Jom Joint...

Tuesday, December 24, 2013

Malaysia Bakal Bangkrap 9 Tahun Lagi...

Terima kasih kepada pengundi-pengundi pada PRU13 lalu yang telah memilih Barisan yang telah tidak lagi lurus ( 46%)...Sekarang terimalah dan rasakan, apa yang tidak NAIK...MINYAK, GULA, AYAM, TARIF ELEKTRIK dan bermacam-macam lagi, kini GST pula nak dilaksanakan..yang TURUN hanyalah HUJAN sekarang ni....jangan nak menggatal nak merungut sana-sini kata itu ini naik, SALAH SIAPA?.....Tapi bila tiba PRU, Barisan bagi gula-gula, bagi ayat-ayat cinta..hanyutttt lena dibuai mimpi-mimpi indah...teruskanlah hidup dalam kebodohan yang selamanya...

Kini Malaysia yang dikatan tanah tumpah darahku, bakal BANGKRAPSI...nak salah siapa?..nak salah kambing, ayam, lembu, itik, ikan...ini semua SALAH KORANG yang BODOHNYA MELANTUN-LANTUN.

Klik sini...

Yang terseksa kini, siapa?...fikir-fikirkan kalau anda benar-benar sudah baligh.

Negara hancur akibat mainan SIHIR..(Dajjal)..
Tak pecaya, saksikan cerita " Snow White"..fahamkan jalan ceritanya.
Kalau tak faham-faham juga, bermakna anda belum baligh.


Tuesday, December 17, 2013

BUDI PEKERTI TAK SEINDAH WAJAH...

Nama sedap didengar, wajah cantik, mata sepet, bertudung, lihat dari penampilan nampak tinggi budi pekertinya...tapi bila berhujah...MACAM BANGANG JER, BACAM BODOH JER, MACAM MACAI JER...( mungkin akaun perempuan ni ke HACK kott)...******

 

 cerita penuh disini...

Wednesday, December 11, 2013

Jambatan Kedua Pulau Pinang...

Penghubung baharu Pulau Pinang 


Jambatan sepanjang 24 kilometer (km) itu menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung di pulau.

 Berita Penuh disini...

Monday, December 9, 2013

Takkan Ada Bangsa Lain Yang Merosakkan Melayu Melainkan Melayu Sendiri.

 
Kepada para peminat Allayarham Tan Sri P Ramlee, mungkin ada antara anda yang tidak mengetahui sebetulnya kisah hidup jatuh dan bangun Allayarham. Disebalik kehebatan filem beliau yang masih mampu membuat kita ketawa mahupun menangis sehingga hari ini, tersimpan 1001 kisah yang menyedihkan.
 

Tol Pulak....

Terima kasih pada yang memilihnya, jadi terimalah...anda pasti beryukur dan bahagia selamanya, sampai mati..

Desas-desus kadar tol naik

KUALA LUMPUR – Selepas siri kenaikan harga petrol, diesel dan gula pada tahun ini, pengguna perlu bersedia kemungkinan kadar tol dinaikkan bermula tahun depan.

Menurut sumber, desas-desus kenaikan kadar tol itu dijangka antara 30 sen sehingga RM1 melibatkan beberapa lebuh raya di Malaysia.

Tuesday, December 3, 2013

Kembalikan Malaysia Yang Dulu...

Malaysia kini seolah-olah tiada lagi hala tuju...yang menjadi mangsa Rakyat jelata...mana tidaknya, Malaysia sekarang dipenuhi oleh bangsa-bangsa asing yang kini seolah bermaharaja lela di bumi Malaysia ini.  Cuba lihat dan pergi ke Nilai 3, di sana , buatkan kita seolah-olah berada di negara asing, walau ia masih di bumi Malaysia.  Siapakah sang Penghianat negara ini sebenarnya?..berapa sen kah mereka dapat dalam pengkhianatan ini.  Kini warga asing sudah berani dan mula tunjuk taringnya di bumi malaysia klik sini..

Apakah kesudahan cerita ini...Undang-undang apa lagi yang hendak dilaksanakan oleh Pemimpin Negara yang ada ini atau Pemimpin Negara ini/kerajaan yang ada ini perlu diTUKAR, demi maruah TANAH MELAYU.


Friday, November 29, 2013

Isu Kenaikan Gaji MB Selangor Dan Yang Lain-Lain...

Heboh satu DUNIA , baik dalam Berita TV yang dikuasai mereka, dalam akhbar-akhbar mereka pasal kenaikan gaji MB selangor dan yang lain-lain.. Ada yang mengatakan itu, ada yang mengatakan ini...Ibarat "Telur Sebiji, Riuh Ayam Sekampung"...Dalam media semua cerita dari orang -orang dia, kalau nak kepastian tolong buat siaran langsung "live" di media bagi pihak sebelah sana jawab semua isu-isu yang dilemparkan...macam siaran "MELODI" ...TERJAH..., kenapa tidak buat seperti itu?..ni sebuK duk PungPang-PungPang sana sini...puiiii..

Nampak tak permainan dia...


Laporan penuh :
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kenaikangajimelampaubukti_pengorbanan_dilaungkanpembangkanghanyalakonan_Idris/Article/?mutakhir


Laporan penuh : 

TAPI...

Kenapa korang DIAM dalam isu yang SAMA berkenaan kenaikan gaji Ketua Menteri Sarawak dan anggotanya?...ULAS la...JANGAN duk DIAMKAN jer...


Laporan penuh :

Sekian..

Renung-renungkan dan selamat beramal..

Doktor Lumpuh Guna Kerusi Roda Semasa Bedah Pesakit ....

Tiada yang mustahak mustahil, keyakinan adalah tangga kejayaan....


Link penuh : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1129&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

Elektrik Nak Naik Pulak...Lepas Ni Apa Pulak?....

