Jom Joint...

Monday, October 8, 2012

Macam best je kan...Tapi Harga dia...MasyaAllah..

Sophie wanita RoboCop

SOPHIE (tengah) diberi peluang mencuba Rex disaksikan keluarga dan teman lelakinya, Tom (dua dari kiri).
 
SOPHIE (tengah) diberi peluang mencuba Rex disaksikan keluarga dan teman lelakinya, Tom (dua dari kiri). 
 
SOPHIE amat teruja apabila dapat meninggalkan kerusi roda dan kembali berjalan dengan bantuan Rex untuk kali pertama.
SOPHIE amat teruja apabila dapat meninggalkan kerusi roda dan kembali berjalan dengan bantuan Rex untuk kali pertama.
LONDON: Sophie Morgan boleh dianggap seorang RoboCop apabila separuh daripada tubuhnya berfungsi dengan bantuan peralatan canggih bernilai �90,000 (RM443,747).
Bagi sesiapa yang melihat Sophie, pasti akan berasa kagum.

Dari pinggang ke bawah, setiap tubuhnya disokong alat bermotor diperbuat daripada gentian karbon. Sophie, 27, mengawal pergerakan mesin itu menggunakan alat pada tangannya bagi membolehkan kakinya berjalan. Pada tiga langkah terawal, Sophie kelihatan menahan sakit tetapi dia tersenyum lebar beberapa detik kemudian. Hanya lima minit sebelum itu, dia hanya mampu duduk di kerusi roda apabila pergerakannya jadi sangat terbatas akibat lumpuh dari paras dada ke bawah.
Sophie ditimpa bencana sembilan tahun lalu apabila kereta dinaikinya terbabit dalam kemalangan dan insiden itu merosakkan tulang belakangnya.

Selepas beberapa tahun, dia menerima kenyataan tidak akan berjalan lagi seperti sebelum ini. Namun, media semalam melaporkan, Sophie adalah antara manusia pertama mendapat faedah daripada alat dikenali sebagai Rex itu.

Rex adalah kemajuan perubatan besar pertama dicapai untuk membantu orang lumpuh sejak beberapa dekad lalu. Ia membantu pesakit termasuk yang lumpuh dari paras leher ke bawah - untuk kembali berjalan.
Dalam perkataan lain, Rex akan menamatkan penggantungan pesakit lumpuh kepada kerusi roda. Sophie - kini bertugas sebagai penyampai televisyen - mencuba Rex kali pertama pada Mei lalu.

Katanya, ia adalah pengalaman yang sukar diceritakan.
“Dengan ketinggian 1.5 meter, lantai kelihatan begitu jauh apabila memakai Rex.

“Saya berasa selamat tetapi emosi bercampur-baur dan selepas beberapa minit saya tidak percaya boleh berjalan,” katanya. Pengalaman itu menyebabkan dia terus mahu mencuba Rex secara berterusan. Teman lelaki Sophie, Tom, 28, berkata sejak berkenalan lima tahun lalu, Rex membolehkan dia melihat kekasihnya berdiri untuk kali pertama. Ketika ini ada hanya 10 unit Rex dicipta dan 30 orang pernah mencubanya.

-Harian Metro-

Thursday, October 4, 2012

GIANT...

Apa yang ada tahu  tentang GIANT?...

Adakah ini yang dimaksudkan...


atau

ini yang dimaksudkan...

 
............................................................

Sebenarnya kedua-duanya bukan GIANT yang dimaksudkan atau yang dicari...

TETAPI..

GIANT ini yang dimaksudkan..


2 minggu lepas , aku ada singgah, jalan-jalan, pusing-pusing ke pasaraya GIANT ni, aku ada la beli barang kat GIANT dengan harga yang tertera pada pelekat harga yang ditampat pada barang tersebut dengan harga RM 45.99 sen...
Tanpa berlengah-lengah , aku pun ambil dan beli barang tu dan bayar di kaunter..

TAPI...

