Jom Joint...

Thursday, December 30, 2010

Salam Terakhir 2010 & Salam 2011

Hanya beberapa detik sahaja lagi, kita semua akan melangkah masuk ke tahun 2011.  Dengan itu, berakhir sudah kegemilangan tahun 2010.  Pasti diantara kita semua telah mengecapi segala yang di hajati pada tahun 2010 dan ada juga telah kecundang dan ada juga yang tengah berusaha untuk menggenggam apa yang diimpikan.  Apa pun yang berlaku dan juga terjadi pada tahun 2010, jangan putus asa, bangkit dan kembali untuk menggenggam impian yang kecundang.  mengorak dan menyusun kembali langkah demi langkah.. TAHNIAH kepada yang telah berjaya dan kepada yang belum berjaya PASTIKAN tahun 2011, adalah MILIKMU baik dari segi zahir dan bathin dan juga baik didunia dan diakhirat.

Mohon ampun dan maaf  Zahir dan Bathin di atas segala kesalahan dan kesilapan samaada yang sengaja mahupun yang tidak sengaja. 

SALAM TERAKHIR 2010 & SALAM KETEMU 2011 

Friday, December 24, 2010

Apa Cerita Ni


Atlet paralimpik Kedah kecewa kebajikan diabai
24/12/2010 3:56pm

JITRA - Atlet olahraga paralimpik Kedah, Zulman Kadir, kecewa kerana Jabatan Belia dan Sukan Kedah mengabaikan kebajikan atlet paralimpik.
Menurutnya, jabatan itu hanya memberi imbuhan RM50 untuk pemenang pingat emas, RM30 untuk perak dan RM20 untuk pemegang pingat gangsa pada Sukan Paralimpiad di Melaka bulan lalu, yang tidak releven dan munasabah dengan kudrat yang dicurahkan oleh atlet kelainan upaya.
“Saya amat kecewa dengan tindakan pihak pengurusan Jabatan Belia dan Sukan Kedah yang tidak menghiraukan kebajikan atlet paralimpik yang telah banyak berjasa dan mengharumkan nama Kedah.
“Mereka langsung tidak memberi hak keistimewaan kepada kami, seperti atlet normal lain yang memperolehi imbuhan ribuan ringgit setelah memperolehi pingat pada temasya sukan tertentu, sedangkan taraf sukan paralimpik adalah sama taraf dengan acara sukan lain,” katanya di sini hari ini. -

Kenapa jadi macam ni, ada ke patut Atlet CACAT yang merangkul pingat Emas Paralimpik hanya dapat RM 50... patut ke, PINGAT EMAS TU BEB...?
Apasalllll....Sebab CACAT, korang suka-suka hati nak mempermainkan OKU (Orang Kelainan Upaya), kelainan ke ORANG CACAT NI ke saja nak sedapkan hati ORANG CACAT. Bukan ke OKU tu, (Orang Kurang Upaya). dalam erti kata lain yang korang selalu cakap CACAT!
Contoh soalan : (Buat keje lembab, macam orang CACAT). BETUL TAK ORANG NORMAL.
Mana yang di katakan KESERAMARATAAN, MANA!.
Aku tak SANGKA, korang mempunyai hati yang sungguhhhhh BUSUKKKKK.

Wednesday, December 22, 2010

Hadiah Ulang Tahun Terindah

Setelah lama bergelut dengan pelbagai karenah, masalah akhirnya kejayaan dikecapi.  Tahniah kepada kekasih hati yang telah berjaya melalui segala ujian dan dugaan yang begitu hebat di dunia ini.  Bukan sahaja ujian dari DIA, malah juga ujian yang di buat manusia. Diharap, kekasih hati diberi kekuatan dan kesabaran yang kuat untuk menempoh segala apa yang mendatang.  Aku dengan rasa bangga dan tumpang gembira dan bahagia dengan apa yang telah beliau kecapi kini.  Hanya doa yang dapat aku simpulkan buatnya.  Semoga dengan semua ini, menjadikan beliau gadis, wanita, dan isteri yang solehah (bukan yang baik, akan baik luar dan dalam, dan bukan yang jahat, akan jahat luar dan dalam) dan juga lebih matang kelak, bukan hanya pada zahir, tetapi bathin juga.




SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG***
Tahniah Seadanya.

Thursday, December 16, 2010

Baik -Baik Sayang

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
'kan menghapus dukamu sayang

Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Reff:
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Wednesday, December 15, 2010

Kenapa Jadi Macam Ni...

Mohon maklum kepada semua warga-warga laman sosial yang ada sekarang, tolonglahhhh.....khas bagi kaum hawa tak kira apa-apa pun status dan tak lupa juga pada kaum adam, TOLONGGG 3x...PLIZZZZZZ 3x...haaaa macam-macam keluar tu. Tolong jangan cerita hal-hal dalam kain dekat ruangan laman-laman sosial, contoh dari petikan yang diambil, " Sunyinyer duk rumah sorang2, hubby xde, sebab duk seberang"...dan banyak lagilah....

Janganlah semua cerita dalam kain nak di cerita kat umum. JANGAN.
Cukuplah berkongsi dengan pasangan masing-masing.  Tapi jangan di ruangan laman sosial.

Takut ia akan mengundang padah.

Wednesday, December 1, 2010

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??

 
Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ,,,,,,,

**Dipetik dari Laman Sosial**

Tuesday, November 30, 2010

Cinta

"Jangan jadi lemah dek cinta, sebaliknya terjemahkan cinta ke arah kebaikan. Cinta seharusnya menjadi penyuluh kehidupan dan bukannya menjadikan saudara/saudari lebih lemah".
Petikan diambil dari keratan akhbar tempatan**

Thursday, November 25, 2010

Kerinduan & Kepulangan

Setelah lama bercuti, dari cuti hari raya korban ke cuti bersukan, kini bertemu kembali. Bab cerita tentang rindu, Aku yang merindu. Semperna raya korban, aku juga berkorban menahan rindu...erhhhhhmmmm mungkin macam ayat-ayat jiwangkan, tapi aku yang merindu sahaja yang tahu. Apalah nak dikata.