PRU 13 baru beberapa bulan sahaja berlalu, apa yang di harap tidak menjadi kenyataan...nampak gayanya teruskanlah hidup korang dalam kebodohan buat selama-lamanya.. peluang dan ruang telah Allah bukakan, tapi otak-otak korang masih belum mampu untuk menilai dan memilih ,..hadap la korang dengan semua benda ni sampai mati. Minyak naik, gula naik, taraf Elektrik naik, GST..lepas ni agak-agak apa yang akan naik?...mungkin darah akan naik..


Pengilang Suka GST dilaksana...

Ape punya kajian la....Pengilang memang la suka GST...sebab untung akan berlipat kali ganda..yang terseksa siapa?...BODOH..


link : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1129&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm

Wednesday, November 27, 2013

Indonesia....

 

Susilo henti import makanan Australia

Jakarta: Perselisihan diplomatik antara Indonesia dan Australia membabitkan dakwaan rakaman telefon semakin serius selepas menteri perdagangan berkata bahawa negara ekonomi Asia Tenggara terbesar itu akan mencari negara lain untuk import makanan. 
 link : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SusilohentiimportmakananAustralia/Article/

 


Friday, November 15, 2013

Tangan-Tangan Ghaib Amerika Yang Saban Hari Semakin Kukuh Cengkamannya

 
Tanpa disedari, tatkala dunia ketiga seronok menjadi pembeli dan pengguna kepada teknologi canggih, negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah pula seronok mengintip dan merancang untuk menakluk dunia menggunakan teknologi yang sama. Mereka mempunyai kelebihan yang besar kerana teknologi tersebut adalah hasil ciptaan mereka.

Kebiasaannya, setiap penemuan baru akan diuji dan digunakan ketika berperang.  Perang Dunia Pertama menjadi bukti bagaimana jenama seperti Benz dan Porcshe mempelopori teknologi automotif untuk digunakan semasa peperangan, dan disokong pula oleh sumber getah yang banyak dari Brazil untuk menghasilkan tayar, dan penggunaan petrol dan diesel sebagai ganti kepada enjin wap. Britain lantas mengkoloni Asia dan Amerika Latin khusus untuk menguasai sumber asli tersebut.  Apabila perang berakhir, Benz dan Porcshe mencipta kekayaan yang tidak terhingga, dan kemudian beralih kepada menghasilkan kenderaan awam dan menjualnya ke serata dunia. Mercedes Benz contohnya adalah pemegang paten kepada teknologi tali pinggang keselamatan, brek ABS, Beg Udara dan pelbagai lagi inovasi automotif.

Perang dunia kedua pula menyaksikan kehebatan jenama Amerika dan Britain seperti Boeing dan Rolls Royce mendominasi ruang angkasa. Boeing kekal sebagai pelopor kepada teknologi aeronautik sehingga hari ini. Penguasaan ruang angkasa membolehkan penjajahan yang lebih besar serta pemetaan semula sempadan negara di dunia mengikut kehendak dan cita rasa para penjajah. Lihat sahaja bagaimana mereka memeta semula benua Arab dan Asia Tengah.

Persempadanan geografi rupanya tidak mencukupi. Tiga puluh tahun yang lalu, teknologi internet mula digunakan oleh tentera Amerika untuk berhubung sesama mereka dengan lebih selamat dan bebas tanpa sekatan geografi. Kepesatan pembangunan teknologi komunikasi bermula apabila Amerika memenangi perlumbaan ke angkasa lepas dan telah mengaut keuntungan yang amat besar.

Pada hari ini, penggunaan telefon bimbit dan internet telah menjadi keperluan mustahak kepada hampir setiap penduduk dunia, tanpa menyedari bahawa teknologi ini masih dimiliki oleh penciptanya. Sempadan geografi sudah tidak memberi apa-apa makna.  Hari ini senjata pemusnah besar-besaran atau Weapons of Mass Destruction telah terpasang di setiap rumah, sekolah dan pejabat; diolah dan ditempa menjadi produk untuk bersosial dan bersuka-ria.

Pada hari ini kita masih menganggap remeh akan bahayanya ancaman internet dan betapa mudahnya ia dijadikan alat untuk mencuri aset yang paling berharga iaitu maklumat.  Justeru, program pengintipan Amerika ke atas negara-negara kawan dan lawan bukanlah perkara yang memeranjatkan kerana jika tiada teknologi komunikasi yang canggih pun, kuasa besar seperti Amerika tetap akan mencari jalan mengintip setiap gerak-geri sasaran mereka.

Sekiranya Malaysia mahu diintip maka sudah tentu komoditi yang menjadi idaman ialah Petronas. Petronas pada hari ini bukan sekadar ‘toukeh minyak’ di Malaysia, tetapi sudah memiliki hak untuk meneroka, memproses dan menjual minyak daripada banyak negara. Menguasai Petronas bermakna menguasai sebahagian besar sumber tenaga dan kekayaan dunia.  Apatah lagi tatkala mengetahui syarikat ini cuma dimiliki oleh sebuah negara kecil yang aman, mewah, berpendidikan dan terletak di tengah-tengah Asia Tenggara; telah menjadikan Petronas begitu menyelerakan.

Sang penjajah tidak perlu bersusah payah mengirim bala tentera sebagaimana yang berlaku di negara Timur Tengah dan Amerika Latin.  Perang zaman moden terlalu mahal dan skala kemusnahannya amat dahsyat. Penjajah terpaksa berbelanja besar untuk membina semula infrastruktur dan menyediakan tenaga kerja yang layak, rajin dan murah. Di Malaysia semuanya telah tersedia hasil titik peluh rakyat dan pemerintah dahulu kala.

Malangnya Petronas akhir-akhir ini semakin menjarakkan dirinya daripada rakyat Malaysia, seolah-olah ia bukan lagi produk tempatan. Kepakaran asing diagung-agungkan manakala kebolehan anak tempatan diperlekehkan. Membiarkan Petronas dijaga oleh bangsa asing tidak ubah seperti membiarkan negara ini dikawal oleh tentera penjajah yang niatnya hanya satu iaitu merompak setiap titik emas hitam yang ada pada Petronas.