Bila balik rumah, dah selak-selak barang tu dan tengok resit pembayaran, aku terkejut , sebab harga pada barang dan resit, BERBEZA...

Harga pada barang RM 45.99 sen tunai, tapi pada resit, RM 49.99 sen (amik komisyen RM4.00 hinggitt)...
( cilakoo botoiii)...

Sumpah seranah la aku dibuatnya...
.....................................................................

Untuk makluman semua, semak dan teliti betul-betul harga pada barang -barang yang kita beli di pasaraya GIANT 
 dan jangan lupa semak resit pembayaran sebelum pulang..

..........................................................

SELAMAT BERAMAL..

Friday, September 28, 2012

Bajet 2013...Adakah Bajet Mesra OKU..



Tunggu dan lihat, Pengunguman bajet kali ini, adakah bajet yang mesra OKU?  Ini kerana golongan ini jauh ketinggalan akibat daripada kurangnya keperihatinan terhadap golongan ini dari pelbagai segi.  Bukannya tiada langsung tumpuan yang diberi, tetapi kita perlu nmengkaji kembali dan  memberikan tumpuan yang lebih tinggi lagi pada mereka.  Golongan ini mengharapkan sesuatu yang lebih baik dan menyebelahi mereka dari segi Elaun (tidak mengira bagi mereka yang bekerja atau tidak walau dalam sektor awam dan swasta dan juga anak-anak cacat), Kemudahan Persekitaran, Kesihatan, Keselamatan, Infrastruktur, Rumah, Kenderaan, Sukan, Latihan Kemahiran dan banyak lagi.  Dan dari segi lain, mohon untuk permudahkan segala urusan yang melibat OKU dalam memohon atau memiliki sesuatu perkara.  Dan juga, memohon pihak kerajaan membuka pusat jualan kerusi roda, kakitangan  palsu/tiruan dan banyak lagi eksesori keperluan OKU yang lebih berkualiti dan baik  dengan harga mampu milik untuk semua OKU di seluruh negara.

Tuesday, September 18, 2012

Kera Di Hutan Di Susukan, Anak Di Rumah Mati Tak Makan...

Pepatah ini memang sesuai sangat untuk artikel ini...

Rakyat sendiri nak berniaga punyalah susah, padahal nak berniaga di Tanah air sendiri.  Mohon kelulusan untuk berniaga, kelulusan pulak tak dapat.  Tapi bila ke Bandaraya, bersepah-sepah rakyat asing duduk berniaga bebas di sana.  Itu yang menjadi persoalan, kenapa rakyat sendiri dipinggir, rakyat asing diagungkan?..

Wednesday, September 12, 2012

Emas Anak Terbuang...

AKSI luar biasa Tatyana McFadden di trek Paralimpik 2012 sememangnya sudah dijangka. Ini bukan kali pertama Tatyana menyertai temasya sukan berprestij untuk golongan kelainan upaya itu.
Namun, gadis berusia 23 tahun ini tidak mensia-siakan pengalamannya bertanding di dua kejohanan sama di Athens pada tahun 2004 dan Beijing pada 2008.
Walaupun hanya berjaya menggondol beberapa pingat perak dan gangsa, semangat Tatyana tidak pernah pudar.
Dalam usia semuda 15 tahun, dia berjaya meraih pingat perak dalam acara 100 meter (m) dan gangsa untuk pecutan 200m.
Di Beijing pula, Tatyana mencipta rekod baharu apabila membawa pulang empat pingat untuk Amerika Syarikat (AS), tiga perak untuk acara 200m, 400m dan 800m serta gangsa dalam acara 4x100m.
“Semasa kecil, saya memang suka menonton sukan Olimpik, tapi saya tidak pernah terfikir bahawa saya akan menyertainya, apatah lagi memenangi pingat dalam acara sukan besar seperti ini,” katanya kepada para wartawan.
Kegemilangan dalam lapangan sukan diteruskan dengan menggalas tanggungjawab sama untuk Paralimpik 2012 di London.
“Saya mahu jadikan ini perlumbaan terbaik saya,” katanya.
Ternyata lelah keringat Tatyana berbaloi. Belum pun sukan Paralimpik 2012 berakhir, dia sudah mengutip tiga pingat emas dalam acara kegemarannya iaitu lumba kerusi roda 400m, 800m dan maraton 1500m.
Di sebalik kejayaan yang dicapai hari ini, Tatyana, gadis kelahiran St. Petersburg, Rusia ini mempunyai sejarah hidup yang cukup menyayat hati.
Anak yatim
BELUM pun temasya Paralimpik berakhir, Tatyana sudah mengumpul tiga pingat emas.