Aku rase lama sangat dia pergi meninggalkan aku atas tujuan membawa nama negeri , namun aku akur dengan pemergiannya. Tapi hati tetap bergelora, tidak mampu nak kata apa-apa, hanya mampu menahan segalanya. dia sudah memilihnya, jadi dia harus menghabiskannya dan menamatkannya. Itulah kata-kata penguat semangat untuknya. Doa sentiasa mengiringimu.

Kini,

Kerinduan terubat, kepulangannya menceriakan kembali suasana. amin dan bergulung ucapan tahniah kepadanya, atas kejayaan yang di raih. Salam Sayang dan Rindu dari ku untuk mu.

Wednesday, November 10, 2010

MANDI WAJIB~SEBARKAN..

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.


Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.


Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.


Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.


Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.


“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .


Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”


Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.


Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.


Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.


Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.


Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.


Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.


Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.


Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.


Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.


Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .


Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.


Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


Panduan Tambahan :
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.


2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.


3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).


4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.


5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.


6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.


Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……




1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.


Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.




“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

cinta seorang suami (kisah benar)

salam kengkawan,
tersentuh ak bace kisah ni......terime kaseh muhammad shakir sebab sudi berkongsi

bermulalah kisah,

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun


Mereka dikurniakan 4 orang anak …….disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat ………
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.


Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.


Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian..


Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.


Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.


Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.


Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.


Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.


Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : “Pak kami ingin sekali merawat ibu … Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu.”


Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ………


“Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini …..
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini… kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian,” ujar anaknya yang sulung merayu.


Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya.


“Anak-anakku. …. jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu…. mungkin bapak akan berkahwin lagi…. tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku… . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian…”
Sejenak kerongkongannya tersekat…”Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?


Kalian menginginkan bapak bahagia …. Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?


Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain …….bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?


Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno…Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya… Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu…


Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno…

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?


Ketika itu pak Suyatno pun menangis…. tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru…


Disitulah pak suyatno bercerita…Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur…


Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya …….Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya… Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik…


Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah… Dan itu merupakan ujian bagi saya.


Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit … Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.


Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya…kerana DIA maha Mendengar… .

**Diambil dari Laman Blog BudakKampung, untuk kaum Adam & hawa diluar sana **

Intipati bajet 2011

Bajet sudah pun dibentang oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib  Razak pada hari Jumaat yang lalu dan banyak respon – respon telah didengari dari rakyat setelah selesai pembentangan itu. Ada yang berpuas hati dan ada juga yang merasakan bajet kali ini tiada yang istimewa melainkan cerita – cerita biasa sahaja. Apapun, terima sajalah belanjawan bijaksana ini dengan fikiran yang terbuka. Mana tahu, kelak dimasa hadapan, Malaysia akan menjana pendapatan yang lebih tinggi dari hari ini. Insyallah kalau diizinkan tuhan.
Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat:

* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.

* Pembinaan projek bersepadu “Warisan Merdeka” dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.
* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
* RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan pusat peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.

* RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.

* Pembangunan pusat peranginan bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.

* Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar lima peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.

* RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.

* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.

* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.

* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

* Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara.

* Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.

* Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil.

* Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).

* Menubuhkan “Talent Corporation” di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.

* RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010.

* Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bagi perbelanjaan pembangunan.

* Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenakan Bayaran Tetap.

* Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain.

* Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.

* Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2010.

* Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010.

* Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.

* RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.

* Pendaftaran prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.

* RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap.

* RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.

* Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.

* Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.

* Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.

* Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.

* Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.

* Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.

* Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN.

* Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.

* Mewujudkan “Portal 1Malaysia Pengguna Bijak”.

* Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan.

* Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti.

* Melancarkan Dana Pencen Swasta.

* Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat.

* Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara.

* Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.

* Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.
* Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.
* Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun.
* Menyediakan empat bas sebagai Klinik Bergerak.
* Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi.
* Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli.

Sumber – BERNAMA

Tuesday, November 9, 2010

Jodoh:Jangan mencari terlalu sempurna...♥


Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga .........


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....


Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.


Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....

~renungan bersama~

**Dipetik dari laman sosial**

Wednesday, November 3, 2010

LELAKI UCAP MAAF DAPAT BUAT JANTUNG PEREMPUAN SEHAT


Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.


Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.

Sila share dengan sesiapa yang kalian suka...

Salam Ukhuwah..~

JANGAN TAKUT KAHWIN AWAL


Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

*Diambil dari petikan laman sosial FB*

Wednesday, October 20, 2010

Kurus @ Susut

berdasarkan perkataan di atas adakah maksudnya sama?
::::sama je kalau di ikutkan::::

cuma dari pandangan sdn bhd.....
kurus bermaksud dari kata-kata yang jujur.
Susut bermaksud dari kata-kata yang mesih menjaga hati..
(hanya suka suka je ni)

Tapi tak kesahla yang mana satu, yang pasti jawapan dia sama.


bukannya apa, setelah lama berhoneymoon dan bila kembali melaksanakan tanggungjawap, ramai yang jumpa aku lalu mengatakan aku kurus ada yang cakap weiiii...dah susut . mejoriti tahu kot yang empunya badan ni tak beberapa sehat. tapi memang empunya badan ni akui semua tu. tapi apakan daya, kesihatan masih dalam kawalan keselamatan. Semua setafff (staf) pejabat cakap yang empunya badan ni kurus,susut....kenapa yek....mungkin dulu empunya badan ni gemuk berisi orangnya kot. tapi memang betul bila di bandingkan dengan gambar dulu dan sekarang, memang berbeza. Kekasih hati pun cakap macam tu.
tapi empunya badan ni pun ada pelik jugak la, sesetengah orang ada yang sakit, tapi sehat gemuk, tapi aku lain pulak..hehehe (nak gemuk ke?)....Tak ada la macam tu, tapi nak berisi dan sehat adanya je...

tak kesah la, kurus ke GEMUK ke, apa yang penting sehat adanya zahir dan bathin hendaknya. Amin.

akhir kata dari empunya badan ; Doa-doakan empunya badan ni ye, agar kembali sehat sejahtera hendaknya zahir dan bathin kembali ye....