Apakah perubahan polisi dan hala tuju mendadak Petronas pada hari ini hasil daripada kejayaan intipan kuasa besar, atau mungkin kerja ‘talam dua muka’ yang sepatutnya dihumban ke penjara, tiada siapa yang tahu.

Sekiranya Amerika tidak berminat dengan Petronas, tidak mustahil sekiranya mereka mahu mengintip dan menghambat komitmen negara dalam memeterai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA); yang menjanjikan pulangan mencecah trillion dolar Amerika, dan mengimbangi semula ancaman daripada negara timur seperti China, Korea dan India. Para pelobi Amerika begitu bersungguh untuk menjual formula perdagangan bebas ala-Amerika seperti GATT, WTO, APEC dan terkini TPPA yang pada asasnya sama sahaja iaitu memastikan setiap kehendak para pedagang Amerika dipenuhi.

Apa yang digembar-gemburkan sebagai standard yang tinggi sebenarnya hanyalah rantai yang akan mengikat tangan dan kaki negara kecil seperti Malaysia. Kita tidak fikir mereka berminat untuk membeli kereta buatan Malaysia, tetapi sudah pasti mereka mahu menjual kereta mereka ke Malaysia. Mereka tidak mahu beras kita, sebaliknya mereka mahu menjual beras mereka ke Malaysia dengan memaksa kita menghapuskan sekatan tarif. Mereka sungguh-sungguh mahu memperkukuh penguasaan terhadap teknologi dan hasil kreatif seperti karya-karya filem Hollywood, termasuklah pornografi.  Mereka mahu terus menjual  ubat-ubatan pada harga yang tinggi dengan cara memperketat akta perlindungan paten dan hak cipta.  Sekiranya gagal mematuhi, peguam-peguam yang sudah terlatih sentiasa bersedia untuk mengheret Malaysia ke tribunal antarabangsa yang tiada langsung nilai keluhuran atau kedaulatannya.

Selama ini kita begitu berhati-hati apabila berjanji dengan Amerika. Namun akhir-akhir ini Malaysia terlalu lembik di meja rundingan, seolah-olah sudah dipukau dengan prospek wang ringgit yang belum tentu. Apakah elemen intipan Amerika telah berjaya menerobos ke dalam Dewan Parlimen yang mulia juga? Tiada siapa yang tahu.

Kita bukan hendak mereka-reka cerita.  Kita sudah begitu terbiasa dengan siri risikan yang bermula dengan komplot sulit, penggunaan alatan serba canggih, peranan si pembelot dan akhir sekali menggunakan maklumat yang dicuri ini untuk mengugut, membunuh karakter atau memaksa pemerintah agar mengikut telunjuk mereka.  Skandal yang besar dan memalukan boleh menumbangkan pemimpin berpengaruh, menggantikannya dengan tokoh-tokoh boneka dan akhirnya menghuru-harakan kestabilan ekonomi dan sosial sesebuah negara.

Terlalu banyak contoh untuk dinyatakan, namun kita masih belum mahu mengambil teladan. Kita berharap Malaysia segera sedar dan bangkit daripada tidurnya.  Kita melihat apa yang berlaku pada hari ini sebagai bukti kehadiran tangan-tangan ghaib Amerika yang saban hari semakin kukuh cengkamannya.

Jika tidak ditangani dengan bijak dan berani, tamadun Malaysia akan musnah dalam sekelip mata.

Monday, November 4, 2013

Bola Yang Di Sepak...

Tahniah kepada Pahang kerana berjaya menjulang Piala Malaysia 2013...kepada Kelantan juga, Tahniah diucapkan.  Adat pertandingan, pasti ada menang dan ada yang kalah.  Rakyat seluruh negara telah menjadi saksi tanpa ada berlakunya BLACKOUT...ini baru dinamakan PERTANDINGAN. 

Cuma disini, ingin dimaklumkan..BOLA dan POLITIK janganlah disamakan...bukannya apa, banyak komen-komen dalam media sosial lebih merujuk kepada kuasa politik. dan dendam politik.. HENTIKAN SEMUA TU.  

POLITIK..biarkan POLITIK,   BOLA biarkan BOLA....
MAJULAH SUKAN UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA


Thursday, October 31, 2013

Koleksi Hadis Mengenai Susu Kambing

1. Hadis dari Abu Ubaidah bin Atoq bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud "Kambing merupakan binatang yg penuh Baroqah  yg ditinggalkan orang soleh terdahulu".Oleh itu kita menghidupkan kembali Sunnah,disamping kita meminum atau menjual secara tidak langsung kita mendapat pahala(Insha Allah).

2. Abu Hurairah r.a menukilkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang menyentuh tentang kambing: “Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali dia itu seorang gembala kambing”. Maka para sahabatnya bertanya “Adakah Tuan juga?” Jawab beliau “Ya, aku pernah menggembala kambing dan bertanggungjawab ke atas beberapa bahagian penduduk Mekah”.

3. Sabda Rasullah s.a.w, "Peliharalah kambing kerana padanya terdapat keberkatan".

4. Nabi Muhammad S.A W bersabda bahawa "Hendaklah kamu berpegang kepada kambing (mengambil manfaat daripada kambing: iaitu daging, bulu, kulit dan susunya) kerana itu ialah kenderaan mu didalam syurga". Dalam sepotong hadis yang lain ada menyatakan Nabi Muhammad s.a.w sangat suka meminum susu kambing yang mentah (belum dimasak).
5.  Abu Hurairah juga meriwayatkan sabda Rasulullah “Asas kekufuran ada di arah matahari terbit, megah dan angkuh ada pada pemilik kuda dan unta, mereka yang bersuara nyaring (bising) ialah pemelihara haiwan berbulu (arnab, kucing) dan ketenangan itu ada pada gembala kambing”. [Hadis ini turut dinukilkan oleh al-Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatta`].