Segalanya disini...

Monday, September 10, 2012

Kejayaan Hasinin Dedah Isu Nasib Golongan OKU ..






"Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua"...itulah pepatah yang paling sesuai untuk menceritakan permasalahan yang berlaku dan menimpa OKU.  Sebelum-sebelum ini, kita semua tidak diberitahu, tidak dedahkan isu-isu atau permasalahan yang menghadapi golongan OKU ini.  Malahan setesen-stesen TV, akhbar-akhbar langsung tidak menyiarkan berita-berita dan kisah-kisah kehidupan OKU, kalau ada sekalipun hanya 1 minit 2 sahaj ditayangkan dikaca televisyen.  OKU sebenar-benarnya tidak pernah dipandang walaupun sebelah mata.  Kebajikan untuk OKU, seolah-olah hanya sekadar "Lepas Batuk Di Tangga"..itu pun, kalau ada tangga...Itulah hakikat yang menimpa golongan ini.  Diangkat bila perlu, Dibuang bila tidak..  Cerita selanjutnya disini...

Fikir-fikirkan....

Sunday, September 9, 2012

Kenapa Di Bezakan?....

Adakah mesti nilai sumbangan dari sesuatu pingat yang dimenangi oleh atlet-atlet sukan, tidak kira atlet cacat mahupun atlet normal perlu dibezakan?

Baca disini dan disini ....

Kenapa perlu dibeza-bezakan?

Kenapa terlalu zalim dan bias?..

Adakah kekurangan dan kecacatan diri bagi atlet cacat peralimpik menjadi penyebab "NILAI sumbangan dalam bentuk wang ringgit dikurangkan?...dan kesempurnaan seperti Dato LCW yang cukup kaki dan tangan perlu dibayar dengan nilai yang tinggi?...Adakah itu penyebabnya dan menjadi perbezaannya?.

Pasti ada mulut-mulut yang akan berkata " SYUKURLAH, itu pun nasib baik Menteri nak bagi, kalau tak habuk tarak, nak demand-demand pulak"...

ini bukan masalah demand, tapi dimana SIKAP ADIL itu kepada atlet-atlet sukan negara tambah-tambah keadilan kepada atlet CACAT...tahu tak?, ATLET CACAT (OKU)..juga manusia dan bukannya haiwan perliharaan.

dan satu lagi, Professor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim merupakan pengkeritik dalam hal keadilan kepada atlet CACAT.  tapi kenapa manusia berbangsa cina yang mengkeritik, dimana pengkeritik ketuanan melayu kita, yang kita sangjung-sangjung selama ini?.  Adakah orang Melayu sudah buta mata, atau saja membutakan mata pekakkan telinga?..

dan..

adakah ini jawapan yang wajar bagi kita?...klik sini...

adakah jawapan itu boleh diterima?...sungguh bias sekali dan sungguh penuh dengan dikriminasi.

Fikir-fikirkan...

Thursday, September 6, 2012

Hukuman Sekolah Ke Ni...