Tuesday, October 19, 2010

Hari semalam Dalam sejarah

ini cerita yang sudah, memang rase janggal bile masuk lapor diri ke kantor pusat. Fuhhhh,,,,,dah lama aku tak jejak tayar aku kat sini yo.......mana taknya, mana yang nampak aku, yang melintas depan aku, yang pandang-pandang, jeling-jeling aku, semua ucap salam, berjabat tangan bagi yang lelaki dengan aku. terasa macam orang penting la pulak. tapi tak ade lah penting sangat akunya, cuma perasan je....tapi penting juga, sebab aku tonggak untuk belia-belia dan segala sukan-sukan kat rantau ni.

Terkejut juga, bila dah sampai dekat meja, perhhhhhh...tu dia haaa....berabuk segala alah, bersepah, kertas bertingkat-tingkat, maklumlah honeymoon lama sangat. lepas tu apa lagi, gotong-royong la aku sekejap, dan lepas tu meja aku kembali normal. tapi nasib baik orang keliling masih mengenali aku,alhamdulillah. Salam dan jutaan terima kasih pada semua yang mengenali.

Wednesday, July 7, 2010

Perkara tak ku duga

Aku terharu sangat, dan terharu sangat.

bila ianya berada di depan mata aku. aku tak percaya semuanya ini. puas aku pejam celik, pejam celikkan mata aku, aku bermimpi di siang hari? Ternyata aku tidak bermimpi, aku terkejut tahap beruk agaknya masa tu. Sebenarnya aku langsung tak mengharapkan akan memilikinya setelah aku melihatnya. tapi dihati aku, aku berkenan. tapi aku lupakan semua tu.......

TUP>>TUP>>...Bie pejam mata jap, .........ok, bukak mata....owhhhhhhhhh....betul ke ni Sayang,...owhhhhhh tidak...aku tak percaya....Sayang pujuk aku, percayalahhh......Aku terharu dan amat terharu.tak tahu nak cakap apa dah. TERIMA KASIH SAYANG.

Cuti sebulan

Betul kata orang, mencegah lebih baik dari mengubati. Sekarang aku sudah jadi seorang pesakit dan terpaksalah cuti-cuti malaysia. tapi sekarang ni aku dalam proses mengubati. Alhamhamdulillah, keadaan aku ni semakin baik, dari mula ambil cuti dulu sampai sekarang, ada perubahan. Alhamdulillah semuanya baik. Alhamdulillah juga dalam sebulan ni makan minum aku terjaga, diri sentiasa dirawat oleh jururawat comey, chef yang comey ;**** TQ Comey...SAYANG dia**

Thursday, June 24, 2010

Hati Sebak

Aku tak tahu lagi apa yang hendak aku tulis dan nyatakan...Aku sebak, aku sebak...bila semuanya berlaku depan mata.
Depan mata berdialog spt;.....
owhhh...adakah aku cemburu...pendamkan saja. tapi hati aku sebak.

Saturday, June 19, 2010

Aku Rindu Dia

Padahal selalu jumpa dia, selalu gaduh kecil-kecillan, gurau-gurauan, tapi bila dia pergi seketika atas undangan makan-makan di negerinya, aku kat sini jadi bertambah rindu kat dia. Rindunyaaa...

Thursday, June 3, 2010

Ada Cakap-cakap

Tadi, ada cakap-cakap dari budak pejabat, bercerita mengenai "SUP".

Dialog ; 'Jom kita makan sup'....

Terfikirlah sejenak, "MAKAN SUP " ke?... Masalahnya "SUP" tu berkuah dan sudah tentu "AIR" kan...Ada ke, makan air?....jadi, minum air.....

Maknanya, dialog tadi kena tukarlah, sebut "Jom Minum SUP"...
(Kenyataan ini tiada kena mengena dengan yang hidup, mahu pun yang dah tak hidup)

Majlis Perbandaran KITA

2, 3 hari lepas ada berita keluar dekat kaca tv, mengenai aktiviti meroboh peremis perniagaan kedai kopi alibaba rasenya di negeri utara tanahair kita. Pengusaha premis perniagaan tu adalah bangsa kita sendiri , bangsa melayu dan yang menjalankan aktiviti meroboh premis berkenaan pun orang sebangsa dengan kita juga, bangsa melayu. Kenapa sampai jadi macam ini sekali?...

TETAPI bila satu kes ni keluar dekat kaca tv satu ketika dulu, pasal B**I, kalau tak salah di negeri selatan tanah air, Pihak Majlis Perbandaran kita, tak berani pulak nak merobohkan kandang B**I tu pulak. Mereka di halang oleh bangsa china ni. lantas Pihak Majlis Membatalkan hasrat untuk merobohkan kandang B**I tersebut.

TETAPI, lain pulak kesnya dengan premis perniagaan kedai kopi alibaba ni pulak. Pihak Majlis di halang, tetapi Pihak Majlis tetap merobohkannya. Kenapa? Kenapa? Kenapa?...adakah Pihak Majlis ada terima sesuatu dari pihak kandang B**I tu??...("jangan biarkan diri anda di selubungi misteri")..
Kecewa dengan sikap Pihak Majlis Perbandaran tersebut. Bangsa sendiri sanggup menjatuhkan bangsa sendiri. Kecewa dan tersangat KECEWA. dan berbalik semula ke perenggan ke_2 diatas, bangsa cina sendiri bersatu padu dalam membina kejayaan dalam pelbagai bidang. Bersatu padu menghalang Pihak Majlis dalam usaha meroboh kandang B**I mereka.
(sebab tu kita di sarankan menuntut ilmu biarlah sampai ke negara China)...bukannya suruh belajar cari amoi kat sana, TETAPI, BELAJAR cara perpaduan mereka, macam mana mereka bersatu padu dalam segala perkara, BUKANNYA kerja menjatuhkan anak bangsa sendiri.

Perkhidmatan Kurang Memuaskan

Kenapa sejak akhir2 ni, Rumah-Rumah Sakit (Hospital) kat M******A bukan swasta tapi.... (*)Perkhidmatan hospital kini sungguh mendukacitakan. Bukannya apa, bila diri sendiri menjejakkan kaki ke hospital atas sebab kesihatan, Doktor yang di tugaskan merawat pesakit2nya, membuat kerja seolah-olah melepaskan batuk di tangga je. Merawat pesakit ala-ala kadar je. Bila pesakit masuk bilik Doktor, Doktor akan tanya , ya, sakit ape cik/encik/tuan/puan...owh...ini sakit biasa je ni, ok, saya bagi ubat ini dan ini, makan ikut jadual ya. Itu je lah ayat-ayat yang doktor kini gunakan , TETAPI yang hairan kat sini, betul ke pesakit tu mengalami sakit seperti apa yang doktor katakan? dan pasal MC pun, Doktor boleh tanya kita, "awak nak MC ke"?..aduhhhh...Doktor kini. Bukan ke Doktor tu sendiri yang nilai kita, layak @ tidak untuk kita dapat MC.