6.  Abu Said al-Khudri mengata bahawa Rasulullah pernah bersabda “Akan tiba suatu masa di mana kambing merupakan sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, hidup terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa bencana”. Malah menurut Abdullah bin Mas’ud semasa beliau bertugas sebagai gembala kambing milik Utbah bin Mu’aith, susu kambing segar merupakan minuman kegemaran Rasulullah dan beliau meminumnya secara langsung setelah diperah daripada kambing betina.

7. Abu Hurairah telah berkata, "Pada malam baginda diisrakkan, dihulurkan kepada Rasulullah SAW dua gelas minuman iaitu khamr (minuman keras) dan susu. Baginda pun melihat kedua-duanya lalu mengambil susu. Jibril berkata, “Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan engkau kepada fitrah. Seandainya engkau mengambil khamr, nescaya binasalah umatmu.”
[Riwayat Imam al-Bukhari]

8. Abu Hurairah berkata, "Nabi SAW bersabda : Ketika aku diisrakkan, aku bertemu dengan Nabi Musa AS, baginda seorang lelaki yang tinggi kurus dengan rambut berombak seperti seorang Bani Syanu’ah. Aku juga bertemu dengan Nabi Isa AS, baginda kelihatan seperti lelaki biasa, berkulit merah, seakan-akan baru keluar dari pemandian. Aku bertemu dengan Nabi Ibrahim AS, akulah keturunannya yang paling mirip dengannya. Lalu aku diberi dua bejana, yang satu berisi susu dan yang lain berisi arak. Dikatakan padaku : Ambillah yang engkau suka. Aku mengambil susu dan meminumnya. Kemudian dikatakan : Engkau diberi petunjuk dengan fitrah atau engkau menepati fitrah. Seandainya engkau mengambil arak, nescaya sesat umatmu."


Wednesday, October 30, 2013

Zizan & Burgerbyte Grill & Soul...

 
Mengagumi hidangan Burgerbyte yang ringkas dan lazat termasuk konsep restorannya yang santai dan selesa, Zizan dan Rostam terpanggil untuk turut serta dengan membuka cawangan Burgerbyte atau menjadi francaisi kepada jenama produk Burgerbyte Sdn. Bhd.

Nampak macam best,..kalau nak cuba..sila klik....

KENAPA ORANG ISLAM SEMBAH KOTAK HITAM...

KENAPA ORANG ISLAM SEMBAH KOTAK HITAM | WAJIB BACA !!! | Abe hanya sekadar berkongsi kerana ianya berkaitan dengan 'KENAPA'?

Kafir: Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?
Muslim: Oh.. itu Ka'abah atau nama lainnya Baitullah
Kafir: Baitullah tu apa?
Muslim: Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah.
Kafir: Allah ada dalam tu?
Muslim: Tak..
Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?
Muslim: Yang aku sembah bukannya bangunan tu...
Kafir: Kau sembah apa?
Muslim: Aku sembah Allah SWT.
Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu?
Muslim: Aku menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi aku tak sembah Kaabah.
Kafir: Bukankah kau sujud ke arah Kaabah, maknanya ku sembah Kaabah la.
Muslim: Kau pernah tgk perlawanan bola dalam TV?
Kafir: Pernah.. selalu...
Muslim: Kau tengok TV ke tengok perlawanan bola?
Kafir: Tengok perlawanan bola la.
Muslim: Di mana?
Kafir: Dalam TV la...
Muslim: Cuba buka TV tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.
Kafir: Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada...
Muslim: Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
Kafir: Jadi...?
Muslim: Maknanya kau tengok TV, bukan perlawanan bola.. betul tak?
Kafir: Tak.. Aku tengok perlawanan bola la melaui TV tu...
Muslim: Peliknya...
Kafir: Sebab apa pulak pelik?
Muslim: Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam TV tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat...
Kafir: Memanglah dalam TV tu ada banyak wayar, tapi TV tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya...
Muslim: Hmmm... jadi tak peliklah ni...?
Kafir: Ya.. tak pelik
Muslim: Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah...
Kafir: .. kau betul..


Semoga beroleh kefahaman dan manfaat. PLEASE "SHARE" thank for sape yg post..

Diambil dari : http://www.queachmad.com/2013/10/kenapa-orang-islam-sembah-kotak-hitam.html

Salah Guna Kuasa...Buruk Padahnya...

Jenayah rasuah, membawa padah...padahnya bukan pada diri sendiri, tetapi ianya melibat orang disekeliling kita.  Bila AMANAH di salah guna, maka inilah jadinya...

Al-Fatihah buat mangsa...

Tuesday, October 29, 2013

Budjet 2014...Sama Jer...Hasilnya...Tetap Orang Yang Sama Akan Dapat..

Budjet 2014, bila di analisa dan dinilai..keperluan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) atau lebih mudah dikenali dengan panggilan OC (Orang Cacat) atau golongan minoriti tidak di ketengahkan berkenaan keperluan dan kehendak OKU/OC. Peruntukan dengan jumlah sebegini untuk kebajikan (RM10.5 bilion sosial (pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat) tetapi dimana hasilnya?? Dimana silapnya?..adakah salah OC itu sendiri, adakah sebab mereka golongan OC ini tidak memberi apa-apa manfaat, tidak memberi pulangan keuntungan besar kepada negara?...OC semakin terpinggir dan kian terpinggir.  Adakah Budjet untuk OKU/OC boleh menyebabkan negara BANKRAP?..OC tiada makna pada kaca mata mereka.  Selagi OC/OKU tidak dibela dengan seikhlas hati, selagi itulah sistem sesebuah negara akan terumbang ambing dan membusuk dari akar hingga ke pucuknya sampai bila-bila.  Pada yang membela, ucapan Terima Kasih, Syabas dan Tahniah diucapkan.

Intipati Budjet 2014..klik..

Wednesday, October 23, 2013

Brunei Laksana Hukum Hudud...

Bandar Seri Begawan: Sultan Brunei semalam memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina.
Mengumumkan keputusan itu, beliau merujuk langkah berkenaaan sebagai yang bersejarah pelaksanaan undang-undang Islam sebenar di negara itu.
Sultan Hassanal Bolkiah, 67, antara lelaki terkaya di dunia, berkata, akta baru undang-undang syariah yang dikaji selama bertahun-tahun itu diperkenalkan secara rasmi semalam di negara yang kaya dengan minyak itu mengikut tempoh percubaan selama enam bulan.

