Dato LCW yang cukup kaki dan tangan perlu dibayar dengan nilai yang tinggi?...Adakah itu penyebabnya dan menjadi perbezaannya?.
Pasti ada mulut-mulut yang akan berkata " SYUKURLAH, itu pun nasib baik Menteri nak bagi, kalau tak habuk tarak, nak demand-demand pulak"...
ini bukan masalah demand, tapi dimana SIKAP ADIL itu kepada atlet-atlet sukan negara tambah-tambah keadilan kepada atlet CACAT...tahu tak?, ATLET CACAT (OKU)..juga manusia dan bukannya haiwan perliharaan.
dan satu lagi, Professor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim merupakan pengkeritik dalam hal keadilan kepada atlet CACAT. tapi kenapa manusia berbangsa cina yang mengkeritik, dimana pengkeritik ketuanan melayu kita, yang kita sangjung-sangjung selama ini?. Adakah orang Melayu sudah buta mata, atau saja membutakan mata pekakkan telinga?..
dan..
adakah ini jawapan yang wajar bagi kita?...klik sini...
adakah jawapan itu boleh diterima?...sungguh bias sekali dan sungguh penuh dengan dikriminasi.
Fikir-fikirkan...
Thursday, September 6, 2012
Hukuman Sekolah Ke Ni...
55 Tahun Merdeka, telah setengah abad, TETAPI kenapa masih begini?..kenapa hukuman sekarang langsung tidak memberi apa-apa makna?..hukuman yang dijatuhkan kepada seseorang pesalah itu langsung tidak meninggalkan kesan pada sipelaku agar tidak melakukannya lagi dan langsung tidak memberi kesan pada masayarakat sekeliling hari ini. Seolah-olah melepaskan batuk ditangga. Kenapa jadi begini sekali kehidupan ini sekarang, beberapa bulan yang berlalu pernah terpampang di dada akhbar tanah air, bagi pesalah si penari tiang, hanya dijatuhkan hukuman dengan membayar denda RM25 sahaja. Merogol gadis bawah umur, sipelaku dilepaskan dengan ikat jamin dan perlu berkelakuan baik, tapi bagaimana dengan gadis yang dirogol itu?..walau kes rogol ini atas suka sama suka, apa pengajaran yang boleh diberikan pada mereka dan orang lain. Hari ini keluar didalam akhbar baca disini, "Pukul Isteri dikompaun RM 200"...Apa makna dari semua ini, apa pengajaran di sebalik hukuman yang di jatuhkan ini?..Adakah undang-undang dan hukuman-hukuman sekarang mendidik kearah keinsafan atau ianya mendidik kearah bertambahnya keburukan dan kerosakkan dimuka bumi ini?...Undang-undang dan hukuman apakah ini ?...
Fikirlah sejenak...
Subscribe to:
Posts (Atom)