Satu lagi kes, kalau pesakit nak mendapatkan rawatan untuk buat dreasing/cuci luka/ @ sebagainya. Memang mula2 tengok gaya cuci memang bagus, cemerlang tetapi hanya Tuhan sahaja yang tahu. Doktor/nurse buat kita ni macam bahan eksperimen je. Bila fikir balik,betul juga cakap seseorang ni ( erhmmm2..), mungkin salah diri kita sendiri, kita tahu diri kitakan, kenapa tak terus terang. Tapi bila fikir balik, terus terang pun, nurse buat dengar tak dengar dan bila kita bagitahu yang kita perlukan ubat ini-ini, dia perli dan marah kita pulak. Mentang2 diorang ahli Hospital. Masalahnya sakitnya kita.

Agaknya bila tubuh dah menyembah bumi (innalillahhiwainnailaihirojiun) depan kaki diorang, baru doktor/nurse berkenaan (bukan semua), barulah nak periksa betul2 kot @ baru nak bagi MC kot @ baru nak bagi ubat yang sebaik2nya kot.

Macam2 yang kita nampak , bila fikiran kita dah CELIK/MATANG.
Sekian adanya....

Wednesday, June 2, 2010

KUTUKAN @ TINDAKAN

Sekarang heboh di dada-dada akhbar, mengenai penawanan sebuah kapal yang ingin menghantar bantuan kepada rakyat palestin di GAZA yang menderita akibat kekejaman dan kerakusan rejim zionis. Sungguh kejam dan memang kejam dan ramai yang mengutuk serangan dan penawanan kapal bantuan tersebut.

KUTUK?, tidak habes2 dengan kutuk, kutuk, kutuk dah tak ada jalan lain ke masyarakat dunia sekarang?

kenapa negara-negara arab berdekatan dan negara-negara islam lain seluruh dunia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. kenapa hanya MENGUTUK. Bukan ke dengan hanya mengutuk tu, membuatkan rejim zionis bertambah-tambah bermaharajalela dan semakin rakus membunuh manusia yang tidak berdosa di dunia ini. BUTAKAH kita?.

Kenapa MENGUTUK?
Dimanakah TINDAKAN?
TINDAKAN yang di perlukan.
TINDAKAN!...bukan KUTUKKAN!.

Monday, May 31, 2010

Masak Lomak

Cuti 3 hari yang agak-agak panjang, aku berkunjung ke rumah erhmmm2........balik lepas asar dan ngam2 sampai maghrib. alhamdulillah perjalanan selamat dan lancar.

Di kampung, hari jumaat yang begitu menyegarkan, omak dio buat masak lomak feberet den, pucuk ubi campur dengan daging tetel...ehhhh..betul ke Yang, daging tetel Bie sebut tu...feberet dio pulak daging tetel, kire serasi la tu, daging tetel bersalut pucuk ubi......memang best...

Hari kedua pulak, sabtu, omak dio buat masak lomak ayam pencen...perhhhh...
mulo2 amik ayam tu dan bakar dulu. pastu potong2, basuh2 baru lah buleh masak lomak...sekali lagi, memang sodap masak lomak ayam pencen.

nanti boleh la suruh anak omak sayang buat masak lomak lagi erkk.....;)

Wednesday, May 19, 2010

Pusing Satu Malaysia

Dulu aku ade la angan2 mat jenin orang cakap, pasal aku ni teringin nak pusing satu malaysia. Itu pun kalau keadaan mengizinkan. Bukannya ape, mungkin itu hobi orang cakap, bukan buat perkara yang buang masa pun. Aku ni suka jugaklah berjalan, tapi bukan orang yang sampai tak boleh duduk diam. Dalam semenanjung ni pun aku belum habes pusing, masih ade negeri yang aku belum lawati. kalau ade rezeki, rezeki jatuh dari langit ke, aku nak jelajah Satu Malaysia bersama ....tuuu...yang dalam gambar kat sebelah tu..."WANTED" tu....
"Jom Jelajah Satu Malaysia"....

Layan Blog

Best jugakkan, sambil duduk2, kita layan blog, tulis blog. Selain tempat yang boleh berkongsi cerita, blog ni jugak boleh untuk kita hias menghias. Ikut suka korang nak hias blog korang macam mana. Orang kata, ikut kreativiti masing2. Dulu aku hanya dengar aje pasal Blog2 ni, tapi aku tak ambik port pun, sekarang aku tak sangka, aku pun terlibat secara tak langsung dalam menulis blog. Buat masa ni ayat2/jalan cerita aku tunggang langgang sikit, maklumlah baru belajar dan aku nak ucapkan terima kasih pada permaisuri ku yang banyak bagi tunjuk ajar kat aku cara buat blog, tulis blog dan macam2 lagi laa...Sayang kamu Permaisuriku

Monday, May 17, 2010

Honeymoon 2 jam

Macam tak percaya, berada di puncak bukit yang begitu gah. Betul-betul indah dapat berhoneymoon walaupun dalam tempoh singkat. Di samping bahagia melihat wajah si dia, senyum gembira, sambil menggigil kesejukan, mungkin kali pertama si dia menjejakkan kaki di puncak. seronok tengok telatahnya. aku pun ape kurangnya, menggigil tubuh aku kesejukan. sejuk semulajadi. memang best...
Memang dah lama aku merancang, untuk bawa si dia menuju puncak yang dingin sejuk tu. Memang santai dan tenang fikiran bila berada di puncak. Alhamdulillah, kami berjaya menawan puncak itu. Cuma lupa nak pacakkan bendera kat puncak tu, sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dari kami. Tak ape, ade rezki nanti, kami akan tawan puncak bukit itu lagi......