Berdasarkan kes terhadap individu, undang-undang itu meliputi hukuman termasuk merejam hingga mati kerana berzina, memotong tangan kerana mencuri dan sebat kerana pelbagai kesalahan seperti pengguguran kandungan hingga kepada meminum arak. 

 Foto

SULTAN Brunei ketika mengumumkan undang-undang itu, semalam.

Akta itu bagaimanapun hanya tertakluk kepada umat Islam.

“Dengan izin Allah, dengan menguatkuasakan undang-undang ini, tanggungjawab kami terhadap Tuhan sudah ditunaikan,” katanya.

Sebagai pemimpin negara yang keluarganya menguasai negara yang kaya dengan minyak itu selama enam abad, beliau pertama kali menggesa hukuman hudud dilaksanakan pada 1996.

Brunei sebelum ini mengamalkan pemerintahan lebih konservatif berbanding negara jiran Islamnya di Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Indonesia, seperti mengharamkan penjualan dan kegiatan minum arak secara terbuka. -AFP

Klik untuk berita penuh...

Tuesday, October 22, 2013

Konflik Syria petanda akhir zaman...

KEMATIAN rakyat Syria mencecah 200,000 orang dalam tempoh lebih dua tahun kebangkitan rakyat ketika pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dikatakan lebih dahsyat berbanding kematian yang dicatat di Palestin ketika negara itu ditawan Israel.

Kekejaman itu membuka mata banyak pihak sehinggakan tragedi Syria bermandi darah mendapat perhatian ramai termasuk negara berkuasa besar, Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan akan menyerang Syria berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia.

Walaupun AS masih berdolak-dalik dengan serangan itu, pelbagai andaian mula timbul kerana terdapat dakwaan menyatakan Perang Dunia Ketiga akan meletus daripada apa yang sedang berlaku di bumi anbiya itu. Tidak kurang juga yang mengaitkan keadaan itu dengan petanda akhir zaman.

ikuti cerita selanjutnya di sini..

Friday, October 18, 2013

ISU KALIMAH ALLAH - SAYANG NAMA ALLAH TAPI LANGGAR PERINTAH ALLAH??... APA CERITA ??

ISU kalimah Allah mula dihangatkan semula.  Kita sudah banyak kali ikuti penjelasan daripada beberapa tokoh agama yang bukan dari golongan 'terompah kayu', mereka berpendapat Orang-orang bukan Islam boleh gunakan kalimah Allah asalkan tidak disalahgunakan.  
Jika seseorang Non Muslim berkata kepada kita, "InsyaAllah, saya akan jumpa awak nanti".  Adakah kita mesti marahinya?  Adakah dia menghina kalimah Allah tersebut?  Andaikata ketika kita sedang sakit, rakan kita Non Muslim datang berziarah dan berkata, " Saya harap Tuhan Alla (Allah) akan sembuhkan penyakit awak", Adakah kita mesti marahi beliau dan mahukan beliau menggantikan kalimah Allah itu kepada Tuhannya?  Adakah beliau menghina nama Allah?
Tetapi, seandainya Non Muslim itu menyebut, "Allah" itu banyak anak...., "Allah" itu adalah patung ini...atau dia sebut "Allah" itu lah yang saya sembah sambil menunjukkan ke arah patung umpamanya, Maka jelas itu adalah bersalahan kerana menggunakan kalimah "Allah" secara yang tidak betul atau salah dengan sifat Allah yang sebenar.  Maka, waktu itu tindakan boleh diambil kerana menghina nama Allah, kecuali ia menterjemahkan kepada "God' Tuhan yang mereka yakini.
Inilah yang difahamkan daripada beberapa golongan Ulamak yang bukan daripada Ulamak "Terompah Kayu".  Seandainya Kerajaan merasa perlu mencegah Non Muslim daripada mengguna pakai terus nama Allah samada dari segi percakapan atau terjemehan kitab mereka, tindakan itu mestilah dibuat tanpa ada kecuali di mana-mana termasuk Sabah dan Sarawak.  Jika ada terkecuali, maka Non Muslim akan melihat agama kita tidak konsisten di dalam hukum hakam dan ini juga adalah perbuatan yang menghina agama Islam sendiri.  
Pelik bin ajaib kerana hanya di negara ini sahaja yang menjadi masalah berkaitan isu ini.  Ini adalah kerana unsur-unsur politik dan terdapat agenda perkauman dan sentimen agama cuba dimainkan oleh pihak-pihak yang mahu menonjolkan diri mereka kononnya mereka pejuang agama.  Kita tahu siapakah golongan ini.  Golongan inilah yang sebenarnya banyak menghina ugama sendiri bahkan isteri mereka sendiri tidak menutup aurat, bagaimana mereka mahu bercakap soal Kalimah Allah?  Kalimah Allah mereka sayangi kononnya, tetapi perintah Allah mereka tidak peduli.
 
Petikan dari laman-laman, bukan laman ruman..tapi laman terbuka..wfauzdin.blogger

Friday, October 11, 2013

Ajaklah isterimu gaduh selalu!

KALAULAH saya suami yang tidak pernah marah,  menegur,  merungut, atau mengeluh, saya percaya dalam  beberapa bulan sahaja, isteri pasti akan berasa menyampah habis setiap kali melihat muka saya.

Lebih teruk, saya mungkin dianggap suami dayus ataupun bodoh walaupun 'saya tidaklah bodoh sangat!'

Rumah tangga kami sudah pasti teramat membosankan. Itulah yang saya percaya dan saya percaya, itulah juga yang dipercayai ramai orang!

Walaupun ketika berkonflik, semua orang akan mempersoal malah menyesal kerana menganggap pasangannya adalah yang paling teruk di dunia, namun percayalah, dia pasti akan lebih menyesal jika mendapati pasangannya itu adalah manusia yang hanya tahu senyum dan mengangguk sepanjang masa!