55 Tahun Merdeka, telah setengah abad, TETAPI kenapa masih begini?..kenapa hukuman sekarang langsung tidak memberi apa-apa makna?..hukuman yang dijatuhkan kepada seseorang pesalah itu  langsung tidak meninggalkan kesan pada sipelaku agar tidak melakukannya lagi dan langsung tidak memberi kesan pada masayarakat sekeliling hari ini.  Seolah-olah melepaskan batuk ditangga.  Kenapa jadi begini sekali kehidupan ini sekarang, beberapa bulan yang berlalu pernah terpampang di dada akhbar tanah air, bagi pesalah si penari tiang, hanya dijatuhkan hukuman dengan membayar denda RM25 sahaja. Merogol gadis bawah umur, sipelaku dilepaskan dengan ikat jamin dan perlu berkelakuan baik, tapi bagaimana dengan gadis yang dirogol itu?..walau kes rogol ini atas suka sama suka, apa pengajaran yang boleh diberikan pada mereka dan orang lain. Hari ini keluar didalam akhbar baca disini, "Pukul Isteri dikompaun RM 200"...Apa makna dari semua ini, apa pengajaran di sebalik hukuman yang di jatuhkan ini?..Adakah undang-undang dan hukuman-hukuman sekarang mendidik kearah keinsafan atau ianya mendidik kearah bertambahnya keburukan dan kerosakkan dimuka bumi ini?...Undang-undang dan hukuman apakah ini ?...

Fikirlah sejenak...


Thursday, August 30, 2012

Kejohanan Paralimpik Dunia Di London 2012

29/8/2012 bermulalah pembukaan tirai kejohanan sukan peringkat Antarabangsa iaitu Kejohanan Sukan Paramlimpik London 2012.  Terkejut dan terharu bila melihat sambutan ,penghargaan dan penerimaan warga-warga di sana dalam meraikan kejohanan tersebut yang dianggotai atlet OKU dalam sukan Paramlimpik ini.  Diharapkan penerimaan dan perhargaan ini tidak berakhir disini sahaja, dan diharapkan suatu hari nanti Malaysia, menjadi negara yang mesra OKU diseluruh pelusuk negeri tak kira dimana OKU berada di Malaysia ini.  Dan diharapkan suatu hari nanti, bila sebut sahaja OKU itu cacat itu, cacat ini, ..terbit perasaan bangga terhadap OKU tersebut dan bukannya perasaan "KESIAN"....Sikap "KESIAN", langsung tidak memberi apa-apa kesan dan makna pada golongan OKU, melainkan melemahkan semangat mereka. KESIAN perlu diiringi dekan TINDAKAN, BANTUAN, LAKSANAKAN.  Kalau hanya kesian dimulut tapi bukan dihati dan fikiran, lebih baik DIAM, FIKIR dan CARI JALAN untuk selesaikannya.

 " HAK SAMA RATA, MEMANGKIN KESEJAHTERAAN NEGARA " bagi golongan OKU ini.















Monday, August 13, 2012

Baby 4.0 kg dan Keatas...

Sejak akhir-akhir ni, bayi-bayi yang lahir ke muka bumi ini rata-rata mempunyai berat 4.0kg dan keatas.  Menabjubkan rasanya. Beritanya ada disini dan kawan pejabat aku pun, anaknya yang baru lahir awal bulan lepas mempunyai berat 4.0 kg .  Sebelum-sebelum ni, yang selalu kita dengar paling berat pun 3.8 kg, itu paras normal. Itulakan KUASA Allah Taala..., dalam pada tu juga, mungkin faktor pemakanan Si Ibu sebelum-sebelum ini atau semasa mengandungkan bayi tersebut juga mempengaruhi tumbesaran bayi tersebut adanya.  Apapun TAHNIAH.


Friday, August 10, 2012

LailatulQadar....

Untuk pengetahuan umum, "LailatuQadar" ini adalah malam seribu bulan.  Malam yang hanya setahun sekali kita semua akan laluinya iaitu di bulan Ramadhan, tapi dapatkah kita memberi jaminan pada diri kita ini untuk kita jumpa lagi pada "Malam LailatuQadar" pada tahun berikutnya?...Jadi mari kita sama-sama merebut peluang ini.

Tapi...