Wednesday, May 12, 2010

Aku rindu

duduk berjauhan yang begitu lama, buatkan aku tak keruan di buatnya. hari meniti hari aku mula resah bilakah masa akan tiba untuk aku tatap wajahnya kembali. hanya berteman suaranya di talian tanpa melihat wajahnya buatkan aku rindu, tak tahu tahap apa. tapi aku betul2 rindu.

IMPIAN MORIB

khamis, jam 12.30, 6hb mei 2010.
aku mula bergerak menuju kearah banting, kerana menghadiri kursus. lokasi yang aku tuju ialah Morib, dah la aku sendiri tak pernah sampai tempat tu. aku pun apa lagi teruskanlah perjalan mengikut sign board. macam2 simpang aku masuk kiri kanan, kiri kanan tapi tak jugak sampai. jauh lagi ke?......

Akhirnya aku sampai juga ke tempat yang aku cari, IMPIAN MORIB< BANTING.

tempatnya, ok la, kawasan dia macam kawasan kampung nelayan. Kalau nak tahu belakang impian morib ni laut, tapi tak boleh nak ke laut sebab bertembok keliling hotel ni. tak lupa jugak kat sebelah tempat aku menginap ni, ada padang golf, tapi kayu golf aku lupa bawa la........

aku dah penat, aku nak rehat la...boleh tak.......

Yang Terindah

Thursday, April 22, 2010

Hajat

Bilakah segala hajat ku akan tertunai......................................................

Tuesday, April 20, 2010

Apa yang aku fikirkan...

Aku pun tak tahu apa yang berlegar2 di fikiran aku. Entah apa yang aku fikirkan. Kenapa aku tak percaya pada kekasih aku sendiri yang selama ini banyak memberi semangat pada aku, dan segala2nya beliau telah buat untuk aku yang degil ini. Aku tak tahu apa yang aku fikirkan, fikiran aku buntu. Adakah aku terlalu fikir yang negatif, negatif,negatif...........
Aku bosan dengan fikiran aku ini, asyik fkir negatif3............
Adakah bila semuanya telah hilang baru datang fikiran positifnya.........aku tak mahu jadi macam itu.
Tolonglah Tuhan, buangkanlah jauh2 fikiran negatif yang bersarang di fikiran aku ini.
"sesungguhnya tidak salah berfikiran negatif, tapi jangan terlalu negatif sampai hilang positif, sebab positif dan negatif saling memerlukan" .

Mungkin sudah tiba masa untuk aku POSITIF kan diri aku ini.
Ohh Tuhan, bantulah aku.

Tuesday, April 13, 2010

Jangan pergi

Janganlah engkau pergi, jauh dari diri ini. Aku sudah merasai semua ini, jauh dari dirimu, walaupun usia perkenalan kita hanya baru setahun jagung dahulu. Perit diri ini, gelisah, resah, bila berjauhan. Sudah tidak sanggup berjauhan. Maafkanlah aku, mungkin aku alpa, dengan semuanya ini, maafkan aku.
Janganlah engkau berada jauh lagi. Janganlah engkau pergi.

Wednesday, April 7, 2010

Malu Sendiri

7.3o pagi, aku dah sampai office, kebetulan aku sampai sekali dengan Abg Wan (bukan nama sebenar), dia pap dekat office aku ni. Selepas masing-masing memakingkan kenderaan masing-masing, Wan datang dekat aku sebab nak tolong aku turunkan kerusi roda aku, maklumla aku kan golongan terhormat....hehehe.....
" terhormat ke aku ni, kalau dekat depan aku, mungkin aku dihormati, tapi dekat belakang aku, wallahhuallam..."...hanya berseloroh jer....

Malas nak berceloteh panjang, aku sebenarnya nak cerita sikit...masa Wan tolong aku turunkan kerusi aku, aku pon siap2 nak turun dari kereta. Selalunya aku mesti pastikan segala barang2 kelengkapan aku sudah di bawa keluar bersama, tapi lain pulak kali ni.

Aku punya duk asyik borak2 dengan Wan, masuk lift, naik ke loby dan bila tiba dekat depan mesin punch card, dengan spontan aku raba dada aku untuk ambil pas yang selalu tergantung kat leher aku, tiba-tiba..........
ALAMAKKK....pas aku, aku lupa nak ambil dalam kereta....hahaha....nasib baik aku dengan Wan je masa tu, aku ape lagi, pusing pergi ambil aku punya pas laa.... malunyeee aku....;)

Tuesday, April 6, 2010

Rezeki

Alhamdulillah, Doa aku dimakbulkan OlehNYA. Bukannya apa, aku senantiasa berdoa, agar aku dan orang di sekeliling aku, dimurahkan rezeki. Semalam dan hari ini betul-betul tertunai, rezeki bukanlah hanya dalam bentuk duit je, tapi dalam pelbagai aspek dan bentuk.

Semalam....
Makan Domino's, Bunga belanja;).......Terima Kasih Bunga.

Hari ini....
Sana sini makan...pagi tadi makan mee goreng, tengah hari makan nasi kari gulai kawah, lepastu dia orang ajak pergi makan lagi dekat bawah tapi aku dah tak larat, lepas tu datang pulak orang bagi kueh mueh.....perhhhhhh....

Alhamdulilllah, Syukur.

Pungguk, bulan & Domino’s

Beberapa purnama kebelakangan ini pungguk terlalu kepingin dengan makanan segera yang dipanggil-panggil orang Domino’s. Selama ini pun pungguk sekadar mendengar orang menyebut nama makanan segera itu. bagaimana rupa parasnya tidak pernah pungguk ambil pusing. Namun sejak merantau dan jauh dari keluarga pungguk berkenalan dengan Domino’s melalui kekasih hatinya-bulan.

Disebabkan ekonomi yang seakan-akan sembunyi dari pungguk, pungguk terpaksa buat-buat lupa dengan keinginannya untuk menikmati kelazatan Domino’s. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, begitulah perumpamaan yang berlaku kepada pungguk bilamana bulan merancang untuk membelikannya Domino’s pulang dari pejabat petang nanti.