Saya teringat untuk menulis hal ini semalam apabila isteri minta tengok laporan akhbar mengenai satu kajian bahawa suami isteri perlu bergaduh sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Menurut laporan itu,  tinjauan   Lembaga Penyelidikan Pemasaran India (IMRB) mendapati pasangan yang bertengkar sekali dalam seminggu dianggap masih boleh berkomunikasi secara terbuka dan tidak hanya mendiamkan diri ketika marah.

Ini menunjukkan pertengkaran membantu merapatkan hubungan suami isteri dan memulihkan salah faham. Justeru, ia amat penting dalam rumah tangga.

Daripada pengalaman, kenyataan itu memang tidak ragu-ragu untuk saya akui. 

Pertengkaran selagi masih dalam lingkaran kasih sayang dan pertanggungjawaban, bagi saya adalah suatu ekspresi kesungguhan. Syaratnya, jangan sampai ada maki hamun atau sepak terajang yang boleh membuat pasangan trauma atau berasa terhina!

Kadang kala pertengkaran juga  membuat kita lebih memahami pasangan.

Hayati bait lirik lagu Tan Sri P Ramlee:

Sedangkan lidah lagi tergigit
apa pula suami isteri
buang yang keruh, ambil yang jernih
barulah teguh peribadi ...


Ya, lama dulu kita sudah disedarkan bahawa konflik suami isteri ada hikmahnya untuk lebih bahagia. Ini untuk kita insaf i bahawa kita tidak boleh hidup dalam hanya satu atau dua warna.

Dalam buku Aduhai Isteri halaman 53-56, saya menulis   bahawa ketika berkonflik, suami isteri harus sentiasa sedar dan ingat mengenai  hakikat cinta dan kasih sayang sesama mereka selain menanam teguh dalam hati bahawa konflik bukan semata-mata mahu cari pasal untukbergaduh dan pasangan pula bukan musuh.

Akhirnya kita akan mendapati bahawa pertengkaran dalam hubungan suami isteri sebenarnya adalah sangat indah, pergaduhan boleh bawa hikmah. Syaratnya seperti yang saya nyatakan tadi, jangan ada maki hamun atau sepak terajang apa lagi menyebut sesuatu yang tidak seharusnya - berpisah!

Mengapa saya kata hal yang bagi sesetengah orang adalah sangat tidak elok itu sebagai hikmah, atau sesuatu yang indah?

Bayangkan sahaja begini, setelah puas bertengkar, melepas habis apa yang terbuku di hati, kita lazimnya akan sedar, insaf bahawa orang yang kita sudah kata macam-macam itu sebenarnya adalah insan yang paling kita sayang, orang yang selama ini menjaga kita, orang yang selama ini jadi teman kita di kala susah dan senang, orang yang sudah terlalu banyak jasanya kepada kita, berkorban untuk kita dan bagi suami, insan itulah juga yang bersabung nyawa melahirkan zuriat kita!

Apakah dalam keinsafan yang seperti itu masih tega lagi dalam hatimu wahai kawan untuk terus membencinya?

Sudah pasti tidak melainkan jika kamu benar-benar berhati syaitan!

Justeru, ketika itulah saya percaya bahawa hati kita yang sebenarnya sudah siap ditanam dengan kasih sayang yang sejati akan diselubungi sepenuhnya oleh kekesalan yang amat sangat.

Ada baiknya dalam keadaan seperti itu, biarlah sama-sama menangis, mengulang sebut pengakuan bersalah, memuji-muji pasangan sebagai manifestasi penyesalan.

Dan percayalah juga bahawa dalam keadaan itu, hati manusia mana sekalipun pasti akan sanggup untuk membuat penyerahan diri yang total kepada pasangannya, zahir dan batin dengan sepenuh kasih sayang.

Sebagai suami isteri ataupun insan yang sudah dewasa, kita masing-masing tentunya amat memahami apa yang seharusnya berlaku selepas itu. Sebab itulah juga saya 'menegur' isteri saya apabila dia 'tagged' laporan akhbar itu dalam 'wall' Facebook saya dengan kata-kata "jom gaduh..."

Ya, saya segan walaupun dia semata-mata ajak saya bergaduh dan saya sendiri pun sememangnya suka bergaduh!

Sultan Omar Ali Saifudin III bertindak bijak tidak sertai Malaysia???...



Apabila Sultan Omar Ali Saifudin III mengisytiharkan bahawa Brunei tidak akan bersama-sama membentuk Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah cuba untuk memberikan tekanan ke atas Brunei dengan memanggil balik beratus-ratus guru dan pegawai dari Tanah Melayu yang di pinjamkan kepada negara tersebut.

Hal ini menyebabkan Brunei ketika itu menghadapi masalah pentadbiran.

Namun Sultan masih tetap dengan pendirian nya. Antara perkara yang tidak dipersetujui oleh Sultan semasa rundingan dengan Persekutuan Tanah Melayu adalah kedudukan Kesultanan Brunei yang di letakkan di bawah sekali di dalam Majlis Raja-raja Melayu.

Satu lagi perkara besar yang tidak dipersetujui oleh Sultan adalah berkenaan dengan cukai Pusat ke atas hasil minyak sebanyak 10% untuk selama 10 tahun dan selepas itu Pusat mahu mengambil alih kawalan minyak Brunei.

Hujah-hujah bahawa dengan pembentukan Malaysia maka dapat membendung ancaman komunis dan untuk mendapatkan kemerdekaan awal dari British akhirnya telah di tolak oleh Sultan atas sebab-sebab tidak bersetuju dgn syarat-syarat di atas.

Hari ini Brunei adalah sebuah negara yang berdaulat, ahli kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga ahli kepada ASEAN. Ini bermakna ia nya sebuah negara yang diiktiraf bukan sahaja oleh negara-negara yang berjiran dgn nya, malah diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Hari ini juga rakyat Brunei menikmati pendapatan per kapita antara yang tertinggi, harga Petrol yang terendah, pendidikan percuma hingga peringkat tinggi dan sebagai nya.

