Tunggu dan lihat, Pengunguman bajet kali ini, adakah bajet yang mesra OKU? Ini kerana golongan ini jauh ketinggalan akibat daripada kurangnya keperihatinan terhadap golongan ini dari pelbagai segi. Bukannya tiada langsung tumpuan yang diberi, tetapi kita perlu nmengkaji kembali dan memberikan tumpuan yang lebih tinggi lagi pada mereka. Golongan ini mengharapkan sesuatu yang lebih baik dan menyebelahi mereka dari segi Elaun (tidak mengira bagi mereka yang bekerja atau tidak walau dalam sektor awam dan swasta dan juga anak-anak cacat), Kemudahan Persekitaran, Kesihatan, Keselamatan, Infrastruktur, Rumah, Kenderaan, Sukan, Latihan Kemahiran dan banyak lagi. Dan dari segi lain, mohon untuk permudahkan segala urusan yang melibat OKU dalam memohon atau memiliki sesuatu perkara. Dan juga, memohon pihak kerajaan membuka pusat jualan kerusi roda, kakitangan palsu/tiruan dan banyak lagi eksesori keperluan OKU yang lebih berkualiti dan baik dengan harga mampu milik untuk semua OKU di seluruh negara.
Jangan Bilang Berapa Banyak Yang Kita Dapat, Tetapi Bilang Berapa Banyak Yang Kita Simpan Daripada Apa Yang Kita Dapat
Friday, September 28, 2012
Tuesday, September 18, 2012
Kera Di Hutan Di Susukan, Anak Di Rumah Mati Tak Makan...
Pepatah ini memang sesuai sangat untuk artikel ini...
Rakyat sendiri nak berniaga punyalah susah, padahal nak berniaga di Tanah air sendiri. Mohon kelulusan untuk berniaga, kelulusan pulak tak dapat. Tapi bila ke Bandaraya, bersepah-sepah rakyat asing duduk berniaga bebas di sana. Itu yang menjadi persoalan, kenapa rakyat sendiri dipinggir, rakyat asing diagungkan?..
Wednesday, September 12, 2012
Emas Anak Terbuang...
AKSI luar biasa Tatyana McFadden di trek Paralimpik 2012 sememangnya
sudah dijangka. Ini bukan kali pertama Tatyana menyertai temasya sukan
berprestij untuk golongan kelainan upaya itu.
Namun, gadis berusia 23 tahun ini tidak mensia-siakan pengalamannya
bertanding di dua kejohanan sama di Athens pada tahun 2004 dan Beijing
pada 2008.
Walaupun hanya berjaya menggondol beberapa pingat perak dan gangsa, semangat Tatyana tidak pernah pudar.
Dalam usia semuda 15 tahun, dia berjaya meraih pingat perak dalam acara 100 meter (m) dan gangsa untuk pecutan 200m.
Di Beijing pula, Tatyana mencipta rekod baharu apabila membawa
pulang empat pingat untuk Amerika Syarikat (AS), tiga perak untuk acara
200m, 400m dan 800m serta gangsa dalam acara 4x100m.
“Semasa kecil, saya memang suka menonton sukan Olimpik, tapi saya
tidak pernah terfikir bahawa saya akan menyertainya, apatah lagi
memenangi pingat dalam acara sukan besar seperti ini,” katanya kepada
para wartawan.
Kegemilangan dalam lapangan sukan diteruskan dengan menggalas tanggungjawab sama untuk Paralimpik 2012 di London.
“Saya mahu jadikan ini perlumbaan terbaik saya,” katanya.
Ternyata lelah keringat Tatyana berbaloi. Belum pun sukan
Paralimpik 2012 berakhir, dia sudah mengutip tiga pingat emas dalam
acara kegemarannya iaitu lumba kerusi roda 400m, 800m dan maraton 1500m.
Di sebalik kejayaan yang dicapai hari ini, Tatyana, gadis kelahiran
St. Petersburg, Rusia ini mempunyai sejarah hidup yang cukup menyayat
hati.
Anak yatim
BELUM pun temasya Paralimpik berakhir, Tatyana sudah mengumpul tiga pingat emas.
|
Segalanya disini...
Monday, September 10, 2012
Kejayaan Hasinin Dedah Isu Nasib Golongan OKU ..
"Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua"...itulah pepatah yang paling sesuai untuk menceritakan permasalahan yang berlaku dan menimpa OKU. Sebelum-sebelum ini, kita semua tidak diberitahu, tidak dedahkan isu-isu atau permasalahan yang menghadapi golongan OKU ini. Malahan setesen-stesen TV, akhbar-akhbar langsung tidak menyiarkan berita-berita dan kisah-kisah kehidupan OKU, kalau ada sekalipun hanya 1 minit 2 sahaj ditayangkan dikaca televisyen. OKU sebenar-benarnya tidak pernah dipandang walaupun sebelah mata. Kebajikan untuk OKU, seolah-olah hanya sekadar "Lepas Batuk Di Tangga"..itu pun, kalau ada tangga...Itulah hakikat yang menimpa golongan ini. Diangkat bila perlu, Dibuang bila tidak.. Cerita selanjutnya disini...
Fikir-fikirkan....
Sunday, September 9, 2012
Kenapa Di Bezakan?....
Adakah mesti nilai sumbangan dari sesuatu pingat yang dimenangi oleh atlet-atlet sukan, tidak kira atlet cacat mahupun atlet normal perlu dibezakan?
Kenapa perlu dibeza-bezakan?
Kenapa terlalu zalim dan bias?..
Adakah kekurangan dan kecacatan diri bagi atlet cacat peralimpik menjadi penyebab "NILAI sumbangan dalam bentuk wang ringgit dikurangkan?...dan kesempurnaan seperti Dato LCW yang cukup kaki dan tangan perlu dibayar dengan nilai yang tinggi?...Adakah itu penyebabnya dan menjadi perbezaannya?.
Pasti ada mulut-mulut yang akan berkata " SYUKURLAH, itu pun nasib baik Menteri nak bagi, kalau tak habuk tarak, nak demand-demand pulak"...
ini bukan masalah demand, tapi dimana SIKAP ADIL itu kepada atlet-atlet sukan negara tambah-tambah keadilan kepada atlet CACAT...tahu tak?, ATLET CACAT (OKU)..juga manusia dan bukannya haiwan perliharaan.
dan satu lagi, Professor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim merupakan pengkeritik dalam hal keadilan kepada atlet CACAT. tapi kenapa manusia berbangsa cina yang mengkeritik, dimana pengkeritik ketuanan melayu kita, yang kita sangjung-sangjung selama ini?. Adakah orang Melayu sudah buta mata, atau saja membutakan mata pekakkan telinga?..
dan..
adakah ini jawapan yang wajar bagi kita?...klik sini...
adakah jawapan itu boleh diterima?...sungguh bias sekali dan sungguh penuh dengan dikriminasi.
Fikir-fikirkan...
Thursday, September 6, 2012
Hukuman Sekolah Ke Ni...
55 Tahun Merdeka, telah setengah abad, TETAPI kenapa masih begini?..kenapa hukuman sekarang langsung tidak memberi apa-apa makna?..hukuman yang dijatuhkan kepada seseorang pesalah itu langsung tidak meninggalkan kesan pada sipelaku agar tidak melakukannya lagi dan langsung tidak memberi kesan pada masayarakat sekeliling hari ini. Seolah-olah melepaskan batuk ditangga. Kenapa jadi begini sekali kehidupan ini sekarang, beberapa bulan yang berlalu pernah terpampang di dada akhbar tanah air, bagi pesalah si penari tiang, hanya dijatuhkan hukuman dengan membayar denda RM25 sahaja. Merogol gadis bawah umur, sipelaku dilepaskan dengan ikat jamin dan perlu berkelakuan baik, tapi bagaimana dengan gadis yang dirogol itu?..walau kes rogol ini atas suka sama suka, apa pengajaran yang boleh diberikan pada mereka dan orang lain. Hari ini keluar didalam akhbar baca disini, "Pukul Isteri dikompaun RM 200"...Apa makna dari semua ini, apa pengajaran di sebalik hukuman yang di jatuhkan ini?..Adakah undang-undang dan hukuman-hukuman sekarang mendidik kearah keinsafan atau ianya mendidik kearah bertambahnya keburukan dan kerosakkan dimuka bumi ini?...Undang-undang dan hukuman apakah ini ?...
Fikirlah sejenak...