Bila kita sebut "Malam LailatulQadar" ini, sudah tentu ia menceritakan bulan Ramadhan, Bulan Puasa dan pastinya kita akan menempuh Bulan Syawal, yakni..Hari Raya Aidilfitri yang mulia...Pasti semua manusia , tidak kira jantina, akan terlalai seketika dalam mengejar "Malam LailatulQadar"..ini kerana mereka-mereka semua masing-masing berkejar ke "Mai Pi Kamdar"...(Membeli dan Membelah/ Shopping Mopping)..:)..al-maklumlah, dah nak rayakan...







Oleh itu, bersederhanalah kita yer...

SELAMAT HARI RAYA..;)..
MAAF ZAHIR DAN BATHIN..

Monday, August 6, 2012

Idam Emas, Perak yang hadir...

Begitulah yang diidam-idamkan pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei (DLCW) dan seluruh rakyat Malaysia tidak mengira bangsa, agama, keturunan, semuanya mengidamkan emas dalam gengaman tetapi apakan daya, belum rezeki kita untuk menggenggam emas di persada sukan yang berprestij ini, Olympics London 2012.  
Walauapapun terjadi, sekalung TAHNIAH dan SYABAS buat Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya berdiri di atas podium bergelar naib JUARA sukan Badminton  Olympics London 2012. 


Tahun berganti tahun, bulan berganti bulan, dan hari berganti hari...Datuk Lee Chong Wei pasti akan mengundur dan bersara  dari sukan badminton ini bilamana umur semakin meninggi, yang menjadi persoalan disini dimana dan siapakah yang bakal menggantikan tempat Datuk Lee Chong Wei kelak di arena sukan badminton negara?..


Pengganti
Datuk Lee Chong Wei....

Terjah dan terus terjah...

Wednesday, August 1, 2012

Bayar Saman Trafik Serta-Merta...

Pagi tadi, ada terbaca mengenai "Cadangan Bayar Saman Trafik Serta Merta" disini....dan dalam pada itu, aku juga ada baca dan  bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh "Blogger" ini... Apa yang bermain difikiran aku adalah apa yang sebenarnya bermain difikiran pihak Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam, Pengerusinya, Tun Zaki Azmi?.  Adakah cara begitu dapat menyelesaikan masalah ini?.  


Bagi pandangan aku pula, cadangan ini memang tidak sesuai diguna pakai sama sekali, bagi menghukum pesalah-pesalah trafik.  Bagaimana kalau pemandu yang melakukan kesalahan itu, adalah golongan OKU yang tidak berkaki, berkerusi roda, bertongkat dan sebagainya, adakah kenderaan mereka juga di tahan dan ditarik ke balai sekiranya tidak dapat membayar saman serta merta?...Dimana keperihatinan terhadap OKU dan golongan rakyat bawahan yang lain?.  Bagaimana dengan nasib mereka?...

Buka Mata, Buka Telinga...

Monday, July 23, 2012

Promosi...

Ramadhan dah datang, hanya menunggu masa nak sambut raya...Cepat betul nak raya kan....Sebenarnya bukannya apa, kalau dah masuk bulan ramdhan ni, banyak jualan-jualan dilakukan, tambah-tambah kalau dah masuk 15 hari puasa, promosi boleh dikatakan "gila-gila", bukan gila-gila remaja cerita faizal hussien tu, tapi jualan-jualan kain pasang, baju melayu, songkok, kueh raya dan macam-macam la... sana sini penuh dengan "Promosi"...  Pembeli mesti pening kepala nak memilih, kalau tak dikawal nafsu beli ni, agak-agaknya boleh jadi gila kan...

Tapi bab promosi-promosi ni tak habis di setakat jual pakaian, kasut dan kueh-kueh raye jer, tapi...bank-bank dan syarikat pinjaman pun tak nak lepaskan peluang ini...diantaranya klik bawah..


Promosi oh promosi...
Promosi menghabiskan UwanGGG.....