Pada akhir tahun lepas, Kerajaan Brunei melalui Menteri Tenaga nya telah melahirkan rasa kekecewaan secara terbuka kerana masih ramai rakyat tempatan tidak di ambil bekerja di syarikat-syarikat pembekal dan kontraktor industri minyak. Menteri tersebut berkata, walaupun Brunei mengalu-alukan pelaburan asing, namun jika tidak serius untuk memberikan peluang pada rakyat tempatan, syarikat-syarikat ini tidak dikehendaki untuk berada di Brunei.

Ini adalah satu amaran keras dan terbuka. Saya percaya syarikat-syarikat yang ada di dalam industri Minyak dan Gas ini akan mula memberikan perhatian yang serius.

Dalam satu ucapan, bagi memperingati Sultan Omar Ali Saifuddin III, bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew berkata apabila Singapura keluar dari Malaysia, Sultan Omar Ali telah berkata pada nya "Kamu sudah seperti Brunei. Itu adalah lebih baik untuk kamu"

Sejarah adalah satu perkara yang telah pun berlalu dan tidak akan sesekali dapat di ubah, Namun satu soalan retorik yang menarik, apakah yang mungkin berlaku andainya Brunei bersetuju untuk bersama-sama membentuk Malaysia?

Andaian

1. Brunei bukan saja akan di kenakan cukai utk hasil minyak, malah 95% hasil minyak akan pergi ke Pusat. Tinggal 5% untuk Brunei.

2. Pendapatan rakyat Brunei mungkin akan sama dengan Sarawak iaitu RM30,000 berbanding dengan sekarang RM62,000 (USD 20,000)

3. Rakyat Brunei akan membeli minyak dengan harga yang lebih mahal dari sekarang iaitu RM1.90 seliter utk RON95 berbanding sekarang RM0.90 (B$0.36)

4. Rakyat Brunei yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan terpaksa meminjam dari PTPTN dan dikenakan Riba.

5. Sindrom ramai orang luar Brunei yang memegang jawatan tinggi dgn gaji mahal di sektor Minyak dan Gas akan berlaku tanpa ada apa-apa bunyi bantahan dari pemimpin tempatan Brunei. Rakyat Brunei akan di beri jawatan peringkat rendah dgn gaji yang rendah juga.

6. Harga kereta import akan mahal dan rakyat Brunei akan ramai yang terpaksa beli Proton dan Perodua.

7. Jalan antara bandar di Brunei akan menjadi jalan satu lorong untuk sehala yang berombak2 dan berlubang. Dan kebanyakan di tampal pelbagai kali hingga rupanya macam kek lapis Sarawak.

Semoga Allah merahmati roh Sultan Omar Ali Saifuddin III dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Thursday, October 3, 2013

Laporan Audit: Bukti Undang-Undang Manusia Gagal...

Untuk memasuki negara lain, kita memerlukan pasport. Tanpa pasport, kita akan dianggap pendatang tanpa izin dan boleh diusir keluar bila-bila masa sahaja. Jika diusir, jangan salahkan sesiapa kerana itulah undang-undang yang telah difahami umum.

Demikian juga untuk masuk ke alam dunia ciptaan ALlah SWT ini, tetap perlukan kepada pasport. Pasport hidup di dunia ini ialah Islam yang syumul. Tidak berakidah dengan akidah Islam ertinya hidup di dunia tanpa pasport. Berpegang dengan undang-undang selain undang-undang Allah SWT pula ertinya memegang pasport tanpa cop visa. Kedua-duanya salah dan boleh dianggap sebagai pandatang tanpa izin. Jika diusir dari sesebuah negara boleh kembali ke negara asal. Namun, jika diusir dari dunia milik Allah SWT, ke mana lagi kaki ingin melangkah?

Itulah ibarat orang-orang yang hidup dengan undang-undang ciptaan manusia. Selama-lamanya manusia tidak akan mampu mengawal manusia. Hari ini, saya membaca berita mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan kelmarin. Sekali lagi menyaksikan ketirisan berbillion ringgit wang rakyat yang dibelanjakan di sektor-sektor kerajaan.

Ia bukan jumlah yang sedikit. Bajet perbelanjaan negeri Kelantan sahaja hanya sekitar RM500 juta setahun, bayangkan jika ketirisan berbliion ringgit ini dapat diselamatkan dan diagihkan kepada negeri seperti Kelantan, berapa jutakah yang dapat manfaat darinya?

Sayangnya, ketirisan ini bukan kali pertama berlaku. Ia akan terus berlaku selagi Umno Barisan Nasional menjadi kerajaan. Puncanya, undang-undang manusia tidak akan mampu mengawal manusia. Manusia boleh menggubal undang-undang, tetapi manusia tidak sebijak Penciptanya iaitu Allah SWT.

Sekawan kambing tidak akan dapat dikawal oleh kambing. Ia memerlukan kepada gembala. Manusia mustahil dapat mengawal manusia, mereka memerlukan kuasa yang lebih hebat, dan kuasa yang Maha Hebat itu ialah Allah SWT.

Takutlah kepada Allah SWT. Audit di dunia mungkin kita boleh melepasinya, namun audit di Akhirat nanti, jika gagal melepasinya hanya neraka yang menjadi tempat balasannya.

Sekian, wassalam.

Yang benar,

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh: 26 Dzulka'edah 1434 H|2 Oktober 2013

Dipetik dari :  http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/22458-laporan-audit-bukti-undang-undang-manusia-gagal

Wednesday, October 2, 2013

YUNA Harum di Geneva...Kenapa Tidak Di Tanah Air Sendiri...



Itulah hakikat yang harus diterima oleh artis YUNAlis Zarai.. Di Tanah Air sendiri, trofi ditarik balik, di luar, beliau diterima.  Adakah beliau juga akan menerima perkataan " Kalau Bangga Sangat Dengan Orang Luar, Pergilah Duduk Disana"...adakah perkara itu akan kedengaran kelak.