Thursday, August 30, 2012
Kejohanan Paralimpik Dunia Di London 2012
29/8/2012 bermulalah pembukaan tirai kejohanan sukan peringkat Antarabangsa iaitu Kejohanan Sukan Paramlimpik London 2012. Terkejut dan terharu bila melihat sambutan ,penghargaan dan penerimaan warga-warga di sana dalam meraikan kejohanan tersebut yang dianggotai atlet OKU dalam sukan Paramlimpik ini. Diharapkan penerimaan dan perhargaan ini tidak berakhir disini sahaja, dan diharapkan suatu hari nanti Malaysia, menjadi negara yang mesra OKU diseluruh pelusuk negeri tak kira dimana OKU berada di Malaysia ini. Dan diharapkan suatu hari nanti, bila sebut sahaja OKU itu cacat itu, cacat ini, ..terbit perasaan bangga terhadap OKU tersebut dan bukannya perasaan "KESIAN"....Sikap "KESIAN", langsung tidak memberi apa-apa kesan dan makna pada golongan OKU, melainkan melemahkan semangat mereka. KESIAN perlu diiringi dekan TINDAKAN, BANTUAN, LAKSANAKAN. Kalau hanya kesian dimulut tapi bukan dihati dan fikiran, lebih baik DIAM, FIKIR dan CARI JALAN untuk selesaikannya.
" HAK SAMA RATA, MEMANGKIN KESEJAHTERAAN NEGARA " bagi golongan OKU ini.
Monday, August 13, 2012
Baby 4.0 kg dan Keatas...
Sejak akhir-akhir ni, bayi-bayi yang lahir ke muka bumi ini rata-rata mempunyai berat 4.0kg dan keatas. Menabjubkan rasanya. Beritanya ada disini dan kawan pejabat aku pun, anaknya yang baru lahir awal bulan lepas mempunyai berat 4.0 kg . Sebelum-sebelum ni, yang selalu kita dengar paling berat pun 3.8 kg, itu paras normal. Itulakan KUASA Allah Taala..., dalam pada tu juga, mungkin faktor pemakanan Si Ibu sebelum-sebelum ini atau semasa mengandungkan bayi tersebut juga mempengaruhi tumbesaran bayi tersebut adanya. Apapun TAHNIAH.
Friday, August 10, 2012
LailatulQadar....
Untuk pengetahuan umum, "LailatuQadar" ini adalah malam seribu bulan. Malam yang hanya setahun sekali kita semua akan laluinya iaitu di bulan Ramadhan, tapi dapatkah kita memberi jaminan pada diri kita ini untuk kita jumpa lagi pada "Malam LailatuQadar" pada tahun berikutnya?...Jadi mari kita sama-sama merebut peluang ini.
Tapi...
Bila kita sebut "Malam LailatulQadar" ini, sudah tentu ia menceritakan bulan Ramadhan, Bulan Puasa dan pastinya kita akan menempuh Bulan Syawal, yakni..Hari Raya Aidilfitri yang mulia...Pasti semua manusia , tidak kira jantina, akan terlalai seketika dalam mengejar "Malam LailatulQadar"..ini kerana mereka-mereka semua masing-masing berkejar ke "Mai Pi Kamdar"...(Membeli dan Membelah/ Shopping Mopping)..:)..al-maklumlah, dah nak rayakan...
Oleh itu, bersederhanalah kita yer...
SELAMAT HARI RAYA..;)..
MAAF ZAHIR DAN BATHIN..
Monday, August 6, 2012
Idam Emas, Perak yang hadir...
Begitulah yang diidam-idamkan pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei (DLCW) dan seluruh rakyat Malaysia tidak mengira bangsa, agama, keturunan, semuanya mengidamkan emas dalam gengaman tetapi apakan daya, belum rezeki kita untuk menggenggam emas di persada sukan yang berprestij ini, Olympics London 2012.
Walauapapun terjadi, sekalung TAHNIAH dan SYABAS buat Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya berdiri di atas podium bergelar naib JUARA sukan Badminton Olympics London 2012.
Tahun berganti tahun, bulan berganti bulan, dan hari berganti hari...Datuk Lee Chong Wei pasti akan mengundur dan bersara dari sukan badminton ini bilamana umur semakin meninggi, yang menjadi persoalan disini dimana dan siapakah yang bakal menggantikan tempat Datuk Lee Chong Wei kelak di arena sukan badminton negara?..
Pengganti
Datuk Lee Chong Wei....
Terjah dan terus terjah...
Subscribe to:
Posts (Atom)
