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Menjelma Lagi...Alhamdulillah...



Esok (21 Julai 2012, Sabtu bersamaan 1 Ramadhan, 1433 Hijrah), bermulalah umat islam diMalaysia dan seluruh dunia kursusnya akan menjalani ibadah puasa.  Syukur alhamdulillah pada yang masih diberi peluang untuk merasai nikmat bulan Ramdhan kali ini.  Kepada yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya, sama-samalah kita panjatkan Al-Fatihah kepada mereka semoga roh-roh mereka berada bersam-sama golongan yang dimuliaiNYA.

Mohon ampun dan maaf diatas segala kekilafan yang selama ini berlaku samaada sengaja mahupun tidak sengaja dilakukan.  Selamat menjalani ibadah puasa, SALAM YA RAMADHAN..

Tuesday, July 17, 2012

Sebuah Perutusan...

Surat pada Dato'seri najib..

TARIKH 13 JULY 2012
KEPADA

Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak
Pejabat Perdana Menteri,
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, MALAYSIA

Y.A.B. Dato' Seri.
PER: PERMOHONAN MEMBAIK PULIH KESELURUHAN MASJID DIMALAYSIA.
Salam sejahtera Y.A.B Dato Seri,dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas,

2. Saya salah seorang warga orang kurang upaya yang sepenuhnya menggunakan kerusi roda selepas terbabit kemalangan 12 tahun lalu ingin mengusulkan beberapa perkara yang sangat penting untuk kami warga OKU,dimana kemudahan setiap masjid wajib ada RAM bagi memudahkan kami bersolat dimasjid dan tak terlepas solat jumaat.

3. Saya dilahirkan sebagai seorang Islam dan saya dididk sebagai seorang Islam,dan nilai nilai murni Islam terlalu menebal dihati saya, tetapi saya terlalu sedih kerana saya tidak dapat bersolat jumaat bersama sama dengan saudara Islam yang lain. Dan saya juga memahami nasib nasib warga OKU yang lain dimana pasti mempunyai keinginan untuk bersolat dimasjid.

4.Seandainya saya menjalani kehidupan di amerika syarikat atau juga di israil tidaklah saya hairan sekiranya kerajaan mereka tidak menyediakan kemudahan khusus untuk saya beribadat dimasjid, tetapi saya sangat hairan sekiranya Dato’ Seri sebagai seorang islam tetapi tidak memahami kami warga OKU yang juga sama sama ingin beribadat kepada pencipta kami ALLAH SWT.

5. Saya melihat Dato’Seri melupakan kami yang warga OKU untuk hidup saksama dengan masyarakat lain,sedangkan slogan Dato Seri, “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan” Jika difikir balik masih relevenkah slogan itu?

6.Dato’Seri menaikkan pelbagai bonus kakitangan kerajaan kakitangan buruh dan memberi kepelbagaian bonus kepada mereka yang terbabit,tetapi adakah Dato’Seri memberikan bonus bonus itu juga kepada kami warga oku? Pasti tidak bukan, Bahkan elaun elaun yang ada pada JKM juga sudah lama tidak diupdate,sedangkan barang-barang makan sentiasa naik jadi dimana hak kami sebagai warga OKU, Kami juga rakyat Malaysia, bukan pendatang asing yang harus dianak tirikan.

7. Saya berharap Dato’Seri fikir dan kaji balik tentang permohonan saya ini,dan saya sangat berharap permohonan saya ini diluluskan,kerana saya meminta kepada seorang yang juga beragama Islam dan seseorang mempunyai kuasa dalam pemerintah. Dan saya berharap Dato’Seri memahami maksud saya.

Sekian,


Nurkilan Sahabat Seislam OKU...
 

Friday, July 13, 2012

Owhh..P18...