20 minit menunggu, bulan dengan berhati-hati menuruni anak tangga premis perniagaan makanan segera itu sambil membimbit beg plastik yang mengandungi Domino’s kegemaran pungguk. Tatkala pintu kereta ditutup, bau domino’s yang menyelerakan menusuk ke hidung pungguk. Bulan yang nakal segera menyambar sepotoang Domino’s dan membawa ke mulut comelnya. Nyum nyum nyum. Pungguk sekadar mampu menelan liur sambil mengerling cemburu pada bulan. Bulan sedar pelakuannya buat pungguk semakin mengelupur untuk turut menikmati Domino’s tersebut.

Dalam senyum, bulan menyuakan baki domino’s yang masih bersisa di tangannya ke mulut pungguk. Ikutkan hati, mahu saja pungguk berhenti di tepi jalan dan terus menikmati suapan demi suapan dari bulan. Pungguk tidak mampu memberikan tumpuan pada pemanduannya bilamana bulan terus menerus menjilat jari-jemari menyakat nakal pungguk yang semakin tidak terkawal. Heheheheh. Bulan ketawa nakal.

Kekenyangan penyudah cerita untuk Domino’s. Pungguk bahagia memilik bulan yang faham akan kemahuannya. Kejutan demi kejutan dari bulan buat pungguk semakin sayang pada bulan. Tiada bulan, tiadalah Domino’s. Bulan yang kekenyangan lincah bergambar tatkala pungguk menghalakan kamera. Bulan, gadis nakal dan periang ini buat pungguk angau setiap malam.

Akibat DegiL

Jam menunjukkan 12.30tengahhari, apalagi masa makan tengahhari sudah tiba, dengan wajah yang kusut masai dan maklum la, masih belum mandi dan masih bertuala, budak ini apalagi, duduk la sekali makan tengahhari bersama kelurga tersayang, berkumpul la bersama2 ibu dan adik2nya. Ayahnya masa tu keluar....



Si emaknya, asyik membebel memarahkan budak ni, "pergilah mandi2 dulu, muka yang serabai, air liur basi sepah2 kat muka tu....huhuhu, yang budak ni pulak membalas kata2 emak dia tadi.."jap mak, makan la dulu , lepas tu baru turun mandi dan terus sembahyang"...menjawab je budak ni, jawap la si emak tadi pada budak ni....

Dengan girangnya, budak ini, emak dan adik2nya yang lain makan, seronok aku tengok telatah diorang sekelurga, makan berebut2...selepas selesai makan semuanya, tibalah masa untuk melabuhkan tubuh badan masing2. Masing2 cari "port" masing2 untuk menenagkan perut yang kekenyangan. Emak dan adik perempuan budak ini tugas dia mengemas, membersih dan membasuh pinggan mangkuk selepas makan tadi. Itulah rutin harian mereka. sudah lali dengan semuanya....

TAPI PELIK......

Dengan adik2 yang lain melabuhkan, merehatkan perut yang kekenyangan, budak ini turun ke belakang rumah, ingatkan nak mandi, rupa2nya....budak ini mengambil basikal yang tiada kelulusan puspakom, maklumlah brek depan belakang tiada, basikal itu kepunyaan adiknya yang tersandar di tiang rumah lalu di ambil, naik dan di kayuhnya terus ke belakang rumah, maklumlah belakang rumah budak ini, landai dan sikit berbukit. Budak ini dengan hanya bertuala dan berkasut, meluncur laju menuruni bukit belakang rumahnya, Emaknya apalagi, membebel la...
"adat la, emak sape yang tidak membebel, kalau anak2nya degil2"....

TANPA DIDUGA.......

Di satu cerun bukit, hampir dengan pokok kelapa, bersebelahan tunggul pokok kopi, tiba2 budak ini membrek basikalnya dengan hanya menggunakan kaki kanannya, lalu kaki kanannya terperosok tersangkut di celah tayar depan,....budak ini hilang kawalan lalu;;;;;....
"aaarrrr......deebushhhhhhh.....adeeiiiiiiiii.....budak ini melambung bagai aksi lagak ngeri, takut la kalau tengok. lagak seperti aksi wikang yang di lakukan budak2 mat rempit.....

Akibatnya terlentanglah budak ini, dengan keadaan yang mengerikan kalau sape2 tengok....huhuhu...;) dengan basikal yang ditungganginya tadi entah kemana pergi...Bayangkan, budak ini tadi bawa basikal hanya memakai tuala,....apakah yang agaknya berlaku ......

Tergelak BESAR emak dan adik2 budak ini, kelakar melihat gelagat budak ini dan kelakar melihat keadaan budak ini....teraba2 mencari tualanya yang entah kemana melayang....sambil menahan kesakitan akibat kemalangan itu tadi...Kesian2 budak ini, malang tidak berbau...huhuhu;p

ITULAH PADAHNYA KALAU DEGIL.......Ingatlah Orang Yang Tersayang......

Thursday, April 1, 2010

Kebaya Biru Muda

Di satu sudut bangunan yang gah berdiri megah di tengah-tengah kota elit yang bertaraf apartment, terselitlah sebuah kenderaan beroda empat, menunggu dan menanti kehadiran Hawa, tiba-tiba, muncul dari satu sudut pejalan kaki kelihatan seorang si Dara berbaju KABAYA BIRU MUDA melangkah dengan pelahan dalam hati si Teruna, mungkin si Dara ingin pergi menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja agaknya. Dari jauh, si Teruna leka memandang si Dara dengan mulut seolah-olah terkunci apabila melihat si Dara tadi. Sambil leka melihat si Dara, tetiba langkah si Dara semakin hampir dengan si Teruna, membuatkan si Teruna seolah-olah tidak tentu arah di buatnya, jantung berdegup kencang dengan kehadiran si Dara , lalu di bukanya si Dara pintu kenderaan empat roda si Teruna dan masuk ke dalamnya dengan senyumannya yang manis dan bertemankan wajah yang berseri dan menawan si Teruna mengucapkan ucapan salam pada si Dara. Dalam hati si Teruna, Cantiknya si Dara Berkebaya...Ohhh si Dara...

Monday, March 29, 2010

Diperlukan

Jam menunjukkan pukul 5 petang, waktu semua kakitangan yang bekerja pulang ke halaman masing-masing. Dengan bertemankan awan mendung dan angin yang sepoi-sepoi bahasa, sejuk menikam menusuk ke tulang belulang sambil berbaring merebahkan jasad yang dalam kepenatan untuk seketika, tiba-tiba......