Apapun Yuna, syabas buat anda...langkah dan teruslah melangkah...


Tuesday, September 17, 2013

Keperihatinan Seorang Hamba Allah...


 

Pagi tadi, aku memandu kereta dan melalui satu lebuh raya 3 lorong dan terlihat sebuah kereta ketegori mewah, berhenti dibahu lebuhraya tersebut...dan bila aku menoleh kesebelah kanan, aku terpandang pemandu kereta mewah tersebut sedang mengambil sesuatu, aku ingatkan suatu benda yang tercicir...rupa-rupanya hamba Allah tersebut menyelamatkan seekor anak kucing yang sederhana besar yang berada ditepi bahu lebuh raya tersebut. Aku terbayang, andai kata kebetulan anak kucing itu mundar mandir dilebuhraya tanpa ada seorang pun yang menyelamatkannya, mungkin anak kucing tersebut hancur berkecai dibuatnya.

Kepada hamba Allah tersebut, Hanya Allah sahaja yang akan membalas jasa baik anda.

Tuesday, September 3, 2013

Apalah Nasib Rakyat Marhean...



Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia..

Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar..

Tapi...

Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.

Memang kita berduit..

Memang kita berharta..

Namun,

jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.

Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.

Mereka tak ada slip gaji..

Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar pagi balik dinihari..

Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis..

Hanya 20 sen..
Itu pun nak bising..
Kerja lah lebih kuat lagi..
Beribadatlah lebih lagi..
Untuk dimurahkan rezeki..

Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta..
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa..

Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada..
Motor buruk hanya tunggu masa..
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda..
Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master..
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga..

Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda..
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka???

Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku
taknak hilang perikemanusiaan..

Maksud Rakyat Marhean...disini
Sumber : Media..

Friday, August 30, 2013

Hukum Diri Sendiri Dengan Potong Tangan...

Foto

Kaherah: Seorang lelaki Mesir mengudungkan tangannya dengan meletakkan anggota tubuhnya itu pada landasan ketika sebuah kereta api meluncur laju.

Ali Afifi, 28, berbuat demikian semata-mata untuk menghukum dirinya dan menghentikan ketagihan mencuri serta mengelak daripada menderita dalam kehidupan seharian kerana tabiatnya itu dan juga mengelak hukuman di akhirat.

Berita penuh ..disini..

Thursday, August 29, 2013

Masa Bakal Tiba... Selepas Mesir...Sasaran Sebenarnya Adalah Mekah dan Madinah...

 

KETIKA ini umat islam diseluruh dunia menumpu perhatian kepada krisis di Mesir dan Syria tetapi sedarkah kita bahawa ini ada episod terakhir permainan Dajjal sebelum beliau membuka Fasa berikutnya. Tahukah anda, sasaran yang mereka idamkan bukanlah Palestin sebaliknya TANAH SUCI MEKAH dan MADINAH. Tanpa kita sedari ARAB SAUDI kini telah dikepung secara sistematik oleh Zionis (Israel) dan sekutunya Syiah (Iran).

TURKI Uthmaniyah ditumbangkan dan Jatuh ketangan Puak Sekular Ekstreme, walaupun kini diperintah Pemimpin 'Islamik' Erdogan, hakikatnya beliau hanyalah 'Puppet' yang hanya bersuara tapi tidak dapat bertindak kerana dikekang Pengikut Setia Attaturk.
PALESTIN yang sebelum itu makmur dibawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan mudah puak kufar sebelum diserahkan pada Zionis.

IRAQ satu-satunya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh dan diranapkan USA dan negara Salib dengan bantuan sulit dari Syiah (IRAN).

AFGHANISTAN sebuah negara mundur dan miskin yang memiliki hasil bumi paling kaya didunia dirampas oleh USA hasil bantuan Syiah (IRAN) dan segala hasil buminya disalur pada Zionis (Israel).

LIBYA pimpinan Ghadaffi merupakan musuh ketat Negara Salib dijadikan bahan Eksperimen untuk mencetuskan 'Arab Spring'. Rakyatnya dihasut untuk 'BANGKIT' dan dibantu dengan 'Bersungguh-sungguh' oleh Tentera Salib (NATO).

SYRIA adalah sasaran sebenar Operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab-kitab lama Yahudi bahawa Syria adalah medan perang Armageddon melibatkan Mesiah@Dajjal dan Al-Mahdi.

MESIR walaupun 'DISERAHKAN' kepada Dr Morsi dari Ikhwanul Muslimin dan dirampas semula oleh Tentera Firaun moden pimpinan Syiah dan Zionis bertujuan menimbulkan kemarahan tak terhingga Umat Islam supaya tercetusnya Armageddon dengan segera.

Lihatlah dipeta, semua negara-negara di sekeliling Arab Saudi telah di tawan dengan secara sistematik.

RUNTUHNYA KAABAH

Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

Akan ada orang yang merobohkan Kaabah, iaitu seorang yang berbetis kecil dari Habsyah (Ethiopia)

Riwayat Muttafaq Alaih

Daripada Abdullah bin Amr bin ‘Ash r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Ka’bah akan dihancurkan oleh orang Habsyah (orang Negro) yang bergelar “Dzus-Suwaiqatain” (orang yang kedua-dua betisnya kecil) dan ia akan merampas segala perhiasannya dan melucutkan kelambunya. Seakan-akan terbayang di hadapan mataku keadaan seorang yang botak, bengkok sedikit sendi-sendinya. Ia memukul-mukul Ka’bah itu dengan besi penyeduk dan kapak besar”

H.R Imam Ahmad

SIAPA LELAKI HABSYAH INI ?

SUBHANALLAH...KITA SEMAKIN HAMPIR......!!!

Wallahua'lam. Tanda-tanda akhir zaman dah lama muncul dan akhir-akhir ini semakin nampak tanda-tanda kiamat kubra.

Semoga kita semua tetap di jalan kebenaran dan jalan diredhai oleh Allah..Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.


sumber internet .. wallahualam!