Dulu engkau dihina, semua orang pandang sebelah mata dan dipandang seperti hantu yang menakutkan. Asal sebut je nama engkau, semua orang benci engkau...sampai engkau tidak tahu apa salah engkau  sebenarnya.  Engkau terus-terusan menangis dan berdoa moga suatu hari engkau diterima seadanya.  Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun dan hujan panas-hujan panas , engkau dengan penuh sabar menunggu.  Kini, engkau dicari-cari, diminta-minta, dirayu-rayu untuk kembali menerima engkau kembali.  Kini engkau bertambah ceria, engkau disolek cantik dan indah, sampai semua orang jatuh cinta dengan engkau.  Kini engkau tidak seperti dulu lagi. Engkau ceria dan terus bahagia seadanya.  Owhhh P18.

Monday, July 9, 2012

Umrah...

Sekarang seolah-olah berbondong-bondong manusia ingin melakukan kebaikan dan tak kurang jugak melakukan keburukkan.  Ok, yang baik kita ambil dan yang buruk kita cuba elakan dan jauhinya dan buang jauh-jauh.  Sekarang aku tengok tak kira manusia normal atau cacat, semuanya berbondong-berbondong menuju ilahi, mengadap kaabah menunaikan Haji mahupun Umrah.  Kawan-kawan aku baik yang cacat atau normal semuanya telah sampai ke Tanah Suci itu.  Kini aku seolah-olah terpanggil untuk turut ke sana.  Tapi bila agaknya aku akan jejakkan kaki aku ke sana.  Mesti bahagiakan, bila mereka-mereka terpilih untuk menjadi tetamu Allah Yang Maha Besar, sampai dan jejak kaki kesana.  Pasti sukar untuk digambarkan.  Jauh disudut hati, moga diri ini, jasad ini dan roh ini dapat menjadi tetamuNYA kelak.

Thursday, June 28, 2012

Jangan diSalahkan Sistem...

Semua Pejabat dan organisasi mempunyai Sistem masing-masing dalam mengendalikan sesuatu perkara berkaitan urusan-urusan kerja pejabat.  Tapi malangnya, sistem sering dipersalahkan dan orang yang mengendalikan sistem itu juga turut dipersalahkan kerana tidak mengendalikan sistem dengan betul (alasan orang itu melepaskan diri dari bertanggungjawab)...Bagi aku, yang patut dipersalahkan adalah orang (manusia) itu sendiri.  Sebab korang tak guna sistem dengan betul, ko main redah ikut suka.  Sistem itu betul.  Manusia kalau hidup bersistem memang dan pasti teratur urusannya.  Sistem ini ibarat lampu isyarat, kalau korang (manusia) mengikut arahan  lampu isyarat ( Hijau , Kuning, Merah), pasti korang akan selamat, tapi kalau korang langgar lampu isyarat (lampu MERAH)...memang korang menempah maut....

Fikir-fikirkanlah wahai teman..
 

Wednesday, June 27, 2012

Model-Model Kereta Keluaran Proton Dari Tahun 1985 Hingga Kini...


Antara lambang-lambang Proton: 

 Tahun 1985


 
Tahun 2000 Hingga Kini


Antara Model-Model Keluaran Proton :





 Proton Saga Sedan & Aeroback 
1st Model Tahun 1985





Proton Saga Iswara Sedan & Aeroback






Proton Wira Sedan & Aeroback




Proton Satria




Proton Putra





Proton Tiara



 Proton Perdana 2.0 1st Model




Proton Waja 1.6





Proton Juara





Proton Arena 1.6




Proton Gen-2




Proton Savvy 1.2




Proton Satria Neo






Proton Persona 





Proton Saga Generasi Baru BLM 2008 & FLX





Proton Exora Model MPV Pertama Proton





 Proton Inspira 2011





 Proton Preve 2012..

Inilah antaranya model-model kereta buatan malaysia dari Tahun perkenalannya Tahun 1985 sehingga kini, banyak perubahan dan penambahbaikan  telah berlaku dan  semoga masa akan datang , Proton lebih baik dari segi terutamanya sekali kualiti dan dapat bersama-sama duduk dipentas kereta-kereta mewah antarabagsa yang lain.