KRINGGGGKRINGGG......Hello, anda diperlukan, sila datang ke kantor sebentar, untuk siapkan sedikit tugas yang telah di pertanggungjawabkan. MOGA REZEKI YANG DIPEROLEHI DIBERKATI.

Friday, March 26, 2010

Adam & Hawa

Kaum Hawa tidak lari dari sifat bebelnya. Memang diakui dari dulu lagi. Kaum Adam memang rimas dan pantang kalau kaum Hawa mula membebel. Adam akui semua itu.

Tapi bagi diri Adam ini, bebel dari Hawa bukanlah sesuatu yang merimaskan, bukan sesuatu yang membosankan bagi diri Adam. bagi diri Adam, bebel dari Hawa adalah satu nikmat terindah buat diri Adam. Kalau diri Adam tidak mendengar bebel dari Hawa, diri Adam rasa tidak menentu, diri Adam merasakan kehilangan sesuatu yang berharga yang pernah diri Adam miliki. Mungkin itu salah satu nikmat dari DIA, yang diberikan pada diri Adam. mesti kaum2 Adam yang lain merasa pelik dengan apa yang Adam luahkan ini. Sesungguhnya nikmat dari DIA, bukanlah dalam bentuk zahir sahaja, tetapi dalam bentuk bathin juga.

Sesungguhnya dengan bebel, seseorang boleh diserang penyakit. Diri Adam tidak bermaksud untuk mendera, menyakiti hati Hawa. Adam mengetahui yang diri Hawa sakit, penat dengan Adam, Adam tak nak sakiti hati Hawa, Adam tak bermaksud untuk menyakiti hati Hawa.

Bukan semua kaum Hawa, seperti diri Hawa. Mungkin dari pandangan kaum2 Adam dan kaum2 Hawa yang lain memandang diri Hawa kejam, tetapi TIDAK SESEKALI bagi diri Adam, semua kenyataan mengenai Hawa adalah salah. Hawa terlalu istimewa, terlalu hebat buat diri Adam. Adam kenal Hawa. Hawa adalah insan PENYAYANG, bukannya Adam terlalu mengagong2kan atau terlalu menyanjung diri Hawa lebih dari MAHA PENCIPTA, tetapi Adam tahu segalanya, Adam bahagia berada di samping Hawa walau dalam suka dan duka, susah dan senang, Adam kenal diri Hawa, Adam bahagia. Hanya itu yang termampu Adam luahkan. Hanya ucapan terima Kasih pada MAHA PENCIPTA dengan anugerah ini.

Mungkin gaya dan sikap Adam seperti endah tak endah yang menimbulkan segala punca. Tapi dalam hati Adam, Adam mahukan Hawa. Adam CINTAKAN Hawa, diri Adam mengaku yang diri Adam cemburu dan tidak sanggup melihat Hawa dengan yang kaum Adam yang lain.

Sudah lumrah alam, setiap kehidupan senantiasa diuji dengan pahit manis, sebelum bahagia tercipta. Hanya keikhlasan, kejujuran, amanah, kesetiaan kunci segalanya.

Adam hanya insan biasa, Adam tidak mampu untuk berharap tetapi jauh di sudut hati diri Adam, Adam beraharap agar dapat di satukan dengan Hawa di BUMI Tuhan yang Maha Luas ini sehingga ke akhir hayat.

Thursday, March 25, 2010

Terkejut

Aku terkezut, dapat chat dari si dia minta call office. Aku ape lagi, gelabah kejab mane la tahu kot2 ape2 jadi.

Kebetulan si dia bagitahu aku, yang si dia tak beberapa sehat kerana ada sesuatu menyerang di kepalanya...aduh, risau aku....mahu tak risau..

dan;

aku pun call,"KRINGGKRINGGG"... pastu aku dengar satu suara perempuan di talian, aku cam suara si dia, tapi kali ni lain pulak suaranya...aku dah mula risau... mana tak risaunya, bila aku bagitahu nak bercakap dengan si dia, perempuan tu buat2 tanya siapa?, nak bercakap dengan siapa?...aik , aku salah call ke...atau no telefon salah tekan. Naseb baik tak letak ganggang telefon, sebab aku ada dengar suara yang seperti aku pernah dengar, dalam hati aku, itulah suara yang aku cari....

YA...itulah si dia yang sebenarnya...alhamdulillah aku dapat berhubung dengan si dia. bukan salah nombor, tapi salah orang. huhuhuhu.....tersenyum la aku sorang2 ;).

Bukannya apa, cuma ada sedikit problem (orang putih cakap laa)...

Tapi alhamdulillah, semua dapat di atasi dengan tenang oleh si dia.
SYABAS BABY.....

Mengidam Laa... Pulak

Tetiba perut aku berdendang menyanyikan lagu poco-poco kot...
dan tetiba hidung aku mengesan ada bau sesuatu yang pernah aku bau yang menambat hati buah mulut aku 2 minggu lepas.

Perhhhhh....sedapnyaa,enaknya ku rase kalau itu terhidang depan ku...

Nampak gayanya, aku kena cari bahan-bahannya dan minta orang rumah aku tolong masakkan dan makan bersama...bestnya...aku mengidam betul2 ni.

mana orang rumah aku ni...nak mintak tolong dia masakkan tauge goreng bertatahkan tauhu goreng...Perhhhhh sedap orang rumah aku masak.

mana orang rumah aku yek.....ANJEE....

Wednesday, March 24, 2010



"Setahun sudah berlalu, bulan Mac muncul kembali dengan kehangatan semalam..." ini salah satu lirik lagu yang pernah di popularkan oleh artis tanah air kita,cuma aku dah ubahkan sikit.

24 diatas, bukanlah tarikh hari lahir, bukan tarikh ulang tahun perkahwinan. Tapi tarikh setahun aku kerja. Syukur Alhamdulillah, aku panjatkan doa buatNYA yang berikan aku segalanya peluang keemasan ini. Aku dah lama impikannya, tanpa aku sedar sudah setahun aku berkhidmat dengannya. Bukannya apa, sebelum ni aku menganggur selama 2 tahun kerana satu kemalangan yang menimpa aku dulu.

24 ini, aku mula melaporkan diri, aku bangkit semula menjadi warga pekerja dan tidak lagi menganggur. Tapi hanya Tuhan sahaja yang tahu segala pahit maung yang aku lalui untuk mencapai cita-cita ke tahap ini. macam-macam ujian yang aku tempuh...Tapi Alhamdulillah, semuanya selamat aku tempuhi...

Terima kasih aku ucapkan pada yang MAHA ESA, di atas semua ini, terima kasih juga pada IBU ku diatas segala doamu IBU,diatas kesabaranmu,ketabahanmu, pada adik-beradik ku ;

dan,

pada insan yang aku sayang, aku cinta, BUNGA...kalau bunga tak memaksa aku untuk mengisi borang pekerjaan di S** dulu, tentu aku masih dalam misi mencari....

TERIMA KASIH PADA YANG MAHA ESA, KERNA DIA, AKU MILIKI CINTA, KASIH DAN SAYANG DARINYA, yang sungguh berharga.

Tuesday, March 23, 2010

Naik heran.....


Lompat Si katak lompat,
Lompat la tinggi-tinggi,
Ape yang cik adik dapat,
Untuk hadiah di hari jadi.........
Ingat lagi tak korang dengan cerita " Ali Setan".....
Apa yang aku nak kongsi kat sini, adelah pasal Si Katak...
Kenapa katak?....
Korang panggil katak ape?.......
SEBIJI ke, SEKETUL ke, ......ke SE2 waktu dengannye.......last sekali mesti jawapan tak lain dan tak bukan, SEEKOR KATAK.... betul tak....
Tapi betul ke SEEKOR KATAK?.....mushykil ni.......
mane EKORNYA.....
haaa....sudahhhhh......macam maner tu yekk.....
*di petik dari Bunga....

nokia 5800

Memang mengancam betul pada sesiapa yang pakai bende alah ni. Sape yang dah pakai tu...eh..bukan pakai la, pakai tu untuk baju jer laa.....wei...., bukan pakai , GUNA....sebut betul2....GUNA....yahhhhhhhh......

Aku tengok ghuper bentuk die macam I_Phone, perhhhhh....aku minat betul la...
Kalau nak amik I_Phone, kene bayar dulu beb.....yang jenis ni pon kene bayar dulu jagak beb, baru boleh amik bawak balik.....smart tuu....
yang bezakan bende alah ni, HARGA die......perhhhhhh....DENGAR BETUL2 EHHH.....HARGA die daaa.......

Mula2 dulu, aku gi usha2....bukan usha2 awek la....tu la skit2 awek,skit2 awek......alhamdulillah aku dah ade bunga ;)*.......

aku gi usha phone ni la.....bukan usha awek der.....

mula aku gi tanye ngan bunga, kat tokei kedai ni, harga die letak RM 9**, tapi boleh kurang lagi kalau nak. masalahnyer memang kau nak...tapi lupe pulak bawak ongkosnya( duit daaa...).....hehehe...ye la tu lupe bawak, padahal.......poket kerinnnnn.....
bukan kerinnnn2 bunyi telepon tau.....faham2 sudah ler......;P

mase tu, kalau tak salah aku, aku tanya sebelum hari raye cina 2010....

OK, tak pe, aku tahan dulu, usha2 dulu kedai lain macam mane...kot2 dapat harga lagi murah...huhuhu kalau tokei kedai nak kasi turun lagi harga die laa.... TAK PE, usaha tangga kejayaan....
jalan punye jalan, ehhh...lupe, kayuh punye kayuh....... haaa...ape?, kenapa kayuh....nak tanyer ni "KOPI APE PALING SEDAP".......kopikirlah sendiri.....jangan marah seh.....

Hari telah berlalu, hari yang tadi siang dah tukar malam.....ape lagi balik ke kediaman teratak manja la.....balik rumah laa....misi hari tu gagal......TAK PE....

sebulan berlalu.....

Aku datang lagi ke kedai2 telefon ni bersama Bunga.....duk usha2 line...tengok kiri kanan.....terus terjah.....TANYA HARGA LAGI DAA...... mane tahu harga ade tulun.......TAPI.....harga tak turun2, lagi naik ade laa.....aduh...patah lah HATI......OH....Bunga....

OH tak pe, dengan hati yang tulus ikhlas, kite datang lagi bulan yang depan...."aku berbisik dengan Bunga la".....itu pon nak tahu jugak ke.......

JENGGG3....masa datang lagi, datang usha harga, tapi kali ni...........OH TIDAK........

(tak de ape2 la wei)......perut aku lapar laa.....gi la makan dulu.....last2 ajak bunga gi makan, sebab harga bende alah tu nampaknyer tak memuaskan hati kami seh......

MAHAL BEBENORRRR.....YAHHHHHH.....

Monday, March 8, 2010

Mac, tiba lagi...

Salam ku hulur buat mu,
saat demi saat, minit demi minit, jam demi jam, hari demi hari,minggu demi minggu, bulan demi bulan, tahun demi tahun, ianya datang dan muncul kembali pada tanggal 23 RabiulAwal bersamaan 1431 hijrah bersamaan juga 9 March 2010 adalah tarikh yang di nanti.
Kelahiran yang bermula pada 9 March 19** dan kini sudah 24 tahun melayari hidup di atas muka bumi yang luas terbentang ini .

Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan Gadis...Allah selamatkan kamu.

Semoga, tahun yang baru ini dan diumur ini, diberi seribu rahmat keatasnya, dimurahkan rezki, dilapangkan hati, selamat dalam perjalanan hidup yang penuh liku, penuh tipu daya ini. Moga selamat didunia, selamat diakhirat. Jangan patah semangat dan teruskan melangkah. Dibelakang mu, ada insan yang selalu menyokong mu dalam sedar mahu pun tidak sedar.

Semoga hidupmu diberkati,dirahmati, di panjangkan umur, di murahkan rezki, di berikan kesihatan zahir & bathin dan di permudahkan dalam segala urusan.

Kesusahan dulu, adalah penawar kesenangan akan datang.

....SELAMAT HARI LAHIR BUAT MU....